Kadang-kadang duduk depan komputer pun sempat nak buat assignment dan proposal sahaja. Nak buat macam mana, orang dah beri kepercayaan nak manage event kan, kena lah buat betul-betul. Event pun boleh tahan juga. Tapi, tentang event tu, aku nak cerita selepas event tu berlangsung. Kira macam buat report aktiviti la.. hehe
Minggu lepas, masa aku dan kumpulan aku dalam perjalanan ke Gombak atas urusan dengan Agensi Kerajaan di sana, ternampak sesuatu yang tak sepatutnya berlaku..
Nak tahu apa dia? Cuba perhatikan gambar-gambar di bawah...
Nak tahu apa dia? Cuba perhatikan gambar-gambar di bawah...
Perasan tak, apa yang tak kena pada gambar diatas? Cuba tenung pada signboard berwarna merah tu.
Dah terang lagi jelas DI LARANG MELETAK KENDERAAN di situ, tapi masih ada lagi individu yang tidak bertanggungjawab meletak kenderaan miliknya di situ.
Aku tak faham dengan perangai orang-orang macam ni. Nak kata buta huruf, mustahil lah pulak. Kalau tak buta huruf pun, nak kata tak tahu baca Bahasa Melayu, pun mustahil juga kan?

Kami yang hanya melalui kawasan tersebut meneruskan perjalanan ke tempat yang dituju.
Selesai kami berurusan dengan pihak Kerajaan kat situ, kami singgah di salah sebuah restoran berhampiran untuk makan tengah hari.
Aku terpandang satu notis yang begitu mengelirukan. Nak tahu apa dia? Cuba perhatikan gambar di bawah.
Aku terpandang satu notis yang begitu mengelirukan. Nak tahu apa dia? Cuba perhatikan gambar di bawah.
DROP YOUR SHOES PLEASE (?) Perasan tak apa yang tak kena pada gambar di atas? Dalam Bahasa Melayu, arahan melarang meletakkan kaki dipaparkan. |
Arahan mana satu yang betul?
Apapun, kami makan dengan sangat berselera masa tu. Kebetulan, ada menu Soto di restoran tersebut dan aku memilih soto sebagai makanan tengah hari aku. Sedap..
Sebelum pulang semula ke kampus, kami sempat singgah di sebuah kedai haiwan peliharaan berhampiran. Bukan Kedai haiwan peliharaan yang aku nak tunjukkan di sini, tapi tong kitar semula yang seperti dalam gambar di bawah.
Ada juga inisiatif mereka untuk membantu melaksanakan program kempen kitar semula yang acap kali diwar-warkan oleh Kerajaan.
Terasa lapang di dada.. Syukur. Hari tu, kami kembali ke kampus tengah hari tersebut dengan hati yang lapang.. :)
Salam rantau, semoga ingatan sentiasa bertamu di hati...