Memaparkan catatan dengan label senyum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label senyum. Papar semua catatan

Rabu, 7 Disember 2016

O Selmah




Prelude. 
Ini cerita tentang aku. Ditulis untuk aku. 
Ya, antara 56 perempuan yang dikisah ilhamkan, aku subjeknya. 




Karya ditulis Oleh Osson Subezza : BEBOLA MATA ATAM ALOBEB : halaman 3.


Gambarkan begini.

Kau melihat melalui bebola mata yang dalam gerak perlahan berpusing mengelilingi satu subjek. Hanya bebola mata tanpa jasad fizikal yang lain, tanpa badan mahupun wajah. Satu subjek yang pada tafsiran insan biasa, tergantung. Tapi hakikatnya dia sedang berdiri di dalam air, pada posisi terbalik, dan telapak kakinya menyentuh permukaan air. Gambarkan begitu. 

Gambarkan subjek itu seorang perempuan. Dengan gaun lusuh ringkas dan pudar, yang pada genggaman di tangannya, punya dua belas kuntum bunga berbeza identiti mahupun jenisnya. Dan juga ya, bebola mata kau itu juga masih perlahan mengelilinginya. Dia masih keliru dan kau juga masih bingung. Akan setiap satu tingkah laku dan signifikasi semuanya itu. Dia cuma menurut kata nasihat dari dua nelas mulut-mulut pemilik bunga yang dia petik di dasar lautan. 

"Apa yang perlu aku buat?" 
"Pergi ke Ruang Mimpi dan makan hadam 12 bunga, termasuk yang ini. Dan jangan lupa bawa hati." 

Itu dialog yang berulang. Dengan persoalan yang sama dari dia dan jawapan yang sama daei dua belas mulut-mulut berbeza. Pada fikiran dia, jika satu mulut, mungkin boleh dianggap sekadar pendapat. Tapi jika jumlahnya sudah mencecah dua belas, itu fakta barangkali. 

Nah, dia sudah di tengah-tengah Ruang Mimpi yang letaknya di antara permukaan air dan dasar lautan. Ruang yang hanya sebesar beberapa kaki persegi. Satu per satu kelopak bunga dileraikan sebelum dikunyah telan sambil memerhati bebola nata yang kekal melingkarinya sedari awal. 

Selesai. Selesai sudah dijamah hadam kesemua dua belas bunga dan dari dua belas pemilik. Dia mula terlantar dengan badan yang dibolak-balikkan arus. Berpusing antara menghadap permukaan dan dasar lautan. Dia. Mula. Mimpi. 

Di dalam mimpinya, dia muncul wujud pada dunia daratan. Dunia 'realiti' sebagai insan. Tapi dia hanya muncul tanpa tubuh yang lengkap. Hanya bahagian pangkal peha ke bawah. Ya, hanya itu. Hanya sepasang kaki. Yang mundar mandir dalam bingung atas dunia mimpinya sendiri, dunia realiti manusiawi. Dengan bahagian atas jasad masih di lautan tadi. 

Dia cuma mahu bebas di dunia mimpi mengikut petua si mulut-mulut. Tapi lain yang diharap, lain pula yang jadi. Ah, mungkin sebab dia terlupa membawa hati. 


Cetakan Pertama : 2014.


 

Rabu, 4 November 2015

Apabila Kita Mula Kembali Bercerita....

Diceritakan dengan nada sinis, bermula begini...


Setiap pagi bangkit dari tidur, mengeliat lima belas minit, duduk dua minit sambil minum air putih, gosok gigi dan turun ke dapur - bersarapan. Kemudian mandi dan bersiap-siap di hadapan cermin sebelum keluar ke tempat kerja atau cuma duduk di rumah pada waktu cuti, atau keluar berhibur pada petang senggang. Tiada istilah hujung minggu buat kita. 


Pada sela masa ... 


.


. 


. 


tap. 



tap. tap. 



tap. tap. tap. 



[backspase] 



[backspase] [backspase] 



[backspase] [backspase] [backspase] 



Tak. 
mungkin cerita-cerita hebat yang pernah terlayar tayang 
di sini dulu sudah lapuk, 
sudah tamat tempoh, 
dan layak dibuang saja ke dalam bakul sampah. 

Ada juga satu dua cerita yang nak aku kongsikan. 
Tapi gagal untuk aku mulakan.


Nanti. Beri aku nafas satu dua hembus, nanti aku beri nafas pudina. ;)


Salam Sore (dibaca malam).


 

Jumaat, 1 Mac 2013

Kasihmu Kukenang Selamanya (:




Kepadatan waktu kita bersama menujah hati untuk terus erat bersama kalian. Sedari kaki melangkah masuk ke sini, hati telah erat menanam tekad untuk mengejar keperibadian diri. Diri mencari erti kehidupan di negeri orang jauh dari genggaman keluarga. Diri menilai sejauh mana kemampuan untuk berdiri tanpa kehadiran keluarga di sisi walaupun dahulu dan kini seperti tiada bezanya. Diri berlari seberapa jauh dari kenangan-kenangan yag pernah menyesakkan dada di balik sana dunia. Cuba mencari hakikat hidup di tengah kota, diri kini sebati bersama rakan yang mencurah kasih dan mendakap setia bersama-sama. 

