Khamis, 20 Jun 2013

Tenanglah Dikau Di Sana





Mimpi indah sering hadir menari-nari bersama kenangan lalu, menciptakan sayu pada hati yang berdetak seribu. Saat rindu sering bertamu, sayap kanan dan kiri dari sisi kanan dunia berpesan, agar jangan dilupakan pada sayap kiri dan kanan dari sisi kiri dunia. Dengan rela, Kenduri Tahlil buat sayap kanan dan kiri dari sisi  dunia yang telah pergi menemui Ilahi diadakan pada 8 Jun 2013. Lalu kemudiannya yang di sisi kanan bertanya hal ehwal perkburan yang di sisi kiri. Saat kukhabarkan ianya kosong melainkan sayap kanan dari sisi kiri dunia, mereka terkedu. Aku dibekalkan hijau merah kuning buat penyejuk kedua-dua tiang mereka. Semoga sunnah yang dibawa akan dapat disalurkan pada sayap-sayap dari sisi kiri dunia. 


Dahulu, pada hari sayap kiri dari sisi kiri dunia dikebumikan, aku tidak berpeluang berada di sisi dia memeluk dan mencium jasadnya, tidak punya kesempatan untuk melihat keadaan dia sebelum dia dijemput Tuhan Yang Esa, tidak berada di dalam ingatannya sesudah dia ditarik sebahagian ingatannya, dan aku tidak ditakdirkan untuk menjadi zaujah ananda sulungnya sebelum dia kembali pada Pencipta Yang Agung lantas menggagalkan niat di hatiku untuk memelihara dia sebelum tiba ajalnya... Namun, jauh dari semua kekurangan itu, aku terlepas dari godaan dunia pemutus hubungan kasih ananda-ananda sayap kiri dan kanan dari sisi kiri dunia. Syukur pada-Mu Tuhan.


Kali pertama dahulu, aku membawa sayap pertama kembali melawat dia dan zaujnya pada Hari Ulang Tahun Kelahiran sayap pertama. Sayu melihat kadua tiang perkuburan milik mereka... Air mata yang tertahan, menitis jua tanpa dapat aku tahankan. Dengan langkah berat, kaki ini dihayun juga meninggalkan tiang perkuburan mereka. Empat puluh hari telah berlalu, hari ini aku duduk berteleku di kuburnya di dunia ketiga juga bersama sayap pertama. Tanah berpasir kedua milik mereka dicarik perlahan, buat penanda kami hadir di sini. Warna hijau, merah dan kuning yang kami tinggalkan di sini, semoga akan terus hidup subur mewangi....


Duhai Tuhan, semoga ruh sayap kiri dan kanan dari sisi kiri dunia tenang di sana. Semoga doa buat mereka diterima Tuhan Yang Esa. Kasih dan sayangmu tetap terpahat di lubuk ingatan kami.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup

  • Banjir: Punca dan Cara Mengelakkan - Banjir adalah salah satu bencana alam yang kerap melanda di banyak kawasan, terutama di kawasan rendah dan padat penduduk. Kesan daripada banjir bukan sa...
    2 minggu yang lalu
  • Selamat Hari Raya - Dah nak masuk 10 Syawal baru nak wish. Semoga ukhwah antara kita terus berkekalan walaupun sekadar membaca blog post dan melihat gambar di IG. Tahun ni...
    8 bulan yang lalu
  • Macam Dulu - 12 Februari 2020 Aku harap boleh kembali macam dulu-dulu. Masa dia bukan siapa-siapa yang boleh aku Lihat tanpa terhad.yang selalu ada tak kira masa Dan t...
    4 tahun yang lalu
  • BAS dan BAS - *UNTUK VIDEO-VIDEO LAIN BERKAITAN BAS, SILA KLIK LINK INI* *Tambah* mana yang kurang, *ambil* mana yang lebih. Tinggalkan jejak kehadiran anda walaup...
    5 tahun yang lalu
  • CABUT GIGI GERAHAM DAN DRY SOCKET.. - Assalammualaikum.. Serius tak sedar dah dua bulan aku tak update apa-apa..baru cadang nak rajin blogging tahun ni..lupa dowh nak bukak blog bila dah akti...
    5 tahun yang lalu
  • KEMBARA - Kita Tiada - Tiapa apa. Aku jadi ingat. Duka itu ubati lupa. Sangka baik. Percaturannya Dia itu hebat. Indah dan tepat. Hanya Dia saja yang ada....
    7 tahun yang lalu
  • Dua Ringgit Jer Untuk Hari Raya? KEDEKUT! - *Kanak-Kanak yang masih kecil * : *Assalamualaikummmmmmmmmmmmmm* *Orang Dewasa Yang Sangat Dewasa * : *Walaalaikumsalam. Wah ramainy...
    8 tahun yang lalu
  • First Four - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni, 29 Februari, telah genap 4 tahun untuk menandakan keberadaan blog ini buat pertama kali. 4 tahun. 4 tahun dim...
    8 tahun yang lalu
  • buang sawang sikit.. - wowww....lama tak berblog tetibe hari ni rasa free. tak pe lah mahu mencoret la secubit di sini. rasa kekok pun ada kat umah sendiri ni.. kekangan waktu me...
    9 tahun yang lalu
  • konfigurasi - Aku yang dipengaruhi ambiguiti rasa beberapa ketika. Tidak mahu terus ditakhluki. Aku percaya kurnia yang Satu. Bukan bersahaja. Bukan tercela. Mendid...
    9 tahun yang lalu
  • belajar - waktu sedang memakanku cahaya mentari tak lagi datang menyeruak awan tertoreh airnya jatuh membuak buak seperti membisik menyedar ada syukur dalam setiap h...
    11 tahun yang lalu
  • 2013-3 - bila dalam ramai rasa sunyi. rasa tak dihargai. seolah2 tak wujud. tak kira la kat mana pon kau duduk, kau tetap akan rasa nak lari dari situ. tak kisah l...
    11 tahun yang lalu
  • Pesona - Dia,pendiam kurang menonjol dan lebih suka memendam.mengasingkan diri itu kepakaran dia sedang dalam keriuhan pun tidak ada yang sedar akan kewujudan d...
    12 tahun yang lalu
  • DO NOT HATE US (please...) - 18 wheelers Throughout this period , I always wonder why the truck driver was hated by most other drivers, especially cars. Is it because we are drivin...
    13 tahun yang lalu