Khamis, 2 Februari 2012

SEMOGA ADA BAHAGIA . . .

Credit to : explodingdog.blogspot.com






Cinta ibarat rama-rama ..
Makin kau kejar , makin ia menghindar ..
Tapi bila kau biarkan ia terbang ..
Ia akan menghampiri disaat kau tak menduga !


Demi Tuhan , fitrah manusia adalah hidup berpasangan . . Perasaan cinta , kasih dan sayang itu tidak pernah luput dari jiwa seorang manusia . . Masih lagi dalam rangkum kesetiaan , aku juga dikurniakan denagn perasaan cinta . . Aku masih di sini bersama Dia yang sangat setia menanti aku menamatkan cita-cita dan impian aku sejak sekian lama . . Dorongan darinya tidak pernah lupa ditujukan buat aku biar jauh mana dia berada , biar sukar mana situasinya , biar lewat mana dia mengucapkannya . . .

Getar di dada ini tidak pernah putus saat aku mendengar ungkapan cinta untukku . . . semakin aku cuba lari dari bayangan cinta dunia , semakin dia datang dengan sekawan rasa sayang yang tidak pernah pudar . . . Aku lari bukan kerana aku benci . . . Aku lari kerana aku mahu ia datang satu waktu nanti pada waktu dan tika yang benar-benar milik kami , seperti yang diminta olehnya tika dugaan itu datang kepadaku . . . semoga getar itu akan terus ada hingga ke akhirnya , Sayang . . .


Ujian Tuhan itu sememangnya mengajar aku untuk lebih yakin melangkah sendiri sebelum tiba waktunya . . dan semoga keadaan ini akan terus berkekalan hingga tiba waktunya . . Sungguh , aku sangat rindu untuk berada di sisinya . . Tapi aku cukup khuatir jika aku dan dia bersama , cintaku kepada DIA juga akan turut luntur . . .

Duhai Tuhan . . .
juka aku jatuh cinta , cintakanlah aku kepada dia yang turut menyintai-MU
agar nanti aku tidak pernah lali menyintai-MU . . .

Duhai Tuhan . . .
Jika aku jatuh cinta , cintakanlah aku pada dia yang menyayangi Rasul-MU
agar nanti aku tidak pernah lalai dari menyayangi Rasul-MU . . .

Duhai Tuhan . . .
Jika nanti aku jatuh cinta , cintakanlah aku pada dia yang mengasihi keluarganya
agar nanti aku tidak pernah lupa dari mengasihi keluargaku . . .

Duhai Tuhan . . .
Jika nanti aku jatuh cinta , cintakanlah aku pada dia yang memuliakan sahabatnya
agar nanti aku tidak pernah gagal untuk memuliakan sahabatku . . .

Duhai Tuhan . . .
Jika nanti aku jatuh cinta , cintakanlah aku pada lelaki yang sentiasa mencari reda-MU
agar nanti aku dibimbing menjadi seorang wanita yang sentiasa mncari reda-MU . . .

Duhai Tuhan . . .
Jika aku jatuh cinta , cintakanlah aku pada seorang lelaki yang bergelar suamiku . . .
agar cintaku padanya tidak melebihi cintaku pada-MU , Ya Allah . . .
agar nanti cintaku tidak terpesong ke landasan nafsu yang penuh curam . . .


Ya Habibi Ya Maulana . . .
Izinkan aku mencintaimu selepas benar-benar menjadi milikmu . . .
Izinkan aku merasai getar seorang isteri kepada suaminya . . .
Izinkan aku menghayati cinta pemberian-Nya di atas garisan yang benar . . .
Izinkan aku merinduimu di sini tanpa mengharap sesuatu yang tidak nyata di ruang legar cakerawala . . .
Izinkan aku terbang ke udara bersamamu , selepas menjadi milikmu nanti , seperti yang kau janjikan dulu dan kini . . .






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup

  • Banjir: Punca dan Cara Mengelakkan - Banjir adalah salah satu bencana alam yang kerap melanda di banyak kawasan, terutama di kawasan rendah dan padat penduduk. Kesan daripada banjir bukan sa...
    2 minggu yang lalu
  • Selamat Hari Raya - Dah nak masuk 10 Syawal baru nak wish. Semoga ukhwah antara kita terus berkekalan walaupun sekadar membaca blog post dan melihat gambar di IG. Tahun ni...
    8 bulan yang lalu
  • Macam Dulu - 12 Februari 2020 Aku harap boleh kembali macam dulu-dulu. Masa dia bukan siapa-siapa yang boleh aku Lihat tanpa terhad.yang selalu ada tak kira masa Dan t...
    4 tahun yang lalu
  • BAS dan BAS - *UNTUK VIDEO-VIDEO LAIN BERKAITAN BAS, SILA KLIK LINK INI* *Tambah* mana yang kurang, *ambil* mana yang lebih. Tinggalkan jejak kehadiran anda walaup...
    5 tahun yang lalu
  • CABUT GIGI GERAHAM DAN DRY SOCKET.. - Assalammualaikum.. Serius tak sedar dah dua bulan aku tak update apa-apa..baru cadang nak rajin blogging tahun ni..lupa dowh nak bukak blog bila dah akti...
    5 tahun yang lalu
  • KEMBARA - Kita Tiada - Tiapa apa. Aku jadi ingat. Duka itu ubati lupa. Sangka baik. Percaturannya Dia itu hebat. Indah dan tepat. Hanya Dia saja yang ada....
    7 tahun yang lalu
  • Dua Ringgit Jer Untuk Hari Raya? KEDEKUT! - *Kanak-Kanak yang masih kecil * : *Assalamualaikummmmmmmmmmmmmm* *Orang Dewasa Yang Sangat Dewasa * : *Walaalaikumsalam. Wah ramainy...
    8 tahun yang lalu
  • First Four - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni, 29 Februari, telah genap 4 tahun untuk menandakan keberadaan blog ini buat pertama kali. 4 tahun. 4 tahun dim...
    8 tahun yang lalu
  • buang sawang sikit.. - wowww....lama tak berblog tetibe hari ni rasa free. tak pe lah mahu mencoret la secubit di sini. rasa kekok pun ada kat umah sendiri ni.. kekangan waktu me...
    9 tahun yang lalu
  • konfigurasi - Aku yang dipengaruhi ambiguiti rasa beberapa ketika. Tidak mahu terus ditakhluki. Aku percaya kurnia yang Satu. Bukan bersahaja. Bukan tercela. Mendid...
    9 tahun yang lalu
  • belajar - waktu sedang memakanku cahaya mentari tak lagi datang menyeruak awan tertoreh airnya jatuh membuak buak seperti membisik menyedar ada syukur dalam setiap h...
    11 tahun yang lalu
  • 2013-3 - bila dalam ramai rasa sunyi. rasa tak dihargai. seolah2 tak wujud. tak kira la kat mana pon kau duduk, kau tetap akan rasa nak lari dari situ. tak kisah l...
    11 tahun yang lalu
  • Pesona - Dia,pendiam kurang menonjol dan lebih suka memendam.mengasingkan diri itu kepakaran dia sedang dalam keriuhan pun tidak ada yang sedar akan kewujudan d...
    12 tahun yang lalu
  • DO NOT HATE US (please...) - 18 wheelers Throughout this period , I always wonder why the truck driver was hated by most other drivers, especially cars. Is it because we are drivin...
    13 tahun yang lalu