Ahad, 6 Januari 2013

Goyah tapi Belum Rebah

kredit gambar : facebook

Selamat Tahun Baru Masihi 2013 dari dunia ketiga di sini. Semoga setiap yang diazamkan oleh semua dapat dicapai dalam masa setahun mendatang. Maaf kerana aku hilang dalam kewujudanku.  May your Life be blessed. 


p/s: Entri ni adalah kesinambungan entri qorban oksigen untuk karbon dioksida.


saat dua menjadi satu
kredit foto : dandelion 

Siri 3: Antara Angin, Awan, Langit, dan Laut.


Angin bertiup pada arahnya seperti biasa. Sesekali, ada awan melintas di antara laut dan langit. Awan putih sekali-sekala bertiup meliuk-lentok di balik langit biru. Lalu, melintas awan hitam kelabu. Turun sesekali titisan hujan yang beku. Angin sepoi bahasa menjadi angin panas dan sejuk tidak mengira waktu. Ingin kembali seperti biasa, bumi bergerak lebih pantas. Angin bertiup menghala ke selatan sebelum matahari terbit di ufuk timur. Namun, pagi itu, angin yang sepatutnya bertiup menghala ke selatan bertiup terus ke utara - tidak bertiup ke garis asalnya. Angin bertiup menanti embun muncul mendinginkan suasana. Namun hadirnya embun cuma mampu membekukan suasana. Rumah-rumah sepi itu terus sepi. 



Siri 4: ferum + oksigen + air -> Karat [4Fe +3O2 + 2H2O -> 4FeO(OH)]



Di dunia yang ketiga, aku masih seperti biasa. Merangkak dan berjalan di antara laut dan awan. Sesekali, terasa ada angin hangat menampar jendela. Ada juga cahaya yang terbias di cermin kaca hitam hingga pedihnya mata buat aku tergagau mencari jalan untuk terus melangkah. Aku biarkan angin yang melintas antara laut dan awan itu. Tidak ada daya untuk aku mengubah arah angin yang datang melintang secara tiba-tiba. Atau sebenarnya aku yang sudah malas untuk mengubah arah angin yang sebenarnya mash di bawah kawalan kuasa aku? 

Berhubung dengan sayap-sayap kanan dan kiri buat aku cukup bahagia. Biarpun ucap selamat yang diungkapkan cuma sekadar lalu, namun sayap kiri tidak pernah lupa saban tahun saban waktu. Kali ini sayap kanan menitip mesra kata sayang pada aku. Terasa diri masih disayangi bagai waktu dulu. Terasa kedua-dua belah sayap milik mereka memeluk erat tubuhku yang menggigil beku. Saat air mata hampir menitis ke pipi, ada khabar gembira untuk aku. Lantas, membuat aku tersenyum mesra. Hujung minggu itu, aku lari ke pinggir hutan. Melawat ceria sahabat yang ada di sana. Terasa masih disayangi apabila lintasan hasrat di benak minda aku dipenuhi secara tiba-tiba dan rasa malu terbit di dalam dada. Hingga aku terasa ingin terbang pulang saat itu juga. 


Saat aku ingin pulang ke dunia milikku, ada besi karat menempel di buku putih di sini. Ingin dikikis agar tidak melekat di hati, namun yang tersisa masih juga karat yang sama. Tidak luntur barang sesaat jua. Khabar karat menempel di buku putih sampai ke telinga penduduk di kiri dunia. Aku tidak membenarkan pernyataan mereka, bahkan aku juga tidak menafikan pernyataan mereka. Aku biarkan mereka berada di dalam dunia mereka sendiri. Aku biarkan mereka mentafsir aku dari sudut pandang mereka. Adakah aku ini benar-benar mereka kenali? Atau aku memang cuma seorang aku di sini? 


Dua minggu berlalu begitu sepi. Karat yang menempel di buku putih semakin menebal. Mimpi ditusuk kaca hitam datang saban malam mengganggu lena tidur aku. Sayap kanan dan kiri dunia lantas dihubungi serta merta. Lewat malam itu, dia terjaga kerana aku. Sayu mendengar suaranya yang basah dek ubat batuk hitam legam. Kemudian, talian ke balik sana dunia bersambung. Aku menyatakan hasrat ingin pulang. Dalam debar menahan ketar ditinggalkan sendirian di dalam sangkar burung usang, aku terduduk terdiam tanpa perasaan. Sangkar burung sudah kosong. Tidak ada seekor burung pun yang tersisa di situ. Yang ada cuma aku. Apabila khabar dari pondok pengawal itu sampai ke telinga aku, aku terbang melintasi dunia. Tidak ke kanan dan tidak ke kiri dunia. Aku melintang di tengah-tengah laluan antara benua. Hari itu, aku tidak tahu di mana arah tuju aku. Pandanganku kelabu. 


kredit gambar : favimage.net

Mengikut angin sepoi bahasa, aku berlayar ke kutub utara. Sepanjang pelayaranku, hujan turun membasahi bumi. Kapal layar terombang ambing ditiup angin.. Hingga tubuh terketar dan debar di dada menahan sejuk cuaca dan suasana. Hampir saja aku dilambung ombak setinggi gunung, mujur aku sempat berpaut erat pada tiang layar tegak berdiri ke langit. Tika ombak seperti baru mahu tenang, aku mendarat di daratan. Namun daratan tidak kering. Daratan yang aku pijak kali ini berlumpur. Ada selut kelabu melekat di kaki tiap kali aku melangkah. 


