Rabu, 18 Disember 2013

Soal Hati

Petang itu cuaca mendung. Ada rintik-rintik hujan turun setitis dua namun langit tak langsung menunjukkan hujan akan turun dengan lebat. Ada orang di sekeliling tasik sedang beriadah habiskan waktu lapang, ada lelaki tua memimpin tangan perempuan tua, ada anak-anak kecil bermain roller blade di satu sudut lain, ada yang bermain basikal, dan ada juga yang menunggang kuda di satu sudut yang lainnya. Amer berdiri memandang tasik buatan tanpa bercakap sepatah pun. Dia cuma berdiri memandang burung-burung yang terbang berkicau. Berbeza dengan Irdina yang wajahnya tegang petang itu.

"Kau memang suka buat aku seperti layang-layang? Awalnya kau hiaskan aku dengan indah. Kau puji aku setengah mati. Sampai satu ketika, kau ikat aku dengan tali seolah-olah aku milik kamu pada satu garis pertalian cinta. Kemudian, kau lepaskan aku naik tinggi ke udara. Kau biarkan aku sendiri di atas sana sedangkan engkau masih bebas di bawah tanpa aku. Kau sudah sanjung aku, hiaskan aku jadi seperti ratu, kemudian kau biarkan aku terbang sendiri? Bila aku sudah boleh hidup sendiri tanpa kau, bila aku sudah bercumbu dengan angin, berdansa dengan awan, berkasih dengan langit, dan bercinta dengan matahari; baru saja aku mahu melihat bintang, hari ini kau rentap aku supaya turun ke bawah dengan rakus. Kau pisahkan aku dengab angin, awan, langit, dan matahari sedangkan aku sendiri gagal hidup tanpa mereka. Kau ini manusia apa? Atau kau sebenarnya manusia yang bertopengkan syaitan, langsung tidak punya perasaan?" cukup lantang Irdina mempersoalkan tindakan Amer. Dari riak wajah Amer, dia masih kelihatan tenang.

Soalan Irdina masih dibiar tidak berjawab. Irdina penat, nafasnya ditarik panjang dan dihela sederhana kuat. Dia berpaling menghadap Amer. Sekilas dia memandang dan terus berlalu; ingin pulang.

"Kenapa kau penat? Kau belum jadi isteri aku, kau sudah menagih cinta pada manusia yang entah siapa-siapa. Kau lupa pada ikatan janji cinta kita. Baru setahun dua kita bercinta, kau sudah lelah dan mencari cinta baru. Kalau nanti kau jadi isteri aku, dan aku melayan kau begini, kau akan penat? Kau akan tinggalkan aku seperti yang ingin kau lakukan sekarang? Kau akan mencari lelaki-lelaki lain untuk puaskan hari-hari kau yang sepi tanpa aku. Macam tu?" Amer ketawa sinis.

Kali ini, Irdina diam tidak jadi melangkah. Amer yang dari tadi kelihatan tenang menyeluk tangannya ke saku seluar terus berpaling dan berlalu pergi. Irdina dibiarkan seorang diri di situ. Dia bagaikan terperangkap dalam permainan catur yang diciptanya sendiri. Checkmate pada posisi castle kiri kanan, queen atas, knight hujung-hujung.

Khamis, 12 Disember 2013

Imaginasi

Imaginasi lahir kerana realiti tak masuk akal, dan tidak logik. Imaginasi itu sesuatu yang engkau bayangkan, sesuatu yang terlintas di fikiran tapi tidak dapat engkau jelmakan dan tidak dapat engkau zahirkan. Selalu saja aku duduk sendirian di balik cermin kaca sebuah restoran makanan segera terkemuka negara, melihat orang keluar masuk dan lalu lalang, melihat gadis dan jejaka berpimpin tangan, melihat anak kecik dikejar bonda atau lari dari ayah bonda, melihat kenderaan pergi balik di jalanan, dan mendengar riuh rendah di kiri dan kanan.

