*Sila baca dengan lenggok Bahasa Melayu Baku*
Berdiri di sisi Revolusi dan Transformasi Tanjak yang sudah dilancarkan sejak 08 September 2012 oleh Pengasas Aktivis Busana Melayu, Kekanda Shahrul Fadzly bin Mohd Zainal dalam Majlis Rumah Terbuka Anak Melayu di Ladang Alam Warisan, Kg. Tengah, Seri Menanti, Negeri Sembilan, Adinda Hadira cukup terkilan bila ada segelintir manusia berbangsa Melayu yang salah tafsir terhadap jati diri Melayu itu sendiri. Sadis.
Walaupun fenomena yang sedang berlaku kini adalah untuk memartabatkan semula bangsa Melayu, namun masih ada segelintir orang Melayu yang memberi maklumbalas negatif dan memandang serong terhadap perjuangan kami.Berikut merupakan istilah-istilah negatif yang diterima yang hanya terdapat di Malaysia.
Pakai TANJAK = UMNO
Pakai SERBAN = PAS
Pakai Helmet = Mat Rempit
Pakai Kain Pelikat = MAMAK
Pakai Mercedes = Bapak Punya kereta
Pakai BMW = CINA
Seperingatan adinda yang hanya dapat pangkat 4 dalam subjek sejarah masa SPM, kedatangan ISLAM adalah pada tahun 14++. Sedangkan MELAYU sudah hadir dan wujud pada zaman sebelum tu lagi. Kerajaan Langkasuka hadir dan bertapak pada kurun ke-2 masihi. Merong juga sudah lama bertanjak. Ni penerangan yang paling simple la ni. Kalau nak panjang lagi, carilah kat perpustakaan ke, sekolah tadika ke...
Dan untuk mereka yang boleh kot nak kata jahil keliru dengan identiti MELAYU, pi la kaji dulu sebelum bercakap panjang lebar kalau tak tahu. Adinda bukanlah seorang yang cukup arif tentang hal ehwal agama. Namun, adinda cukup pasti, bahawa Islamnya seseorang tu tidak terletak pada serban atau tanjak yang dipakainya.
Apa itu serban?
- Kain yang dililit atau diikat di atas kepala (BUDAYA ARAB)
Apa itu Tanjak?
- kain yang diikat / dilipat di atas kepala (BUDAYA MELAYU)
Berapa lilitan serban Nabi saw?
- 5 lilit (solat 5 waktu / rukun islam)
Berapa lipatan / tingkatan tanjak melayu?
- 5 tingkat / 5 lipatan (sama je)
Jubah nabi labuh sampai ke mana?
- atas buku lali
Berapa pula labuhnya seluar orang melayu dulu?
- atas buku lali juga...
ATOK, NENEK, MOYANG kita yang NAMA MELAYU ni, dah lama dulu dah kaji budaya pemakaian ISLAM, disebabkan kebodohan *kamu* sendiri yang tak nak ambil tahu, *kamu* pun menolak identiti pemakaian warisan nenek moyang *kamu*, natijahnya Melayu berpakaian langsung tiada menolak budaya pemakaian ISLAM.
p/s: Adinda orang ISLAM tapi bangsa adinda MELAYU, jadi adinda nak jadi MELAYU ISLAM, bukannya JADI ARABIK. Apa yang penting, jemaah Revolusi & Transformasi Tanjak Sehati, Sejiwa, Sesuci dan Sejati.
p/s: Sekiranya kalian nak tahu lebih lanjut dan berminat nak turut serta dalam memperjuangkan Revolusi dan Transformasi Tanjak ni, boleh dapatkan maklumat lanjut daripada Saudara Shahrul Fadzly atau Saudagar Tekua atau Toko Saudagar Tekua.
Ayahanda Mohd Zainal Rasman di Aidilfitri 2012 |
datang berhari raya |
Kekanda Shahrul Fadzly a.k.a Ally |
Indahnya Melayu apabila melestarikan busana warisan bangsa |
dari kiri belakang: Shahrul Faiez, Shahrul Fadzly, Pak Munawer, Mohd Zainal Rasman duduk paling kiri: Dato Paduka Ayahanda Mejar Azhar |