Sabtu, 17 Disember 2011

TAK LARI GUNUNG DIKEJAR





Gunung tu bukan ada anggota badan macam kita nak bergerak . pun tak ada kaki nak berlari . dan pasti , dia tak akan lari . so , kita tak payah nak lari mengejar gunung tu . . buat penat je berlari . . kita buat relax sudaaaa . . 


Hujung minggu sudah , aku dapat tawaran seorang teman sebilik , mengajak turut serta dalam satu program sebuah kelab kat kolej - mendaki bukit . Memandangkan aku memang tak ada rancangan hujung minggu ni , aku ON je . . Hati dah berbunga riang . . sebab aku dah rasa hasrat mungkin akan jadi nyata . dah lama tak naik bukit . dah lama jugak teringin nak naik bukit yang satu tu . sebab vision dia cun habis . pemandangan yang sangat cantik ! 

Lagi pun , pendakian kali ni bukan pendakian kosong . Mengikut rancangan , kami akan solat Dhuha di atas puncak bukit bagi sesiapa yang ingin merasai pengalaman tersebut . dan mengikut perancangan lagi , selepas pendakian ditamatkan , kami akan bergerak ke sebuah sungai untuk mandi manda melepaskan penat lelah . . o.O  Wah , memang peluang yang sangat ditunggu - tunggu ! memang dah lama tak mandi sungai atau dalam erti kata lain , dah lama tak pergi berkelah . . omputih kata picnic . memang dah lama mencari masa nak mandi sungai . . tapi hajat masih belum kesampaian . . tak ada masa ! huhu


Namun,  harapan mungkin tinggal harapan bila penolong pengarah program kata program kali ni dibatalkan . katanya , mungkin program akan dijalankan paa bulan hadapan . . . Sedikit hampa. . tapi hati tetap kata tak apa . sebab aku pun tak berharap lebih . . mungkin ada aktiviti lain yang menanti hujung minggu kali ni . . :)

Dan last minute , pengarah program kata , rancangan diteruskan . . masalah dah dapat diselesaikan . . happy kot . . excited nak panjat Bukit Broga dan mandi di Sungai Tekala . memang aku mintak Mr. Captain berjaga sampai 4 pagi semata - mata nak kejut aku bangun pagi tu . . kali ni tak ada lah dia kejut aku macam kejut budah lima tahun nak bangun pergi sekolah tadika . (^_^) . memang serta merta aku duduk bila tengok jam dah pukul empat pagi . lepas mandi dan bersiap - siap , aku dan teman sebilik terus turun ke lobby asrama untuk berkumpul . 

Sekitar 5 pagi kami bertolak dari perkarangan asrama . Singgah di salah sebuah masjid di Bangi untuk solat subuh . . pukul 6.45 pagi , kami tiba di kaki Bukit Broga . . aktiviti kali ni memang mencabar . . sebelum ni bukan tak pernah daki bukit pun . . bukan tak pernah masuk hutan . . tapi , Mr. Captain cukup risau aku pergi ke dua tempat ni . . Ya , dia orang yang sangat - sangat risau tentang aku . dan sebaiknya , biarlah aku mengikut segala nasihat yang dia bagi pada aku . . maklumlah , nak jadi orang umah dia lah katakan . . hehe

Alhamdulillah , seawal 8.40 pagi , sebahagian besar peserta pendakian , berjaya sampai ke atas puncak Bukit Broga . . termasuk aku . . :) tidak boleh tidak . . walau securam mana bukit yang di daki , teguhkan semangat untuk "Standing in The Eyes of The World" . . . 
sempat juga merakam sekeping dua gambar kenang - kenangan di sana . . 




















Tidak terlalu lama di atas puncak bukit , kami turun semula ke bawah bila matahari dah mula naik setentang dengan wajah . . jam sembilan tiga puluh pagi , aku dah berada di kaki bukit menunggu peserta - peserta yang lain turun . . Alhamdulillah , tiada sebarang kejaian yang tidak diingini berlaku semasa pendakian kami . . 

melepaskan lelah di Sungai Tekala selama dua jam sebelum matahari naik di atas kepala merupakan klimaks aktiviti kami hari ini . . Alhamdulillah , tercapai juga hajat di hati nak mandi Sungai setelah sekian lama . . . dekat setahun juga rasanya aku tak pergi berkelah . . :) memang rindu . . . sebab dulu masa kecik - kecik , mak dan abah memang suka bawa kami adik beradik pergi berkelah mandi sungai atau air terjun . . dan bila dah besar panjang macam ni , dan dah duduk jauh dengan mak abah , memang kena cari masa sendiri nak pergi berkelah pun . . 