Disebalik apa yang aku lihat itu sebenarnya kamu. Aku lihat engkau datang ke sini sambil memimpin tangan aku, kau pesan makanan dan kita duduk di satu meja asing jauh dari pandangan orang beri ruang untuk kita habiskan sisa masa yang ada bersama. Aku lihat engkau jelas di situ, tarik kerusi untuk beri aku duduk. Aku nampak engkau di hadapan aku, dengan jelas kita makan bersama sambil kau sulam dengan gurau senda yang kemudian aku tidak putus bergelak ketawa. Tapi sekali kerusi di belakang berbunyi, hilang! Semua apa yang ada di hadapan mata kabur dan terbang.

p/s: entri ini dihasilkan daripada telefon bimbit lampu kuning. Maaf untuk sebarang hasil yang tidak memuaskan dan pada komen-komen yang tidak mampu dibalas. Jumpa lagi pada siri akan datang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup

  • Semoga selamat belaka - Banyak suka duka sepanjang tahun 2023. Tak semua mampu ditulis di sini. Malas nak susun ayat pun ya juga. Terima kasih dan selamat tinggal 2023. Selamat...
    2 bulan yang lalu
  • TERPALING CAMPERS - OUTDOOR - Assalammualaikum wbt. So macam tajuk di atas, la ni aku rasa nak kongsi lah sikit benda apa yang paling rancak sekarang dalam hidup aku.. yup, camping la...
    4 bulan yang lalu
  • Tularnya kisah motor Abang Rider disita - Saya turut bersimpati dengan rider Food Panda yang mengalami masalah baru-baru ini kerana motorsikalnya disita oleh pihak berkuasa. Belas ihsan adalah s...
    6 bulan yang lalu
  • Lara Hati - Hujan sepanjang hari ini, dingin sedingin hati. Jauh aku merenung tiap titis air hujan yang turun masihkah ada rindu? Aku sengaja membiarkan Tangan aku bas...
    2 tahun yang lalu
  • 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐍𝐃𝐔 𝐁𝐀𝐒 - Bas yang di dalam cerita ini Lingkungan awal 90an, selepas beberapa waktu abang zul bekerja sebagai pemandu lori yang bermula dari lori 1 tan, kemudian 3...
    3 tahun yang lalu
  • HARMONI yang HILANG - Semalam aku ke kedai ubat Cina membeli sesuatu. Aku cakap MAAF sebab ganggu dia sedang makan. Dia balas MAAF sebab aku nampak dia sedang nikmati makanan se...
    4 tahun yang lalu
  • Kembali - Assalamualaikum wbt. Gementar nak menulis semula. Terlalu lama berhibernasi barangkali. Jika ada yang merindu tulisku, coretku dan anganku. Insha Allah akan...
    5 tahun yang lalu
  • Tips Kurus Dalam Masa 3 Hari - So this really can make everyone get excited sebab nak kurus. I mean for a GIRL Laki macam tak beberapa kisah sangat dengan badan naik kot sebab Anwar tak...
    7 tahun yang lalu
  • First Four - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni, 29 Februari, telah genap 4 tahun untuk menandakan keberadaan blog ini buat pertama kali. 4 tahun. 4 tahun dim...
    8 tahun yang lalu
  • buang sawang sikit.. - wowww....lama tak berblog tetibe hari ni rasa free. tak pe lah mahu mencoret la secubit di sini. rasa kekok pun ada kat umah sendiri ni.. kekangan waktu me...
    8 tahun yang lalu
  • belajar - waktu sedang memakanku cahaya mentari tak lagi datang menyeruak awan tertoreh airnya jatuh membuak buak seperti membisik menyedar ada syukur dalam setiap h...
    10 tahun yang lalu
  • 2013-3 - bila dalam ramai rasa sunyi. rasa tak dihargai. seolah2 tak wujud. tak kira la kat mana pon kau duduk, kau tetap akan rasa nak lari dari situ. tak kisah l...
    11 tahun yang lalu
  • Pesona - Dia,pendiam kurang menonjol dan lebih suka memendam.mengasingkan diri itu kepakaran dia sedang dalam keriuhan pun tidak ada yang sedar akan kewujudan d...
    11 tahun yang lalu
  • DO NOT HATE US (please...) - 18 wheelers Throughout this period , I always wonder why the truck driver was hated by most other drivers, especially cars. Is it because we are drivin...
    12 tahun yang lalu