Ahad, 13 Disember 2015

Ke Manakah Hilangnya Restu?






Mac 2010.

Begitu wajah terhias pada sinar natahari pagi, ada butir-butir bahagia yang cuba dikais cari dari dunia ini. Entah, seakan sukar untuk nenemui apa yang dicari bila hala tujunya pun kabur. Mencari arah pun payah, apatah lagi menyuluh jalan. Jauh sekali. Usaha tak pernah berhenti. Usaha terus berjalan biar pun lambat-lambat.

Lalu, bahagia mula menyisip keluar perlahan-lahan dari hujung jari munculkan diri. Pun begitu, dengan payah aku cuba melangkah membetulkan arah. Dengan paksa rela, tebalkan jua hati tinggalkan apa adanya untuk memulakan apa yang baru. Kemudian datang restu sebagai rahmat hidup yang baru.

Dalam pada itu, diam-diam aku cuba nasib pertaruh diri, jiwa dan raga mahu orang-orang sekeliling buka mata. Mana tahu ada yang celik mata baca apa yang tersirat di sebalik keputusan yang cuba dibuat. Tohmahan demi tohmahan aku tepis buat tak peduli. Amarah dan benci aku lempar jauh-jauh positifkan diri. Apa juga kata keji aku biarkan buat tuli. Aku teruskan jua demi hasrat hati, mahu semua buka mata mengapa aku memilih untuk terus apa yang telah aku pilih. Mungkin, masa boleh merubah persepsi manusia?


April 2015.

Pada firasat aku, masa benar-benar sudah merubah persepsi manusia. Tidak cukup itu, aku fikir masa berjaya menyedarkan manusia atas tindakan aku lima tahun lalu. Kalau tidak, masakan ada restu pada impian yang aku semai baja saban hari? Ah, mustahil aku bermimpi naik tinggi ke angkasa. Mana mungkin aku bertepuk sebelah tangan kan? Aku terima restu kalian dengan tangan terbuka. Aku semai benih-benih harapan bawa dia pulang bertemu keluarga.


Julai 2015. 

Waris dan Utama sudah pulang dan sama-sama mahu berbakti pada keluarga. Sama seperti aku yang pulang lebih awal setahun enam bulan yang lalu. Punya hadiah besar buat mereka, tidak seperti aku yang pulang hanya disambut dengan selerak dan kusut sebuah rumah yang tak ubah seperti tongkang dilanda taufan. Kepuasan yang sebelum ini diperolehi dituai-tuai dijemur dan dihadam enak dalam tubuh, kini perlahan-lahan hilang ditumbuk-tumbuk hancur lumat bagaikan debu jalanan. Senyum senda gurau apatah lagi tawa terus hilang jauh dari pandangan.

Raya seminggu, kegembiraan yang belum pun ada sebulan dirasa hancur berderai hanya kerana sebuah amarah. Baru saja aku gadaikan sejumlah lelah selama tiga bulan membanting tulang, sekelip mata musnah tanpa belas kasihan. Hilangnya kasih sayang jauh sekali kepuasan, lalu terbit benci dan dendam.


Ogos 2015.

Sayap kanan dan kiri duduk semeja berkumpul dua penjuru membuka kata mengikat kasih nenyemai impian dan harapan baru buat kita. Juga dengan getir susah dan payah, kita sama-sama bangkit mahu mulakan jalan cerita yang baru. Satu dunia bagai ribut, mahu bantu segala urusan berjalan lancar dan selesai dengan cepat. Seperti tidak sabar-sabar mahu aku menyambung kasih pada tali yang panjang.

Aku senyum sama-sama bangkit berusaha untuk apa adanya. Perlahan-lahan menyempurnakan apa adanya. Katanya, enam bulan bukan masa yang singkat. Iya, aku teruskan jua. Dalam masa yang sama, dugaan datang silih berganti. Aku hampir saja putus asa. Tapi aku tepis semua, aku tulikan juga buat tak peduli. Lemah dan kerap kali juga aku tersadung hamir jatuh je lembah gaung. Tapi pautanku masih ampuh.

Mulanya, aku buat keputusan mahu meneruskan apa yang ada di sini menyambung legasi yang sudah mengalir jauh dalam sanubari. Namun sikap Waris dan Utama buat aku kesal hampa dan kecewa. Apatah lagi penyokong utama. Buat aku jatuh terduduk tersungkur berkali-kali. Menangis, mencari ruang perbetul diri perbaiki mana kesilapan yang ada. Mungkin aku silap langkah dan ada yang perlu diubah ditampal diwarna menampal hitam yang asal.

Jadi aku buat keputusan untuk bawa diri jauh dari semua orang. Aku beri masa hingga April tahun hadapan. Cadangnya, mahu selesaikan segala urusan di sini sebelum mengubdur diri melepaskan jawatan pada Waris dan Utama. Biarlah beban di bahu digalas pada mereka yang lebih layak dan mampu fizikanya. Daripada aku yang jauh lebih lemah melainkan berharap pada semangat yang datang mengenangkan mencari sesuap nasi untuk esok.

Iya, aku teruskan lagi berjalan tanpa persiapkan apa-apa. Mungkin itu yang dikatakannya tawar hati. Sikap tak ambil peduli buat mata-mata yang memandang jadi lemah dan tawar hati. Lalu ada pula anasir luar cuba menokok menambah asam garam pelbagai rasa. Sedar tak sedar, masa pun telah berlalu jauh dari usia. Sahabat bertambah, jalan yang kita tuju pun makin jauh berliku-liku minta kita tumpukan sepenuhnya pada jalan yang satu. Dan kita hentikan dunia, kita teruskan tumpuan pada jalan berliku penuh ranjau onak dan duri.


