Memaparkan catatan dengan label Tidur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tidur. Papar semua catatan

Rabu, 7 Disember 2016

O Selmah




Prelude. 
Ini cerita tentang aku. Ditulis untuk aku. 
Ya, antara 56 perempuan yang dikisah ilhamkan, aku subjeknya. 




Karya ditulis Oleh Osson Subezza : BEBOLA MATA ATAM ALOBEB : halaman 3.


Gambarkan begini.

Kau melihat melalui bebola mata yang dalam gerak perlahan berpusing mengelilingi satu subjek. Hanya bebola mata tanpa jasad fizikal yang lain, tanpa badan mahupun wajah. Satu subjek yang pada tafsiran insan biasa, tergantung. Tapi hakikatnya dia sedang berdiri di dalam air, pada posisi terbalik, dan telapak kakinya menyentuh permukaan air. Gambarkan begitu. 

Gambarkan subjek itu seorang perempuan. Dengan gaun lusuh ringkas dan pudar, yang pada genggaman di tangannya, punya dua belas kuntum bunga berbeza identiti mahupun jenisnya. Dan juga ya, bebola mata kau itu juga masih perlahan mengelilinginya. Dia masih keliru dan kau juga masih bingung. Akan setiap satu tingkah laku dan signifikasi semuanya itu. Dia cuma menurut kata nasihat dari dua nelas mulut-mulut pemilik bunga yang dia petik di dasar lautan. 

"Apa yang perlu aku buat?" 
"Pergi ke Ruang Mimpi dan makan hadam 12 bunga, termasuk yang ini. Dan jangan lupa bawa hati." 

Itu dialog yang berulang. Dengan persoalan yang sama dari dia dan jawapan yang sama daei dua belas mulut-mulut berbeza. Pada fikiran dia, jika satu mulut, mungkin boleh dianggap sekadar pendapat. Tapi jika jumlahnya sudah mencecah dua belas, itu fakta barangkali. 

Nah, dia sudah di tengah-tengah Ruang Mimpi yang letaknya di antara permukaan air dan dasar lautan. Ruang yang hanya sebesar beberapa kaki persegi. Satu per satu kelopak bunga dileraikan sebelum dikunyah telan sambil memerhati bebola nata yang kekal melingkarinya sedari awal. 

Selesai. Selesai sudah dijamah hadam kesemua dua belas bunga dan dari dua belas pemilik. Dia mula terlantar dengan badan yang dibolak-balikkan arus. Berpusing antara menghadap permukaan dan dasar lautan. Dia. Mula. Mimpi. 

Di dalam mimpinya, dia muncul wujud pada dunia daratan. Dunia 'realiti' sebagai insan. Tapi dia hanya muncul tanpa tubuh yang lengkap. Hanya bahagian pangkal peha ke bawah. Ya, hanya itu. Hanya sepasang kaki. Yang mundar mandir dalam bingung atas dunia mimpinya sendiri, dunia realiti manusiawi. Dengan bahagian atas jasad masih di lautan tadi. 

Dia cuma mahu bebas di dunia mimpi mengikut petua si mulut-mulut. Tapi lain yang diharap, lain pula yang jadi. Ah, mungkin sebab dia terlupa membawa hati. 


Cetakan Pertama : 2014.


 

Isnin, 8 Oktober 2012

Angrophobia


credit to: apakhabardunia.com


Jumaat, 14 September 2012

Gulungan Tenggiling

credit to: zackohzack.blogspot.com


Khamis, 30 Ogos 2012

TAMBAH MELARAT


Credit to: Explodingdog.com

Rabu, 8 Ogos 2012

Kepala Beranakkan Lalat


credit to: ckyn151.blogspot.com

Selasa, 24 Julai 2012

Bunuh Octo

credit to: Chad Crane


Isnin, 11 Julai 2011

Types of Hug ;p

Kitten hugging
Credit to onlypositive.net

Sabtu, 9 Julai 2011

Impossible Is Nothing...

We couldn't reached it before. But we reached it today...


I remember your smile when you said impossible is nothing that day... The day we travel together... Then, we found its mean deep... I Love You!


Sabtu, 16 April 2011

Lelaplah Mata

Malam dah lama berlalu, tapi mata aku masih tetap segar tak terlena. Berkali dah aku pejamkan mata ni, tapi masih juga tetap terbuka. Kenapa ya, malam ni susah sangat nak tidur? Sebelum terlelap tadi pun, ambil masa yang lama baru terlena. Hm... 


Malam ni, aku masih sendiri. Berada di dalam bilik yang luas, tapi kosong. Sepi tanpa gurau senda dari penghuninya. 
Gurau Senda?
Bagaimana mungkin? Ah, persetankan! Aku dah lali dengan keadaan ni.






