Sabtu, 11 Jun 2011

Sah, Tak Ada!

Dah terlalu lama rasanya aku tak online. Hujung minggu ni aku balik kampung ikut Abang aku. Kebetulan dia nak balik sekejap, elok sangat lah dengan aku pun habis kelas hari khamis tengah hari lepas. Betul-betuk lepas makan tengah hari, aku siap apa yang patut dan terus gerak pergi tempat kerja Abang aku. Terus ikut dia balik kampung. Ni dah kat kampung ni, boleh la online sekejap pakai 'lappy' dia. hehehe... 



Buka Google Chrome je, aku cek Bookmarks dia. Satu persatu aku teliti. Sah, tak ada! Tak ada apa? Haa.... Ni la aku nak cerita. Dia tak Bookmarks laman blog aku ni. Huhu. Ye lah kan, nama pun ni lappy baru dia, mana dia nak ingat laman blog aku apa. Tapi dalam banyak-banyak laman web yang dia Bookmarks tu, blog aku yang setahu aku dia dah hafal tak ada dalam list pun. Tapi, ingat pulak dia kat blog yang pelik-pelik tu kan? Entah la. Aku pun tak tahu cara dia ingat dalam kepala macam mana. haha XD 



Kadang-kadang tu, aku tanya kat diri aku sendiri. Best ke bila kita cerita tentang diri kita kat blog. Lepas tu ada orang baca. Dia comment kalau dia rasa perlu, atau dia terus tutup blog dan tak singgah-singgah lagi bila dia rasa bosan. Buat macam tu berulang-ulang kali. Seronok ke? Masa aku baru kenal dunia blog, aku tak dapat jawapan pada soalan tu. Tak ada siapa pun yang nak bagi jawapan tu kat aku.

Dulu tu pun, masa aku tak ada kerja, maksud aku, masa aku tak belajar lagi, masa aku tengah cari kerja tapi tak dapat-dapat, aku memang akan luahkan isi hati aku kat blog. Masa tu, aku baru je kenal blog. Aku pun tulis ikut sedap aku je. Suka hati aku la nak tulis apa. Haha. :P Tapi lepas tu, Mak cik aku tak nak tegur aku seminggu sebab dia kata aku tak minta izin dari dia nak buat cerita tentang dia dan family kat dalam blog. Lepas dari tu, aku pun tak berapa nak kerap menulis cerita-cerita yang macam tu. Aku buat entri tunggang-langgang campur-campur. Ada sajak. Ada fakta. Ada entahapape lagi kat situ. 



Aku ada sebab sendiri kenapa dalam banyak-banyak tempat, dalam banyak-banyak benda, dan dalam banyak-banyak pilihan, aku pilih blog untuk luahkan isi hati aku. Macam kat blog ni pun, aku ada sebab sendiri kenapa aku buat cerita pasal diri aku, dia dan family. Aku sedar, dekat blog lama aku tu, aku jadi terlalu naif. Apa saja cerita yang aku rasa aku nak luahkan kat seseorang, aku akan update kat blog. Ye lah, aku ni bukan ada ramai kawan pun. Nak berkawan tu, memang boleh. Tapi, entah. Aku pun tak tahu kenapa aku rasa lebih selesa bercerita kat blog. Tu je sebab aku pilih blog sebagai tempat luahan hati dan perasaan aku. Senang. Tak ada orang nak bising. Kau suka, kau tengok. Kau rasa kau nak  komen, kau komen. Tapi kalau kau rasa yang blog aku ni merapu spisis ikan kerapu yang tak cukup zat sebab kurang makanan tambahan dan nutrisi, kau boleh ikut rasa hati kau. Kalau kau rasa nak tegur, kau  tegur. Rasa nak maki, kau maki. Rasa nak blah dari blog aku, kau blah je lah. Tak ada siapa nak halang kau. Asal aku tak kacau hidup orang, orang tak akan kacau hidup aku. Senang! huhu ~ ~

