Lihat ke luar lawang, langit terkadang mendung, petanda mahu hujan hampir saban petang di sini. Hilang sudah jerebu dari bumi Indo, hadiah saban tahun buat bumi Mal(A[y]sia). Syukur, pergi sudah wajah-wajah sugul.
Masuk duduk baring di atas katil, aku nampak ada iklan yang layangkan oleh Kak Long tentang Zine Jerebu. Aku tahu, aku takkan ada masa yang panjang nak minulis sesuatu untuk disumbangkan dalam Zine Jerebu. Jadi aku cuma retweet saja, dan keluar. Selang dua hari kemudian, Kak Long tinggalkan pesanan minta aku hantar barang satu karya. Ah, sudah! Terjerat aku! Huhuhuhu.
Lama, baru aku hantar karyanya. Dan lama juga, kami menunggu untuk mendapat hasilnya. 19 Oktober 2015, Zine Jerebu dimuatnaik secara permuma kepada semua golongan pembaca. Iya, Zine Jerebu adalah Zine Percuma dari masyarakat pelbagai lapisan, untuk masyarakat.
Nak sama-sama membaca? Jom, dapatkan #ZineJerebu .
Salah satu karya yang ada, hasil sesudah dicetak. |