Siri 5 : Gas Hidrogen + Gas Oksigen -> air (2h2 + O2 = 2H2O)

Aku tahu salah aku melontar batu pada gambar bisu. kuhimpunkan sejuta jiwa berwajah satu di situ. Biarpun kukatakan itu bukan kamu, tamsilanmu tetap mengatakan bahawa aku melontar batu ke arahmu, ke wajahmu, ke tubuhmu, ke jiwamu. Dan batu itu terpalit kembali ke tubuhku ketika segalanya telah ternafikan. Lalu, kau khabarkan pada sisi kiri dunia bahawa aku membencimu, walhal tidak ada sekelumit di dalam jiwaku perasaan benci buat kamu... Lantas satu dunia telah membenih dan membaja benci hingga menjadi pohon yang sangat rendang. Ada racun yang ditabur pada tanaman jiwa. Ada bebunga benci yang telah mekar dan membuah. 


Saat ingin aku cabut akar benih benci dari tanahnya, cuma pohonnya yang tertanggal... Akar benci masih kukuh di tanah. Sehinggalah aku hilang di dalam kewujudanku, pohon benci masih terus berbuah ranum. Dan ketika akar benci seakan mahu keluar dari tanah, akar terus berakar umbi. Bingit lebah menyengat tanganku sewaktu akar ingin kucabut keluar. Seluruh tubuh dan jiwaku bengkak. 


kredit to : berita nasional


Bila ombak terus mengganas, hujan pula mula turun menambah resah pada beku wajah. Layar-layar mula goyah, seakan mahu patah dan rebah. Tiga daripada kamu, cuma satu yang masih goyah. Dua dari kamu, teruslah berdiri bersama aku. Aku ingin terus ada bersama kamu hingga nyawa dan jasad berpisah dua. 




Jika boleh memori hidup kita disimpan di dalam CD, izinkan aku mainkan hari-hari. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup

  • Selamat Hari Raya - Dah nak masuk 10 Syawal baru nak wish. Semoga ukhwah antara kita terus berkekalan walaupun sekadar membaca blog post dan melihat gambar di IG. Tahun ni...
    5 hari yang lalu
  • TERPALING CAMPERS - OUTDOOR - Assalammualaikum wbt. So macam tajuk di atas, la ni aku rasa nak kongsi lah sikit benda apa yang paling rancak sekarang dalam hidup aku.. yup, camping la...
    5 bulan yang lalu
  • Tularnya kisah motor Abang Rider disita - Saya turut bersimpati dengan rider Food Panda yang mengalami masalah baru-baru ini kerana motorsikalnya disita oleh pihak berkuasa. Belas ihsan adalah s...
    7 bulan yang lalu
  • Lara Hati - Hujan sepanjang hari ini, dingin sedingin hati. Jauh aku merenung tiap titis air hujan yang turun masihkah ada rindu? Aku sengaja membiarkan Tangan aku bas...
    2 tahun yang lalu
  • 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐍𝐃𝐔 𝐁𝐀𝐒 - Bas yang di dalam cerita ini Lingkungan awal 90an, selepas beberapa waktu abang zul bekerja sebagai pemandu lori yang bermula dari lori 1 tan, kemudian 3...
    3 tahun yang lalu
  • HARMONI yang HILANG - Semalam aku ke kedai ubat Cina membeli sesuatu. Aku cakap MAAF sebab ganggu dia sedang makan. Dia balas MAAF sebab aku nampak dia sedang nikmati makanan se...
    4 tahun yang lalu
  • Kembali - Assalamualaikum wbt. Gementar nak menulis semula. Terlalu lama berhibernasi barangkali. Jika ada yang merindu tulisku, coretku dan anganku. Insha Allah akan...
    5 tahun yang lalu
  • Tips Kurus Dalam Masa 3 Hari - So this really can make everyone get excited sebab nak kurus. I mean for a GIRL Laki macam tak beberapa kisah sangat dengan badan naik kot sebab Anwar tak...
    7 tahun yang lalu
  • First Four - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni, 29 Februari, telah genap 4 tahun untuk menandakan keberadaan blog ini buat pertama kali. 4 tahun. 4 tahun dim...
    8 tahun yang lalu
  • buang sawang sikit.. - wowww....lama tak berblog tetibe hari ni rasa free. tak pe lah mahu mencoret la secubit di sini. rasa kekok pun ada kat umah sendiri ni.. kekangan waktu me...
    8 tahun yang lalu
  • belajar - waktu sedang memakanku cahaya mentari tak lagi datang menyeruak awan tertoreh airnya jatuh membuak buak seperti membisik menyedar ada syukur dalam setiap h...
    10 tahun yang lalu
  • 2013-3 - bila dalam ramai rasa sunyi. rasa tak dihargai. seolah2 tak wujud. tak kira la kat mana pon kau duduk, kau tetap akan rasa nak lari dari situ. tak kisah l...
    11 tahun yang lalu
  • Pesona - Dia,pendiam kurang menonjol dan lebih suka memendam.mengasingkan diri itu kepakaran dia sedang dalam keriuhan pun tidak ada yang sedar akan kewujudan d...
    11 tahun yang lalu
  • DO NOT HATE US (please...) - 18 wheelers Throughout this period , I always wonder why the truck driver was hated by most other drivers, especially cars. Is it because we are drivin...
    13 tahun yang lalu