Sabtu, 8 September 2012

Tunggu

credit to: windows





Jay : Malam ni jom keluar. Ada cerita best kat GSC. 

Lee : Sorry, aku dah janji dengan The Flop. Ada show kat Ked Stone. 

Jay : Aku follow! 

Lee : Ked Stone bukan tempat kau. 

Jay hanya diam. Langkahnya yang diatur perlahan dibelakang Lee semakin perlahan dan terus terhenti. Lee meneruskan langkahnya pulang tanpa Jay seperti selalu. 

Malam itu, Jay seorang diri ke GSC. Hajat di hati ingin menonton wayang bersama Lee. Namun, nampaknya malam itu, dia harus menonton sendirian. Sayang bila tiket yang sudah dibelinya ingin dibuang ke dalam bakul sampah semata-mata. Tiba di food court berhampiran GSC, dia terhenti. Seperti dia melihat kelibat Lee di satu sudut. Saat dia berpaling, yang ada hanya bayang-bayang. 

Wayang bermula. Jay menonton dengan pandangan kosong. Lee yang berada di sudut paling belakang memerhati Jay dari jauh. Langsung tidak memandang ke arah screen. Jay keluar selepas tiga puluh minit cerita berjalan. Lee bangun selepas Jay keluar. Kelibat Jay sudah hilang sebaik dia keluar dari panggung wayang. Dia hilang jejak. 

Lee berjalan ke arah food court. Dahulu, di situ dia dan Jay akan duduk selepas habis menonton. Harap, Jay akan ada di situ, sambil minum teh ais. Namun, di atas meja itu cuma ada sekeping tiket wayang yang belum digunakan dan sehelai daun kering. Di atas daun kering itu tertulis, "LeeVs Jay". Itu daun kering pemberiannya kepada Jay dahulu. Melilau mata Lee mencari Jay. Puas dia bertanya sesiapa yang berhampiran, namun tiada siapapun yang tahu.

Seminggu berlalu, Jay kelihatan semakin jauh dari hidup Lee. Lee semakin sukar menjejaki Jay. Panggilan telefon yang dibuat langsung tidak diangkat. Mesej yang dihantar langsung tidak dibalas. Sehinggalah satu hari, Lee melihat Jay sedang duduk di bawah redup pokok pinang di tepi tasik. 

Lee : Dah lama kau kat sini ?

Jay : Sebelum kau sampai. 

Lee : Mana kau menghilang? Aku cari tak pernah ada. Call tak dapat, mesej tak balas. 

Jay : Phone aku hilang. 

Lee : Aku risau pasal kau, tahu!

Jay : Kau risau ke? 

Lee mengeluh. Jay menjauh hati lagi. Perlahan, Jay bangun dan melangkah pergi. 

Lee : Jay! Jay! Tunggu aku Jay!

Panggilan Lee tidak dijawab. dan dia terus hilang di balik bayang-bayang yang datang. 


Sebulan yang lalu.......... 
Ayoi : Jay, esok ada cerita The Greatest. Aku nak tengok dengan Ayee. Kau join ke tak? 

Jay : Aku nak tengok dengan Lee kot. 

Ayoi : Ok, nak aku belikan tiket sekali tak? I'm on. 50% discount. *sigh.

Jay : Sure do. Berapa babe? 

Ayoi : Kau bagi RM15 cukup. 

Not RM15 dikeluarkan. Not merah dan hijau bertukar tangan. 

Keeseokannya...
Jay melangkah keluar dari GSC dan terus menghampiri meja yang selalu didudukinya bersama Lee. Tiket untuk Lee dan sehelai daun kering pemberian Lee dikeluarkan. Sesaat, Jay bangun dari tempat duduknya. Tandas berhampiran terus di tuju. Perutnya tiba-tiba memulas minta dilayan sepenuh hati. 

Jay keluar dari Alamanda dan terus menghampiri kereta yang diparkir. Lima tapak sebelum sampai di sisi keretanya, sebuah motorsikal yang dipandu laju melanggar tubuh Jay membuat Jay jatuh terpelanting jauh. Jay mati semasa dalam perjalanan ke hospital. 


Dua bulan kemudian......

Lee : Assalamualaikum, mak cik. pak cik. 

Jay : Waalaikummussalam. Kamu sihat Lee? Lama tak datang sini. 

Lee : Sibuk sikit mak cik. hmmm, Jay ada mak cik? 

Ibu bapa Jay memandang silih berganti dengan dahi yang berkerut. 

Lee : Mak cik ? Kenapa ni? 

Puan Jasmin : Jay dah dua bulan meninggal dunia. Kena langgar masa balik tengok wayang yang dia tak jadi pergi dengan kamu malam tu.

