Gurauanku rupanya idamanmu... |
"Siapa pun pilihan kamu, siapa pun yang menjadi menantu mak, mak terima seadanya. Asalkan....
....dia boleh menjaga anak mak macam mak menjaga anak-anak mak.
....asalkan dia mampu memberi kebahagiaan dalam hidup anak-anak mak.
....asalkan dia tidak mengongkong kamu sepertimana mak yang tak pernah mengongkong anak-anak mak.
....asalkan dia mampu membawa kamu pulang menjenguk mak.
....asalkan dia tidak memutuskan hubungan antara kamu dengan mak.
....asalkan dia juga boleh terima kamu dan keluarga kita seadanya..."
Saat mendengar pengucapan itu, butir-butir mutiara jatuh berguguran. Sebak di dada amat dirasakan. Bagaikan permata yang sangat berharga, aku bersyukur kepadamu ya Allah... Terima kasih, Tuhan. Kerana memberikan aku nikmat untuk merasa bahagia... Tuhan, jika diizinkan aku merasa nikmat ini sekali lagi di balik sana dunia, nescaya akulah insan paling bahagia di dalam dunia...
Jika boleh memori hidup kita disimpan di dalam CD, izinkan aku mainkan hari-hari.