Disember 2015.

Aku tidak pernah mengharapkan apa-apa pada setiap ulang tahun hari kelahiranku. Biasanya, aku akan membeli sekecil-kecil hadiah buat diriku sendiri untuk aku kenang ingat dan guna sebaiknya. Sekali pun aku tidak pernah menyangja, sehari sebelum hari ulang tahun kelahiran aku didengarkan berita gila yang buat aku hampir saja jadi gila. Seolah ingin meratap apabila restu yang dicanang pada dunia ditarik semula atas persepsi songsang tohmahan tidak berasas dan fikiran kolot lagi khurafat.

Diamku dulu tak bermakna aku suka dan redha. Tapi lebih kepada terpaksa rela atas apa adanya. Niatku ingin berhenti bukan sebab tawar hati atau sudah tiada harapan lagi. Tapi lebih kepada memberi ruang dan peluang kepada diri sendiri dan orang di sekeliling. Untuk apa meneruskan persiapan kalau orang-orang sekeliling benci atas apa yang aku lakukan? 

Masih jua aku semai kantung-kantung harapan pada impian yang kita sama-sema pilih waktu itu. Tak pernah walau sekali pun aku lupa. Sedangkan kita dan orang-orang di sekeliling kita seringkali memberi harapan pada sebuah kehidupan, tapi kita juga lah yang menjadi pemusnah pada harapan itu. Sungguh, benar apa yang dikatakan Corbis. Harapan itu babi.

Tapi itu lah, mata tak selalunya membenarkan sesebuah kejadian. Kita sering menghukum sesuatu atas apa yang kita tidak tahu letak duduknya sesuatu. Kita anggap, dia begitu kerana begitu. Walhal, ada sesuatu yang tersembunyi yang sengaja didiamkan buat tidak peduli, yang sengaja disorok tidak mahu dikongsi. Untuk apa membuka pekung, kalau akhirnya membawa racun. Untuk apa mencanang wangian, kalau sekadar menyemai riak dan takbur.



Sudah-sudah lah. Bunga-bunga impian ini untuk apa jika musnah di sini? Buah-buah beracun kalian ini sampai bila mahu disuap paksa tidak berhenti?




 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup

  • Ayah Kecawa Keputusan SPM!!! - Aku tiba di rumah setelah penat berkerja seharian. Aku melunjurkan kaki di atas sofa. Isteri memberi aku segelas air. Anak lelaki ku memberi sehelai kert...
    5 bulan yang lalu
  • Selamat Hari Raya - Dah nak masuk 10 Syawal baru nak wish. Semoga ukhwah antara kita terus berkekalan walaupun sekadar membaca blog post dan melihat gambar di IG. Tahun ni...
    7 bulan yang lalu
  • TERPALING CAMPERS - OUTDOOR - Assalammualaikum wbt. So macam tajuk di atas, la ni aku rasa nak kongsi lah sikit benda apa yang paling rancak sekarang dalam hidup aku.. yup, camping la...
    Setahun yang lalu
  • Lara Hati - Hujan sepanjang hari ini, dingin sedingin hati. Jauh aku merenung tiap titis air hujan yang turun masihkah ada rindu? Aku sengaja membiarkan Tangan aku bas...
    3 tahun yang lalu
  • 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐍𝐃𝐔 𝐁𝐀𝐒 - Bas yang di dalam cerita ini Lingkungan awal 90an, selepas beberapa waktu abang zul bekerja sebagai pemandu lori yang bermula dari lori 1 tan, kemudian 3...
    4 tahun yang lalu
  • HARMONI yang HILANG - Semalam aku ke kedai ubat Cina membeli sesuatu. Aku cakap MAAF sebab ganggu dia sedang makan. Dia balas MAAF sebab aku nampak dia sedang nikmati makanan se...
    5 tahun yang lalu
  • Kembali - Assalamualaikum wbt. Gementar nak menulis semula. Terlalu lama berhibernasi barangkali. Jika ada yang merindu tulisku, coretku dan anganku. Insha Allah akan...
    6 tahun yang lalu
  • Tips Kurus Dalam Masa 3 Hari - So this really can make everyone get excited sebab nak kurus. I mean for a GIRL Laki macam tak beberapa kisah sangat dengan badan naik kot sebab Anwar tak...
    8 tahun yang lalu
  • First Four - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni, 29 Februari, telah genap 4 tahun untuk menandakan keberadaan blog ini buat pertama kali. 4 tahun. 4 tahun dim...
    8 tahun yang lalu
  • buang sawang sikit.. - wowww....lama tak berblog tetibe hari ni rasa free. tak pe lah mahu mencoret la secubit di sini. rasa kekok pun ada kat umah sendiri ni.. kekangan waktu me...
    9 tahun yang lalu
  • belajar - waktu sedang memakanku cahaya mentari tak lagi datang menyeruak awan tertoreh airnya jatuh membuak buak seperti membisik menyedar ada syukur dalam setiap h...
    10 tahun yang lalu
  • 2013-3 - bila dalam ramai rasa sunyi. rasa tak dihargai. seolah2 tak wujud. tak kira la kat mana pon kau duduk, kau tetap akan rasa nak lari dari situ. tak kisah l...
    11 tahun yang lalu
  • Pesona - Dia,pendiam kurang menonjol dan lebih suka memendam.mengasingkan diri itu kepakaran dia sedang dalam keriuhan pun tidak ada yang sedar akan kewujudan d...
    12 tahun yang lalu
  • DO NOT HATE US (please...) - 18 wheelers Throughout this period , I always wonder why the truck driver was hated by most other drivers, especially cars. Is it because we are drivin...
    13 tahun yang lalu