Lee terus bangun tanpa menoleh ke belakang. Tersentak dengan pengakuan daripada ibu bapa Jay. Dia meninggalkan rumah ibu dan ayah Jay dengan hati yang cukup hiba. Tasik sepi yang dia pergi langsung menemui Jay tempoh hari dituju. 

'Jay, kau pergi dulu. Kau tinggal aku. Kau kata kau nak hidup dan mati dengan aku sama-sama. Tapi kau pergi dulu'

Sekali lagi Jay datang menemui Lee. Masih dengan pakaian serba putih seperti dulu. 'Tapi kau dah janji dulu kau nak jaga aku. Tapi kau tak jaga pun. So, aku ingat janji aku pun terpadam selepas semua ni. Aku pergi dulu. '

Lee : Jay! Jay! Jay, tunggu! 

Namun, di situ tiada siapa melainkan dia. Yang tinggal cuma kenangan yang sukar untuk dilupakan. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup

  • Banjir: Punca dan Cara Mengelakkan - Banjir adalah salah satu bencana alam yang kerap melanda di banyak kawasan, terutama di kawasan rendah dan padat penduduk. Kesan daripada banjir bukan sa...
    2 minggu yang lalu
  • Selamat Hari Raya - Dah nak masuk 10 Syawal baru nak wish. Semoga ukhwah antara kita terus berkekalan walaupun sekadar membaca blog post dan melihat gambar di IG. Tahun ni...
    8 bulan yang lalu
  • Macam Dulu - 12 Februari 2020 Aku harap boleh kembali macam dulu-dulu. Masa dia bukan siapa-siapa yang boleh aku Lihat tanpa terhad.yang selalu ada tak kira masa Dan t...
    4 tahun yang lalu
  • BAS dan BAS - *UNTUK VIDEO-VIDEO LAIN BERKAITAN BAS, SILA KLIK LINK INI* *Tambah* mana yang kurang, *ambil* mana yang lebih. Tinggalkan jejak kehadiran anda walaup...
    5 tahun yang lalu
  • CABUT GIGI GERAHAM DAN DRY SOCKET.. - Assalammualaikum.. Serius tak sedar dah dua bulan aku tak update apa-apa..baru cadang nak rajin blogging tahun ni..lupa dowh nak bukak blog bila dah akti...
    5 tahun yang lalu
  • KEMBARA - Kita Tiada - Tiapa apa. Aku jadi ingat. Duka itu ubati lupa. Sangka baik. Percaturannya Dia itu hebat. Indah dan tepat. Hanya Dia saja yang ada....
    7 tahun yang lalu
  • Dua Ringgit Jer Untuk Hari Raya? KEDEKUT! - *Kanak-Kanak yang masih kecil * : *Assalamualaikummmmmmmmmmmmmm* *Orang Dewasa Yang Sangat Dewasa * : *Walaalaikumsalam. Wah ramainy...
    8 tahun yang lalu
  • First Four - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni, 29 Februari, telah genap 4 tahun untuk menandakan keberadaan blog ini buat pertama kali. 4 tahun. 4 tahun dim...
    8 tahun yang lalu
  • buang sawang sikit.. - wowww....lama tak berblog tetibe hari ni rasa free. tak pe lah mahu mencoret la secubit di sini. rasa kekok pun ada kat umah sendiri ni.. kekangan waktu me...
    9 tahun yang lalu
  • konfigurasi - Aku yang dipengaruhi ambiguiti rasa beberapa ketika. Tidak mahu terus ditakhluki. Aku percaya kurnia yang Satu. Bukan bersahaja. Bukan tercela. Mendid...
    9 tahun yang lalu
  • belajar - waktu sedang memakanku cahaya mentari tak lagi datang menyeruak awan tertoreh airnya jatuh membuak buak seperti membisik menyedar ada syukur dalam setiap h...
    11 tahun yang lalu
  • 2013-3 - bila dalam ramai rasa sunyi. rasa tak dihargai. seolah2 tak wujud. tak kira la kat mana pon kau duduk, kau tetap akan rasa nak lari dari situ. tak kisah l...
    11 tahun yang lalu
  • Pesona - Dia,pendiam kurang menonjol dan lebih suka memendam.mengasingkan diri itu kepakaran dia sedang dalam keriuhan pun tidak ada yang sedar akan kewujudan d...
    12 tahun yang lalu
  • DO NOT HATE US (please...) - 18 wheelers Throughout this period , I always wonder why the truck driver was hated by most other drivers, especially cars. Is it because we are drivin...
    13 tahun yang lalu