Antara bukit @ gunung @ air terjun dan kawasan yang menjadi tempat perkelahan yang sudah dijejaki dan didaki :
- Hutan Lipur Soga Perdana Batu Pahat Johor
- Hutan Rekreasi Gunung Pulai , Pontian Johor
- Air Terjun Sungai Bantang , Bekok  Segamat 
- Air Terjun Latar Iskandar , Perak
- Gunung Ledang , Tangkak
- Hutan Rekreasi Gunung Berlumut , Kluang Johor
- Hutan Rekreasi Gunung Lambak , Kluang Johor
- Air Terjun Kota Tinggi Johor
- Air Terjun Sungai Gabai , Hulu Langat Selangor
- Hutan Lipur Sungai Congkak ,  Hulu Langat Selangor
- Hutan Rekreasi Sungai Tekala , Hulu Langat Selangor
- Hutan Lipur Ulu Perdik Hulu Langat Selangor
- Pulau Kukup Johor National Park
- Pantai Punggur , Batu Pahat Johor
- Pantai Sungai Lurus Batu Pahat Johor
- Pantai Minyak Beku Batu Pahat Johor
- Pantai Chenang , Pulau Langkawi Kedah
- Tanjung Rhu , Pulau Langkawi
- Teluk Ramunia Kota Tinggi Johor
- Pantai Desaru , Kota Tinggi Johor
- Port Dickson , Teluk Kemang  Negeri Sembilan
- Pantai Air Papan , Mersing Johor
- Pantai Tanjung Leman , Mersing Johor


dan aku berharap dan terus berharap , agar suatu hari nanti . . . bersama Mr. Captain dan keluarga kami , aktiviti ini masih akan menjadi satu aktiviti rasmi . . . nanti . . semoga ada waktu untuk itu , Sayang . . . 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup

  • Banjir: Punca dan Cara Mengelakkan - Banjir adalah salah satu bencana alam yang kerap melanda di banyak kawasan, terutama di kawasan rendah dan padat penduduk. Kesan daripada banjir bukan sa...
    2 minggu yang lalu
  • Selamat Hari Raya - Dah nak masuk 10 Syawal baru nak wish. Semoga ukhwah antara kita terus berkekalan walaupun sekadar membaca blog post dan melihat gambar di IG. Tahun ni...
    8 bulan yang lalu
  • Macam Dulu - 12 Februari 2020 Aku harap boleh kembali macam dulu-dulu. Masa dia bukan siapa-siapa yang boleh aku Lihat tanpa terhad.yang selalu ada tak kira masa Dan t...
    4 tahun yang lalu
  • BAS dan BAS - *UNTUK VIDEO-VIDEO LAIN BERKAITAN BAS, SILA KLIK LINK INI* *Tambah* mana yang kurang, *ambil* mana yang lebih. Tinggalkan jejak kehadiran anda walaup...
    5 tahun yang lalu
  • CABUT GIGI GERAHAM DAN DRY SOCKET.. - Assalammualaikum.. Serius tak sedar dah dua bulan aku tak update apa-apa..baru cadang nak rajin blogging tahun ni..lupa dowh nak bukak blog bila dah akti...
    5 tahun yang lalu
  • KEMBARA - Kita Tiada - Tiapa apa. Aku jadi ingat. Duka itu ubati lupa. Sangka baik. Percaturannya Dia itu hebat. Indah dan tepat. Hanya Dia saja yang ada....
    7 tahun yang lalu
  • Dua Ringgit Jer Untuk Hari Raya? KEDEKUT! - *Kanak-Kanak yang masih kecil * : *Assalamualaikummmmmmmmmmmmmm* *Orang Dewasa Yang Sangat Dewasa * : *Walaalaikumsalam. Wah ramainy...
    8 tahun yang lalu
  • First Four - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni, 29 Februari, telah genap 4 tahun untuk menandakan keberadaan blog ini buat pertama kali. 4 tahun. 4 tahun dim...
    8 tahun yang lalu
  • buang sawang sikit.. - wowww....lama tak berblog tetibe hari ni rasa free. tak pe lah mahu mencoret la secubit di sini. rasa kekok pun ada kat umah sendiri ni.. kekangan waktu me...
    9 tahun yang lalu
  • konfigurasi - Aku yang dipengaruhi ambiguiti rasa beberapa ketika. Tidak mahu terus ditakhluki. Aku percaya kurnia yang Satu. Bukan bersahaja. Bukan tercela. Mendid...
    9 tahun yang lalu
  • belajar - waktu sedang memakanku cahaya mentari tak lagi datang menyeruak awan tertoreh airnya jatuh membuak buak seperti membisik menyedar ada syukur dalam setiap h...
    11 tahun yang lalu
  • 2013-3 - bila dalam ramai rasa sunyi. rasa tak dihargai. seolah2 tak wujud. tak kira la kat mana pon kau duduk, kau tetap akan rasa nak lari dari situ. tak kisah l...
    11 tahun yang lalu
  • Pesona - Dia,pendiam kurang menonjol dan lebih suka memendam.mengasingkan diri itu kepakaran dia sedang dalam keriuhan pun tidak ada yang sedar akan kewujudan d...
    12 tahun yang lalu
  • DO NOT HATE US (please...) - 18 wheelers Throughout this period , I always wonder why the truck driver was hated by most other drivers, especially cars. Is it because we are drivin...
    13 tahun yang lalu