Credit to Cikgu Nik Mie |
THMK2
Foto: 3
Penulis: HAdira Kifly
Tarikh: 07/11/12
Tajuk: EMBUN DI HUJUNG DAUN
Masih menitis
embun
di hujung daun
sebelum terik mentari
tegak berdiri
membakar bumi.
Tidak menitis lagi
embun pagi
setelah terik mentari
tegak berdiri
membakar bumi.
Semoga tidak seperti embun
yang menitis di hujung daun
kerana janji
kasihmu kubawa mati
kerana kita berjanji
hempedu lekat di hati.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Pertama dalam seumur hidup aku, puisi yang aku cipta seimbas lalu, yang aku hantar tanpa mengharap sebuah kemenangan, muncul menjadi juara dalam sebuah pertandingan menulis puisi berdasarkan gambar yang dianjurkan di dalam ruangan muka buku. Berita kemenangan ini aku terima melalui perkhabaran seorang sahabat yang juga menyertai pertandingan tersebut, itu pun setelah beberapa hari aku tidak muncul di laman muka buku. Sungguh, aku terkedu.
Aku tahu, garapan yang aku bawa masih belum lengkap sempurna. Aku tahu, masih ada kurangnya dalam bait kata. Aku tahu, aku masih lemah dalam perbendaharaan olahan kata. Aku bukan A. Samad Said yang tersanjung di arena seni sajak. Aku bukan pemuitis yang harap disanjung tinggi. Aku tidak perlukan semua itu. Kerana aku adalah aku.
p/s : Buat para penganjur program dan juri pertandingan serta barisan peserta dan rakan-rakan yang mengucapkan tahniah di atas kemenangan, terima kasih diucapkan. :)
p/s : Terima kasih semua yang mengucapkan tahniah dan memberikan hadiah hari jadi... sampai hari ni pun masih dapat hadiah lagi walaupun dah dua hari berlalu. hehe ^_^