Di sini, di penghujung pertempuran, kita semakin erat menggenggam tangan menempuh ombak yang datang. Angin lintang telah kita redah bersama, gunung yang tinggi kita daki bersama, semak belukar kita rempuh bersama, cenuram berbahaya kita lalui bersama hingga ke penghujungnya kita masih bersama. Dalam tiga pekan sebelum pertempuran terbesar bermula, kain putih telah hampir penuh dengan pelbagai corak berwarna-warni, lembaran benang kian siap menjadi sehampar kain indah, pensel-pensel warna kian terasah tajam, dan sehelai kertas kian menebal menjadi sejilid buku. Demi itu, kepadatan waktu kita sejenak dihabiskan hanya untuk : 

  1. 04.03.2013 - Submit Final Year Project of Business Plan. 
  2. 05.03.2013 - Test  Fundamental of Transport. 
  3. 06.03.2013 - Test 2 Operation Management. 
  4. 08.03.2013 - Submit individual report and travel-log report of Transport, Presentation of Business Plan (11:00 hours) and Test 2 International Business. 
  5. 09.03.2013 - Presentation and Submit Report for Trip Operation Management. 
  6. 14.03.2013 - Test 2 Insurance. 
  7. 27.03.2013 - Final Examination starts.... 



Demi sahabat yang menumpahkan sepenuh kasih dalam meniti hari-hari terakhir bersama, di sini diri mengabdikan kenangan-kenangan bersama kalian. Salam pengabdian dalam mendakap pengertian diri. <3 nbsp="" p="">


Berbuka puasa pada 2 Ogos 2012

Class trip for Critical Thinking on September 2012


Open the Biggest Table with the entire classmates 

Hari Bersama Selamanya pada 27 January 2013:) 

Bersama di Majlis Perkahwinan bekas pensyarah :) 

Klik! Klik! Candid!
Kuabadikan kenangan bersamamu (:
Travel-log for Transport on 23 February 2013 

at MHP Enterprise Masri Sekinchan 

trip for operation management on 28 February 2013


* Can't wait for Graduation Night a.k.a prompt night on 21 March 2013... 
*need full preparation for final examination on 27 March 2013. 


Khamis, 31 Januari 2013

Seandainya Kau Tahu....




Ahad, 21 Oktober 2012

Safe Journey....


ini coklat homemade yang kawan aku jual masa Christmas tahun lepas

Khamis, 23 Ogos 2012

Pandai Bertutur Dalam Bahasa


Credit to: facebook photo


Khamis, 16 Ogos 2012

Bila Tiba Hari Raya




Isnin, 13 Ogos 2012

MARIAM jaga KAMBIN'g


Kali ni aku menolak untuk meletakkan lagu raya di dalam blog ni. Rasa macam alergik dan penuh kesensitifan pulak bila lagu itu diputarkan di corong-corong telinga. Almaklumlah, bila ada dua kampung macam sekarang ni, aku tersangatlah berkobar-kobar nak balik kampung. Lagi-lagi bila tahun ni adalah tahun pertama nyai aku menetap sepenuhnya beraya di rumah aku. Memang meriahlah rumah aku tahun ni. wuhhhuuuuu
Dan jalur-jalur kenangan di pancuran kasih yang melimpah ruah ke banjaran setia sedari musim-musim berlalu masih segar dalam kotak ingatanku. Aliran sayang yang kau sandarkan tetap subur di daerah cinta yang terbina untukku. Terima kasih kerana membenihkan anak-anak pelangi untuk aku lahirkan di sudut-sudut sirah yang terbina di antara kita.
Jadi, mari sama-sama berhibur dengar lagu ni sementara menanti waktu pulang berhari-raya di kampung. lalala lalalalalalala... Jangan lupa senyum selepas melihat vedio ini. :)

Ahad, 5 Ogos 2012

Cookies House


cookieshouse.net

Sabtu, 4 Ogos 2012

In-Law Matters

credit to: womenmattersentt.com


Ahad, 8 Julai 2012

Kalau Dapat....Indahnya !


Credit to: mrpossy.wordpress.com

Khamis, 28 Jun 2012

Talk in English.

Credit to: Google.com


Mari belajar Bahasa Inggeris 1119. 

Rabu, 13 Jun 2012

Let Me be Your Reason......









Khamis, 31 Mei 2012

BILA NAK BELI MAKANAN KUCING ?




Ini merupakan iklan makanan kesihatan haiwan peliharaan bernama KUCING.
Jika anda tidak berminat untuk membaca risalahkucing yang mengarut yang lebih kepada membebel ini, sila baca risalah seterusnya.


Ahad, 6 Mei 2012

Selamat Hari Ibu, Ibu ...

