Isnin, 28 Februari 2011

The ESQ Way 165

credit photo: beliamuda.com
Alhamdulillah, dua hari mengikuti training bersama angkatan-angkatan MPP dan mahasiswa-mahasiswi terpilih untuk menyertai program The ESQ Way 165 di kampus kami. Aku bersyukr kerana terpilih dalam aktiviti yang aku sendiri tak sangka akan aku jejaki kali ini. Jujur aku katakan, hasil dari training yang aku ikuti ni, aku dapat rasakan sesuatu yang lain. Terasa bagai baru dilahirkan semula ke dalam dunia, diberi kesempatan untuk kembali menghadap kebesara-kebesaran Tuhan Yang Maha Agung. Sungguhlah. Memang benar seperti yang diperkatakan di dalam training yang kami ikuti ni. Kekuasaan-Nya ada di mana-mana meliputi segala-galanya.


Rabu, 23 Februari 2011

Rooftop Rant :: Hlovate - Untuk Kempen Membaca

Rooftop Rant - Hlovate


lontarkan

...kalau tidak ia meracun

kongsikan
...walau hanya pada awan-awan

Selasa, 22 Februari 2011

Rooftop Rant - Hlovate.

Rooftop Rant-Hlovate
lontarkan
...kalau tidak ia meracun
kongsikan
...walau hanya pada awan-awan

Isnin, 14 Februari 2011

Kenapa Valentine???

Kali ni aku berasa terpanggil untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang aku terima pagi tadi hasil pembacaan secara tak langsung. Ilmu ni diberi oleh seorang kenalan aku yang memperolehi article mengenai Hari Valentine's Day daripada pensyarahnya yang pernah menuntut di luar negara satu masa dulu.


Jumaat, 11 Februari 2011

Aku Dapat Mini Cooper!!


Semalam, lepas balik kelas, aku singgah kat kedai. Masa nak balik hostel, aku singgah ke kafeteria nak beli makanan. Hajat aku nak terus naik ke bilik je lepas beli lauk-pauk tu semua. Tapi, sebab aku dah lalu kat lobi asrama, ada seorang amoi ni panggil aku.

Khamis, 10 Februari 2011

Tukang Urut Wanita

Tukang urut?

Siang tadi kawan aku mengadu sakit-sakit badan. Dah dua hari dia M.C. tak datang kelas sebab tak sihat badan. Masa cuti Tahun Baru China hari tu, dia berjalan sakan. Dari rumahnya di Banting terus ke Perak, singgah sekejap kat Kedah sebelum menghabiskan cuti di Pulau Pinang. Dia cerita, hari Jumaat lepas, masa kat Padang Kota, dia dah mula tak sedap badan. Tak tahan dengan bau makanan, dia terus muntah-muntah.  Sebab kejadian ni lah, dia kena ambil M.C sampai semalam. 

Apa pula kaitannya dengan tukang urut wanita?
ha.... Ni lah aku nak cerita ni. Dia tanya kat aku, "Tahu tak siapa yang pandai urut dekat-dekat sini? Mak cik kau duduk dekat sini kan? Kau tanya kan kat dia boleh? Aku tak larat lah. Badan aku sakit sangat..."

Aku senyum sambil menjawab, "Nanti malam aku datang bilik kau."

Sabtu, 5 Februari 2011

TIGA PEMANDU WANITA

kredit : google 

Pagi tadi, aku nak ke pekan. Naik scooter je. Kereta? hehehe... Aku tak ada kereta lagi.

Jalan agak lengang, tak banyak kenderaan..maklum la cuti Tahun Baru Cina masih tinggal 1 hari lagi.

Sampai kat satu simpang tu, keluar satu Iswara Aeroback, kaler jingga dipandu oleh sorang kakak. Berderau darah aku.. Mau taknya, boleh jer kakak tu keluar dari simpang melulu, tak tengok kiri kanan. Nasib baik aku tak laju. kalau tak.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup