Jumaat, 11 Februari 2011

Aku Dapat Mini Cooper!!


Semalam, lepas balik kelas, aku singgah kat kedai. Masa nak balik hostel, aku singgah ke kafeteria nak beli makanan. Hajat aku nak terus naik ke bilik je lepas beli lauk-pauk tu semua. Tapi, sebab aku dah lalu kat lobi asrama, ada seorang amoi ni panggil aku.

"Adik, kami nak buat survey sikit. Ni assignment kami. Nak minta tolong isi je. boleh kan?"
Aku pun isi je lah. Bukan luak pun masa aku. Sekejap je..

Survey tu pasal pelajar yang berkenderaan kat dalam kampus ni.Ada satu soalan tu, dia tanya jenama kereta apa yang digunakan oleh pelajar? Antara jawapan yang disediakan adalah Proton, Produa, Honda, Toyota, BMW, Volkswagen dan Mini Cooper. Masa ni mata aku memang terbeliak besar aku terdiam. Aku angkat muka pandang kakak-kakak tadi. Dia senyum. Aku tanda je lah semua yang aku tahu.
Kredit  : En. Google
Kredit  : photobucket.com/
Kredit: photobucket.com


Persoalannya, betul ke ada pelajar yang bawa kereta jenis-jenis yang high class macam Volkswagen dan Mini Cooper tu.. Kereta yang antik pun aku tak nampak ada yang bawa. Kampus ni bukan besar mana pun. Pusing kiri kanan, jumpa orang yang sama. Pusing depan belakang, nampak benda yang sama.

Persoalan ni terus jadi tanda tanya dalam otak aku sampai lah malam tadi. Sampaikan aku boleh bermimpi yang ada satu penerbit buku bagi kat aku kereta Mini Cooper kat aku. hahaha.. Mau tak nya, dah aku ni memang jenis suka habis lah kat Mini Cooper ni.. Tu yang sampai terbawa-bawa ke alam mimpi tu.. haha.. Lawak je..
Kredit: photobucket.com
Kredit:photobucket.com
Kredit:photobucket.com
Bangun-bangun pagi je, dah tertoleh kiri kanan. Tengok betul ke aku dapat Mini Cooper. Tapi, sah! Aku cuma BERMIMPI yang AKU DAPAT MINI COOPER!!! hahaha...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup