Credit to: be.net |
Aku tahu
aku bukan yang terbaik
sebab aku yang paling degil
dan keras kepala
dalam ramai-ramai manusia.
Aku tahu
aku bukan kesayangan semua
dan aku bukan lagi harapan tiap insan
walaupun aku tidak pernah mengecewakan.
Namun,
aku masih punya hati
dan perasaan.
Harap kalian masih ingat
bahawa aku
lahir dari darah merah
yang mengalir sealir
dalam tubuh
tegap milik kalian.
lebih best duduk kat utara daripada duduk kat selatan. huhuhu