Credit to: Coolfreeimage.net




Khamis, 5 April 2012

Zaman Dolu-Dolu

Korang mesti pernah buat kerja-kerja ni time kecik2 dulu kan?? mengaku je laa.. hehe :)

1. Buka kipas meja,cakap depan kipas, nak dengar suara bertukar.
2. Naik kereta, tengok bulan & ingat bulan ikut kita.
3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.
4. Masa sekolah,ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain, beratur ambil air lagi.
5. Lukis burung guna huruf M .. mesti ada an an an. HAHAHA.
6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
7. Masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni --> <3
8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati..
9. Kalo tak siap keje rumah sengaja tinggal buku latihan kat rumah...
10. hang gelak kan bila bace semua kat atas ni..
11. Main belon sabun dalam bilik air time tengah mandi. 1 jam duk dalam blik air... (dulu kecik2 takpe..tapi korang dah besar jgn pikir lain lak..haha)



 

Isnin, 19 Mac 2012

BALIK KAMPUNG




Rabu, 7 Mac 2012

The Javanese

Credit to: thehappyhospitalist.blogspot.com


Jumaat, 10 Februari 2012

Nota Sesisip Sepi

Credit to: explodingdog.blogspot.com



Selasa, 13 Disember 2011

KALI KE . . .

Monster Truck Cake
Credit to : cakecentral.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup

  • 5 Pantun Selamat Pagi Kelakar dan Santai - Pantun Selamat Pagi Selamat pagi. Untuk yang baru buka mata, yang dah sampai pejabat, atau yang masih baring sambil fikir nak sambung tidur... ini ada sik...
    2 minggu yang lalu
  • Kau dah kenapa? - Tak sekarang ni kenapa rumah tu rumah dua tingkat tapi kalau dalam rumah tu ada lif, kita kena tekan tingkat satu, bukan tingkat dua kalau nak naik at...
    2 bulan yang lalu
  • Mancing Bukan Sekadar Dapat Ikan - Kadang-kadang orang tanya aku, “Apa best sangat pergi mancing? Duduk tepi sungai, tunggu joran bergetar… bosan kot?” Haa... tu la orang yang tak pernah ...
    Setahun yang lalu
  • Macam Dulu - 12 Februari 2020 Aku harap boleh kembali macam dulu-dulu. Masa dia bukan siapa-siapa yang boleh aku Lihat tanpa terhad.yang selalu ada tak kira masa Dan t...
    6 tahun yang lalu
  • BAS dan BAS - *UNTUK VIDEO-VIDEO LAIN BERKAITAN BAS, SILA KLIK LINK INI* *Tambah* mana yang kurang, *ambil* mana yang lebih. Tinggalkan jejak kehadiran anda walaup...
    6 tahun yang lalu
  • KEMBARA - Kita Tiada - Tiapa apa. Aku jadi ingat. Duka itu ubati lupa. Sangka baik. Percaturannya Dia itu hebat. Indah dan tepat. Hanya Dia saja yang ada....
    8 tahun yang lalu
  • Dua Ringgit Jer Untuk Hari Raya? KEDEKUT! - *Kanak-Kanak yang masih kecil * : *Assalamualaikummmmmmmmmmmmmm* *Orang Dewasa Yang Sangat Dewasa * : *Walaalaikumsalam. Wah ramainy...
    10 tahun yang lalu
  • First Four - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni, 29 Februari, telah genap 4 tahun untuk menandakan keberadaan blog ini buat pertama kali. 4 tahun. 4 tahun dim...
    10 tahun yang lalu
  • buang sawang sikit.. - wowww....lama tak berblog tetibe hari ni rasa free. tak pe lah mahu mencoret la secubit di sini. rasa kekok pun ada kat umah sendiri ni.. kekangan waktu me...
    10 tahun yang lalu
  • konfigurasi - Aku yang dipengaruhi ambiguiti rasa beberapa ketika. Tidak mahu terus ditakhluki. Aku percaya kurnia yang Satu. Bukan bersahaja. Bukan tercela. Mendid...
    11 tahun yang lalu
  • belajar - waktu sedang memakanku cahaya mentari tak lagi datang menyeruak awan tertoreh airnya jatuh membuak buak seperti membisik menyedar ada syukur dalam setiap h...
    12 tahun yang lalu
  • 2013-3 - bila dalam ramai rasa sunyi. rasa tak dihargai. seolah2 tak wujud. tak kira la kat mana pon kau duduk, kau tetap akan rasa nak lari dari situ. tak kisah l...
    13 tahun yang lalu
  • Pesona - Dia,pendiam kurang menonjol dan lebih suka memendam.mengasingkan diri itu kepakaran dia sedang dalam keriuhan pun tidak ada yang sedar akan kewujudan d...
    14 tahun yang lalu
  • DO NOT HATE US (please...) - 18 wheelers Throughout this period , I always wonder why the truck driver was hated by most other drivers, especially cars. Is it because we are drivin...
    15 tahun yang lalu