#tumbler# |
Seperti laut dan darat yang terpisah dengan pantai, begitulah kita yang terpisah dengan keadaan. Bukan wang dan harta yang aku harapkan. Cuma mengharap engkau memahami dengan sejuta pengertian. Pengertian yang tulus lahr dari hati kau, yang bukan dipaksa-paksa, yang bukan ditipu-tipu, yang getarnya telah mula hilang, yang indahnya telah kurasakan pudar, sejak dia kembali bertapak dalam hidup kalian... Empat bulan kehadirannya kembali dalam hidup kalian, cukup membuat aku tersiksa. Cukup membuat aku hilang sejuta pengertian dari kau. Cukup membuat kau meletakkan jurang yang cukup besar antara aku dan dia, hingga dia kembali diangkat sebagai ratu dan aku dicampak sama seperti nilai sampah yang tiada nilainya di mana-mana.
Mengertilah, walau di hujung minggu, aku sendiri tidak punya waktu untuk mengkaji dan mengulangkaji apa yang perlu aku hadapi untuk peperiksaan yang datang serentak dalam satu masa. Sebulan awal semester yang sepatutnya bermula dengan pengisian dan disertakan dengan tugasan-tugasan sebenarnya kosong tanpa ada apa-apa.Kurangnya tenaga pengajar membuatkan kami menjadi mangsa yaang tersepit di tengah-tengah.
Lalu hasilnya, lambakan demi lambakan kerja tertadah buat kami di hujung semester. Sebulan terakhhir menjadi sebulan yang sangat menggentingkan buat kami semua.
Kesannya, tertadah semua penyakit hinggap dalam tubuh-tubuh milik kami. Setelah seminggu tidak kebah-kebah, hari ini yang buat sekian kalinya, darah merah mengalir lagi dari rongga pernafasan membuak-buak memuntahkan merahnya. Bantal putih bersih milik aku telah bertukar warna menjadi merah yang pekat. Hingga tidak mampu tertadah oleh kedua telapak tanganku. Bingkas bangkit dari perbaringan, sebahagiannya telah dapat disucikan, keluar dari rongga lohong sempit yang menyakitkan. Namun sisanya, masih menitis laju tanpa menunjukkan tanda mahu berhenti di hujung jalan. Sudahnya, aku kembali diperbaringan.
Talian ke hujung sana dilakukan, sekali lagi aku dihadapkan dengan satu tuduhan. Tidak mampu mengurus diri dan masa dengan baik cukup membuat jantung dan hati bagai disiat-siat tanpa ada rasa. Tidakkah kau sedari, telah banyak yang berubah dalam hidupku? Tidakkah dapat kau perdengarkan, bahawa jiwaku dan diriku semakin tinggi menginjak dewasa? Tidak ada sedikit perbezaankah yang mampu kau lihat dalam hidupku? Dengan kekangan masa yang ada buat kami, dengan lambakan kerja yang datang tidak henti-henti, saban waktu dengan tugasan baru sedang tugasan lama belum mampu diselesaikan, lalu masa bagaimana lagi yang harus dibahagikan saat waktu tidur dan rehat menjadi taruhan???
Tiga minggu berterusan lena di atas hamparan dan lambakan kerja, tiga minggu tidak punya lena yang cukup, tiga minggu jauh tersasar dari landasan norma kehidupan, cukup membuat aku tidak mampu berdiri di dunia nyata. Dan disebabkan kegagalan aku dalam peperiksaan pengangkutan, menjadi punca segala-galanya bermula dengan cukup menyiksakan. Kau dengan sewenang-wenangnya menuduh segalanya dengan melulu atas kegagalan aku mengurus waktu dengan baik? Manakah pengertian yang dahulu kau lambakkan? Manakah perginya sokongan yang tidak putus-putus kau berikan???
Bukan bebelan yang aku perlukan waktu aku hilang semangat sebegitu. Aku sudah tidak peduli samada aku gagal dalam peperiksaan yang lalu. Cuma aku mahu kau beri aku semangat untuk aku kembali bangun dan melangkah kehadapan. Dalam pedihnya hati ditusuk tuduhan-tuduhan yang melukakan, saat itulah kau khabarkan pada dunia, kegembiraan kau bersama dia. Dia yang pernah menginggalkan engkau untuk orang yang lain. Dia yang telah kau khabarkan pada aku untuk tidak diterima kembali dalam hidup engkau. Lalu aku, terus disiat-siat hingga darah yang mengalir bertukar menjadi jernih tanpa rasa. Seharian, jernihnya mutiara menemani diri. Hilangnya tongkat sakti penyokong diri membantu naik ke gunung tertinggi. Dan hilang segalanya yang buat aku mapu untuk berpijak di bumi realiti.
#Dan aku hanya mampu berserah pada ketentuan Tuhan... Seandainya dia benar-benar buatku, Tunjukkanlah kami jalan untuk melangkah ke sana. Aku hanya mampu menunggu, selebihnya, dia yang menggerakkan samada meneruskan atau membiarkan aku terkapar-kapar tanpa haluan...
#Doakan aku kuat untuk harungi final exam for this final semester... Sungguh, saban hari saban waktu, semangat yang ada kian luntur dengan berbagai tuduhan dan perkhabaran yang cukup menyakitkan... :'(