Rabu, 7 Disember 2016

O Selmah




Prelude. 
Ini cerita tentang aku. Ditulis untuk aku. 
Ya, antara 56 perempuan yang dikisah ilhamkan, aku subjeknya. 




Karya ditulis Oleh Osson Subezza : BEBOLA MATA ATAM ALOBEB : halaman 3.


Gambarkan begini.

Kau melihat melalui bebola mata yang dalam gerak perlahan berpusing mengelilingi satu subjek. Hanya bebola mata tanpa jasad fizikal yang lain, tanpa badan mahupun wajah. Satu subjek yang pada tafsiran insan biasa, tergantung. Tapi hakikatnya dia sedang berdiri di dalam air, pada posisi terbalik, dan telapak kakinya menyentuh permukaan air. Gambarkan begitu. 

Gambarkan subjek itu seorang perempuan. Dengan gaun lusuh ringkas dan pudar, yang pada genggaman di tangannya, punya dua belas kuntum bunga berbeza identiti mahupun jenisnya. Dan juga ya, bebola mata kau itu juga masih perlahan mengelilinginya. Dia masih keliru dan kau juga masih bingung. Akan setiap satu tingkah laku dan signifikasi semuanya itu. Dia cuma menurut kata nasihat dari dua nelas mulut-mulut pemilik bunga yang dia petik di dasar lautan. 

"Apa yang perlu aku buat?" 
"Pergi ke Ruang Mimpi dan makan hadam 12 bunga, termasuk yang ini. Dan jangan lupa bawa hati." 

Itu dialog yang berulang. Dengan persoalan yang sama dari dia dan jawapan yang sama daei dua belas mulut-mulut berbeza. Pada fikiran dia, jika satu mulut, mungkin boleh dianggap sekadar pendapat. Tapi jika jumlahnya sudah mencecah dua belas, itu fakta barangkali. 

Nah, dia sudah di tengah-tengah Ruang Mimpi yang letaknya di antara permukaan air dan dasar lautan. Ruang yang hanya sebesar beberapa kaki persegi. Satu per satu kelopak bunga dileraikan sebelum dikunyah telan sambil memerhati bebola nata yang kekal melingkarinya sedari awal. 

Selesai. Selesai sudah dijamah hadam kesemua dua belas bunga dan dari dua belas pemilik. Dia mula terlantar dengan badan yang dibolak-balikkan arus. Berpusing antara menghadap permukaan dan dasar lautan. Dia. Mula. Mimpi. 

Di dalam mimpinya, dia muncul wujud pada dunia daratan. Dunia 'realiti' sebagai insan. Tapi dia hanya muncul tanpa tubuh yang lengkap. Hanya bahagian pangkal peha ke bawah. Ya, hanya itu. Hanya sepasang kaki. Yang mundar mandir dalam bingung atas dunia mimpinya sendiri, dunia realiti manusiawi. Dengan bahagian atas jasad masih di lautan tadi. 

Dia cuma mahu bebas di dunia mimpi mengikut petua si mulut-mulut. Tapi lain yang diharap, lain pula yang jadi. Ah, mungkin sebab dia terlupa membawa hati. 


Cetakan Pertama : 2014.


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup