Di mana lagi harus aku mencari
sejalur embun yang menitip kerinduan
catatan kisah duka seorang insan
pada gugusan rindu kehidupan
lembaran-lembaran kisah cinta kurniaan tuhan
yang kita lalui semalam
kenangan yang kita pertahankan
lenyap segalanya dari pandangan
sejarah hanya tinggal kenangan
lalu gugur satu persatu mutiara
sejalur embun yang menitip kerinduan
catatan kisah duka seorang insan
pada gugusan rindu kehidupan
lembaran-lembaran kisah cinta kurniaan tuhan
yang kita lalui semalam
kenangan yang kita pertahankan
lenyap segalanya dari pandangan
sejarah hanya tinggal kenangan
lalu gugur satu persatu mutiara
tanpa dapat ditahan...
Dulunya dia terlalu dinantikan kehadirannyadia diagung-agungkan sentiasa
dulunya terlalu dijaga keperluannya
lalu disimpan segala cerita
buat titipan rindu pada yang setia
datang seorang yang sedang berduka
menggunakan hamparan lembaran yang ada
lalu dipadam segala kisah cinta yang tertera
tanpa terbit sebarang rasa
hilanglah catatan yang terjaga
dibawa hembusan yang mendamai
hilang tanpa jejak yang
dapat dikesan...
June 28, 2011. 10:31 AM.
Credit photo to myhotcomments.com |
Aku tak tahu mana aku nak mulakan cerita aku kali ni. Segalanya berjalan dengan pantas. Seperti waktu-waktu yang biasa, aku jalankan tugas harian aku bersama rakan-rakan di sekeliling aku. Hari ni, aku bertuah sebab dapat 30 mesej percuma daripada DiGi yang hanya boleh digunakan untuk pengguna-pengguna DiGi juga. Memangdangkan aku ni tak ada ramai sangat kawan yang pakai line DiGi, aku dengan rela hati bagi roomate aku guna handset aku untuk mesej kawan dia yang kebetulan guna DiGi juga.
Masa dia mesej tu, dia ada nyatakan dia geram kat kawan dia tu. Mesej yang dihantar dan diterima tu katanya dah pun dipadam. Masa tu aku tak kisah lagi sebab aku ingat dia cuma padam mesej kawan dia tu. And time comes around. Aku ambil Sony Ericcson S312 aku yang memang sama pattern dengan handset milik roomate aku. Lepas sent mesej kat Mr. Captain, aku cek "Sent Message" box. Aku terkejut gila siot !
Credit photo to everybodygoesblog. |
Aku dah la sayang gila kat mesej-mesej tu. Mau nya tak. Mesej tu semua mesej yang aku sent kat Mr. Captain dan mesej tu jugak adalah mesej ke Facebook which is dedicated to Mr. Captain. And of course, I LOVE THOOSE MESSAGE !!! Aku dah nangis dah malam tu. Tapi aku masih cuba sorokkan kesedihan aku dibalik ketawa yang aku lahirkan tanpa pernah aku meminta.
On the spot aku called Mr. Captain, tapi dia tengah tak ada mood langsung nak bercakap. semua soalan dan kata-kata aku cuma dijawab dengan perkataan "hm... ye... ok..." sahaja. Aku jadi malas nak bercakap lama-lama sebab aku tak suka bila bercakap dengan orang yang tak nak bagi respond langsung kat aku. Tak lama lepas tu Mr. Captain top up kan aku RM30. Orang dah bagi kredit, tak kan aku nak jadi sombong pulak. So, aku called dia untuk ucapkan terima kasih. Tapi dia masih macam tu juga. Bad mood !
Then, aku update status aku kat Facebook.
Aku rindu segala catatan au yang hilang. Aku ridu mesej rose yang kerap aku hantar kepada Mr. Captain. Aku rindu membaca semula kisah cinta aku dengan Mr. Captain sejak setahun yang lalu. Aku rindu segala-galanya.
Credit photo to drmuslimah. |
Credit photo to edaolala. |