gambar tiada kaitan dengan entri. maaf |
Sesuatu yang dilakukan secara malas itu sebenarnya lebih berkualiti daripada melakukan sesuatu secara paksa.
Siapa je yang tak pernah rasa malas. Kalau tidak, bagaimana boleh tercipta perumpamaan "Monday Blues"? Dato', Tan Sri, dan anak Sultan sekalipun tidak pernah terkecuali daripada memiliki sifat malas demi sebesar zahrah.
Terimabau kenangan lalu saat kaki masih menjejakkan kaki di alam persekolahan. Bagaikan anak pemilik sekolah, aku sewenang-wenangnya hadir ke sekolah lambat. Bukan dengan alasan lambat bangun tidur, cukup dengan alasan "malas". Hadir ke sekolah tepat jam 7.14 pagi (seminit sebelum loceng perhimpunan berbunyi) atau lebih lewat dari itu sudah menjadi lumrah. Aku tidak pernah gagal untuk menempatkan nama aku dalam buku log lewat hadir milik pengawas sekolah.
Kerja rumah yang cikgu beri? Pernah saja aku dirotan kerana gagal menyiapkan tugasan yang diberi oleh cikgu subjek kimia a.k.a guru penolong kanan sekolah. Dihalau keluar dari kelas atas sebab gagal menyiapkan tugasan sekolah sudah menjadi rutin buat aku. Tanda soal berwarna merah yang diturunkan oleh cikgu disetiap buku nota aku bukan lagi sesuatu yang asing. Mengelak dari melakukan kerja-kerja amal yang diarahkan oleh pihak sekolah kepada pelajar, itu norma buat aku. Hadir ke sekolah tapi tidak hadir dalam acara-acara yang dianjurkan oleh pihak sekolah, sudah sebati dalam hidup seorang pelajar malas seperti aku.
Namun, disebaik setiap perbuatan yang aku lakukan dengan rasa malas itulah, wujudnya sifat rela dalam diri. Aku tidak dipaksa untuk hadir ke sekolah seawal pagi. Tidak ada mak dan abah yang akan memukul aku andai kata aku berniat untuk datang lewat ke sekolah. Tapi, aku tidak pernah gagal untuk meletakkan nama aku dalam ranking sepuluh tertinggi dalam tingkatan sedari dulu dan aku berjaya meletakkan nama aku dalam ranking kelima untuk peperiksaan SPM dahulu.
Tapi sayang seribu kali sayang, hidup dipaksa melakukan sesuatu yang bukan keinginan aku adalah sesuatu yang asing. Semakin aku dipaksa melakukan dan menerima sesuatu yang bukan rela, semakin keras aku menolak perkara tersebut. Sifat kita, yang disuruh itulah yang ditinggalkan, dan yang dilarang itulah yang dilakukan. begitu juga jika dipaksa. Aku tidak pernah bertahan jika melakukan sesuatu secara paksa.
Buktinya? Aku gagal dalam pertandingan menulis cerpen yang dianjurkan di peringkat daerah di daerah A sedangkan aku berjaya dalam pertandingan sama yang dianjurkan oleh pihak luar. Kejayaan aku itu yang menyebabkan aku dipilih dan diarahkan secara paksa untuk menyertai pertandingan diperingkat daerah waktu itu. Dengan penuh keterpaksaan, aku menulis tanpa hati dan perasaan. Mencoret cerita dan memori tanpa jiwa. Melakar memori palsu di dada putih sehelai kertas kosong tidak bernyawa. Dan aku gagal mengharumkan nama baik sekolah bila diarahkan secara paksa.
Bukan itu saja, menghadirkan diri dalam sesi P&P disekolah tanpa rela membuatkan jiwa aku kosong melayang bagai patung tidak bernyawa. Gagal memahami apa yang diterangkan oleh cikgu dan gagal menjawab soalan yang diaju oleh cikgu. Hingga ke saat ini, aku tidak akan melakukan setiap perbuatan yang diarahkan secara paksa walhal yang memaksa itu mak dan abah aku. Aku rela menunjukkan protes secara terang-terangan daripada aku melakukannya tanpa hati dan perasaan.
Ini bukan riak, tapi cukup menggambarkan bahawa sesuatu yang dilakukan secara MALAS TAPI RELA itu lebih berkualiti daripada melakukan sesuatu secara PAKSA RELA.
Budak yang dah rela nak ke sekolah walaupun secara malas, tapi bila dipaksa dan dipukul sebab melambat-lambatkan waktu dan memalas-malaskan diri nak kesekolah, siapa pun tak akan rela nak ke sekolah. Kalau aku pun, automatically akan skip semua kelas hari tu. I'm not in the mood to do everything that has been force to do.