Bila aku dah mula belajar je, aku dah teramat jarang nak menilik blog tu dah. Kenapa? Well, sebab yang pertama, aku tak ada masa. Memang gila punya tak ada masa. Sebab yang kedua, aku rasa blog tu tak ada hala tuju yang tepat. Senang cakap, blog tu macam kartun walau pun blog tu lagi meriah dari blog aku yang sekarang ni. Ye lah, dulu tu, ada je masa aku nak edit itu ini.  Sekarang ni mana ada masa banyak-banyak dah. Sebab yang ke tiga, aku rasa lebih baik kalau aku menulis kat melalui sajak atau puisi macam yang aku buat kat blog Bahasa Syurga Kita tu. Biar lah orang tak faham apa yang aku luahkan, yang penting isi hati aku dapat dibaca oleh orang yang berjiwa seni. ~~ Ceh, gaya macam aku ni orang seni je! Perasan lebih! haha~

Tapi tu lah, blog yang lama tu pun aku gunakan emel yahoo! Aku terlupa pulak hari tu nak tukar ke gmail. Maklumlah, dah berkurun aku tak jengah blog tu sebab blog tu pun aku dah private kan dah. Aku tak rasa ada orang lain lagi yang layak masuk blog tu dah. Biarlah blog tu terkubur pun, aku tak kesah dah. Aku dah tawar hati. =.=

Tak lama lepas tu, aku rasa aku makin tak ada masa nak luah isi hati aku dalam sajak segala bagai. So, aku buat keputusan nak buka lagi satu blog. Lalu lahir lah blog BAHASA tiga JIWA. Nama blog ni pun, Mr. Captain yang bagi nama sebenarnya. Dia yang buat akaun gmail dan pilih apa yang perlu segala bagai. Aku cuma ubah sikit-sikit untuk ikut selera aku je. Sebabnya, aku memang tak ada masa nak belek blog lama-lama dah. Ceh, gaya macam sibuk sangat je. Padahal, cuma sebab aku tak ada lappy sendiri. Tu pasal lah dia yang buatkan tu semua. hehehe. *_*

Kat sini, aku banyak cerita pasal aku, dia dan keluarga dia. Walaupun dalam  selit-selit tu, aku ada juga letak beberapa info yang aku rasa okey walaupun entah aku ni merapu yang bukan-bukan agaknya. hihi~  Bagi aku, ni je jalan penghubung antara aku dan dia sebab dia tu sibuk semmedang. Ni je rasanya  cara yang boleh buat dia tahu apa yang aku nak cerita, isi hati aku, apa perkembangan aku and what so on

Dia tu kerja kat tak tentu masa. Kalau aku hantar mesej kat dia, belum tentu dia akan balas. Nak suruh dia balas? Mana dia nak tengok jalan, nak tengok kertas-kertas berserabut yang tak sepatutnya dia perlu tengok, nak fikir pasal keselamatan dia, nak balas mesej aku lagi. Silap-silap, kalau dia balas mesej aku waktu dia kerja, dia masuk longkang atau eksiden atau yang sewaktu dengannya. Tak ke naya. Baik aku call je dia terus  kalau aku nak cakap dengan dia. Tapi kalau aku rasa kita orang ada masalah (mungkin sebab aku yang cari masalah tu), baik je aku luah kat blog. Biar dia tahu apa yang aku nak bagi tahu kat dia. Tak kisah lah cepat ke lambat. Yang penting, aku dah bagi tahu.  

Ni pun, aku tak tahu dia tengok blog aku ke tak. Entah dah berapa lama lah agaknya dia tak jengah blog aku kan? Asik outstation je. Entah dia ingat ke tak ek url blog aku? Kan dia dah ada lappy baru. Entah  dia bookmark url aku ke tak ek? Alah, aku pun bukan selalu nak update entri baru. lagi nak suruh dia tengok blog tapi tak ada cerita baru nak buat apa? macam cipan je kan aku ni? hehehe 

Tak apa lah. Kalau dia baca entri ni, aku nak dia tahu yang aku tetap ada kat sini untuk dia. Kalau dia tak baca dalam masa terdekat ni, tu tandanya dia terlalu sibuk dengan kerja dia dan tak cukup masa untuk buat kerja lain. 

With Love,
From Sky of Heaven... 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup