credit to: music to music teachers |
In a good mood by using a very very very sweet sweet sweet sweet melody, via mobile in time of.... ufftttt!!!! Si gadis dah tak dapat nak bayangkan macam mana dah keadaannya waktu itu bila dia tiba-tiba melagukan sebuah dendangan berirama yang dia harap akan dilagukan padanya sesaat sebelum bertolak pulang dari sisi kiri dunia waktu itu. Wal hal... ia jatuh pada tanggal 13 saban penghujung tahun...
Saban tahun, Disember datang menemui mimpi dan realiti. Hakikat diri semakin bertambah usia tetap harus diterima. Lagi beberapa detik, 5 Disember datang dalam sepi. Maka bertambah bilangan usia si teruna. Kemudian, giliran si anak gadis pula lahir ke dunia. Tahun ini, si anak teruna genap dua puluh dua tahun dan si anak gads genap dua puluh satu tahun. Di minda si anak gadis sudah terbayang satu tiket untuk melangkah lebih jauh kehadapan... membuktikan pada semua betapa dia juga mampu mencapai tiap cita-cita yang diingini.
Sejak empat tahun lalu, mungkin rezeki menyebelahi si anak gadis. Hampir saban tahun dia menerima tiket percutian bila waktu menjejak penghujung tahun. Bagai mimpi, dia menerima realiti sebagai penawar hati. Penawar untuk tiap jerih letih, senang susah, suka dan duka selama ada. Yang ada itu ada. Dia cuba terima. Yang tiada itu tiada. Masih juga dia cuba terima. Biar percubaannya itu seringkali kecundang di pertengahan. Gagal kerana dia masih menunggu bulan jatuh ke riba dari kekasih hati.
Buat si teruna, Selamat Ulang Tahun Kelahiran. Selamat Ulang Tahun Kelahiran (in advance) buat si gadis. Semoga tercapai apa yang terhajat di hati... dan gembira dengan apa yang ada di sisi.