Isnin, 11 April 2011

Dalam Dunia Yang Sepi

Cepat je waktu berlalu hingga aku tak sedar yang dah sebulan aku duduk kat hostel ni sorang-sorang. Memandangkan sebelum ni aku hanya berdua dengan Shikin, so sejak roomate aku dah pindah rumah sewa, aku hidup tak berteman dalam bilik ni. Pagi petang siang malam aku sendiri. Dah tak ada lagi teman bergurau senda waktu menghilangkan penat setelah seharian berada di luar. Dah tak ada rakan yang menegur bila masuk bab study. Bila tak boleh tidur macam ni, baru terasa sepi dan sunyi. Teringat kenangan-kenangan lalu buat aku rasa sayu.

Sabtu, 5 Mac 2011

Tidur lebih 3 jam

Dah lama rasanya tak rehat puas-puas macam ni.. Rasanya, dah masuk tiga minggu aku tak cukup tidur. Tak cukup tidur sebab tidur dalam 3 jam sehari. Dan hari ni, aku ambil kesempatan untuk manfaatkan cuti dan masa yang ada untuk berehat puas-puas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup

  • Cinta Rolex Tok Mung - Cinta Rolex Tok Mung – Kisah Suami Orang Penuh Suspen | Tukang Karut Cinta Rolex Tok Mung – Kisah Suami Orang Yang Penuh Suspen Ditulis oleh *Tukang Karut...
    2 hari yang lalu
  • Old but Gold - Hari ini saya menghantar ayah saya ke klinik kesihatan. Hampir penuh parking yang tak seberapa ada ni. Tak kira parking motor atau kereta. Dah tak lenga...
    2 minggu yang lalu
  • Mancing Bukan Sekadar Dapat Ikan - Kadang-kadang orang tanya aku, “Apa best sangat pergi mancing? Duduk tepi sungai, tunggu joran bergetar… bosan kot?” Haa... tu la orang yang tak pernah ...
    2 bulan yang lalu
  • Macam Dulu - 12 Februari 2020 Aku harap boleh kembali macam dulu-dulu. Masa dia bukan siapa-siapa yang boleh aku Lihat tanpa terhad.yang selalu ada tak kira masa Dan t...
    5 tahun yang lalu
  • BAS dan BAS - *UNTUK VIDEO-VIDEO LAIN BERKAITAN BAS, SILA KLIK LINK INI* *Tambah* mana yang kurang, *ambil* mana yang lebih. Tinggalkan jejak kehadiran anda walaup...
    5 tahun yang lalu
  • KEMBARA - Kita Tiada - Tiapa apa. Aku jadi ingat. Duka itu ubati lupa. Sangka baik. Percaturannya Dia itu hebat. Indah dan tepat. Hanya Dia saja yang ada....
    7 tahun yang lalu
  • Dua Ringgit Jer Untuk Hari Raya? KEDEKUT! - *Kanak-Kanak yang masih kecil * : *Assalamualaikummmmmmmmmmmmmm* *Orang Dewasa Yang Sangat Dewasa * : *Walaalaikumsalam. Wah ramainy...
    9 tahun yang lalu
  • First Four - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni, 29 Februari, telah genap 4 tahun untuk menandakan keberadaan blog ini buat pertama kali. 4 tahun. 4 tahun dim...
    9 tahun yang lalu
  • buang sawang sikit.. - wowww....lama tak berblog tetibe hari ni rasa free. tak pe lah mahu mencoret la secubit di sini. rasa kekok pun ada kat umah sendiri ni.. kekangan waktu me...
    9 tahun yang lalu
  • konfigurasi - Aku yang dipengaruhi ambiguiti rasa beberapa ketika. Tidak mahu terus ditakhluki. Aku percaya kurnia yang Satu. Bukan bersahaja. Bukan tercela. Mendid...
    10 tahun yang lalu
  • belajar - waktu sedang memakanku cahaya mentari tak lagi datang menyeruak awan tertoreh airnya jatuh membuak buak seperti membisik menyedar ada syukur dalam setiap h...
    11 tahun yang lalu
  • 2013-3 - bila dalam ramai rasa sunyi. rasa tak dihargai. seolah2 tak wujud. tak kira la kat mana pon kau duduk, kau tetap akan rasa nak lari dari situ. tak kisah l...
    12 tahun yang lalu
  • Pesona - Dia,pendiam kurang menonjol dan lebih suka memendam.mengasingkan diri itu kepakaran dia sedang dalam keriuhan pun tidak ada yang sedar akan kewujudan d...
    13 tahun yang lalu
  • DO NOT HATE US (please...) - 18 wheelers Throughout this period , I always wonder why the truck driver was hated by most other drivers, especially cars. Is it because we are drivin...
    14 tahun yang lalu