Rabu, 27 Julai 2011

Piluku Terkedu

Credit to piewahid.blogspot.com
Seharian aku berlari kehadapan
dari sini aku memandang ke kanan
aku nampak kelibat di belakang
lalu aku berpaling ke kiri kehidupan
kerana rindu itu terkumpul di perdu

aku rindu menyambut kasihmu
aku seru namamu tanpa jemu
aku mahu tebarkan bahagiaku
aku mahu kongsikan ceriaku
aku mahi kau tahu tentang rinduku

namun bahasa aku jauh tertinggal di istanaku
suaraku tersekat di situ
saat kau lontarkan amarahmu
mengatakan aku mengganggumu
aku pilu terkedu
lalu melayang roh di jiwaku


Aku berpura-pura bahagia untuk kau dan untuk diri aku sendiri. 

Credit to myrasomething.blogspot.com
Aku sedang bahagia ketika aku memanggil namamu. Kau tahu, aku mahu berikan kau ruang saat kau perlukannya. Ya, salah aku tidak menyeru namamu sejak awal pagi. Tapi aku juga perlukan ruang untuk menyelesaikan semua rutin harianku. Aku ada tugas di sini yang perlu di galas. Aku ada harapan yang kau berikan untuk aku capai di sini. Salah akukah jika aku juga sibuk seperti kau? Jika aku gagal menghubungi kau, mengapa bukan kau yang menghubungi aku?

Aku ingat kata-kata kau yang masih membekas hingga kini. 
*Dah lah sehari tak called. Called masa tengah serabut macam ni!*

Langsung kau putuskan talian di sana. Aku terkedu itu jawapanmu pada ruang yang aku berikan untukmu demi memenuhi tugasmu. Aku terkedu bila bahagia milikku kau robek dengan amarahmu. Aku jadi pilu bila kau tak fahami bahasa rindu milikku. Hilang ceria yang aku pamerkan di awal perbualan dan tenggelam dalam sendu yang berpanjangan.

Maaf, jika aku yang bersalah kerana gagal menghubungi kau. Maaf jika aku gagal menceriakan hidupmu yang penuh badai hari ini. Maaf, aku tak mampu berpura-pura bahagia lagi bila kau yang meragut seluruh bahagia yang aku cipta. 

credit to myrasomething.blogspot.com

Don't ask if I am okey... Just always know that my smiles are not for real... 



Comments (2)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
ghost writer's avatar

ghost writer · 714 weeks ago

rumit kalau terusan mau pura-pura.but i love the way u lie....

kamu juga perlu punya ruang dari sentiasa memberi ruang pada yang lain.meski utk yang tersayang tapi perlu hormati keinginan sendiri.
1 reply · active 714 weeks ago
Ya, aku berpura-pura bahagia bila aku mampu.

Bila hatiku terluka, aku harus diberikan waktu yang panjang untuk kembali tenang.
waktu itu, perlu ada seseorang yang dapat menenangkan jiwaku...

Sehingga detik itu, hanya sepi dan air mata yang dapat menenangkan jiwa beku milikku...

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup

  • Selamat Hari Raya Vol : 2025 - Assalamualaikum. Bertemu kembali setelah sekian lama kerana hari raya adalah modal dan idea paling berguna untuk menamatkan kemarau post di sini. Saya t...
    5 hari yang lalu
  • Koleksi Ucapan WhatsApp Hari Raya Aidilfitri | Pantun & Mesej Terbaik - Koleksi Ucapan WhatsApp Hari Raya Aidilfitri Terbaik Sambut Hari Raya Aidilfitri dengan penuh keceriaan dan kegembiraan! Jika anda mencari ucapan raya yang...
    3 minggu yang lalu
  • Macam Dulu - 12 Februari 2020 Aku harap boleh kembali macam dulu-dulu. Masa dia bukan siapa-siapa yang boleh aku Lihat tanpa terhad.yang selalu ada tak kira masa Dan t...
    5 tahun yang lalu
  • BAS dan BAS - *UNTUK VIDEO-VIDEO LAIN BERKAITAN BAS, SILA KLIK LINK INI* *Tambah* mana yang kurang, *ambil* mana yang lebih. Tinggalkan jejak kehadiran anda walaup...
    5 tahun yang lalu
  • CABUT GIGI GERAHAM DAN DRY SOCKET.. - Assalammualaikum.. Serius tak sedar dah dua bulan aku tak update apa-apa..baru cadang nak rajin blogging tahun ni..lupa dowh nak bukak blog bila dah akti...
    5 tahun yang lalu
  • KEMBARA - Kita Tiada - Tiapa apa. Aku jadi ingat. Duka itu ubati lupa. Sangka baik. Percaturannya Dia itu hebat. Indah dan tepat. Hanya Dia saja yang ada....
    7 tahun yang lalu
  • Dua Ringgit Jer Untuk Hari Raya? KEDEKUT! - *Kanak-Kanak yang masih kecil * : *Assalamualaikummmmmmmmmmmmmm* *Orang Dewasa Yang Sangat Dewasa * : *Walaalaikumsalam. Wah ramainy...
    8 tahun yang lalu
  • First Four - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni, 29 Februari, telah genap 4 tahun untuk menandakan keberadaan blog ini buat pertama kali. 4 tahun. 4 tahun dim...
    9 tahun yang lalu
  • buang sawang sikit.. - wowww....lama tak berblog tetibe hari ni rasa free. tak pe lah mahu mencoret la secubit di sini. rasa kekok pun ada kat umah sendiri ni.. kekangan waktu me...
    9 tahun yang lalu
  • konfigurasi - Aku yang dipengaruhi ambiguiti rasa beberapa ketika. Tidak mahu terus ditakhluki. Aku percaya kurnia yang Satu. Bukan bersahaja. Bukan tercela. Mendid...
    10 tahun yang lalu
  • belajar - waktu sedang memakanku cahaya mentari tak lagi datang menyeruak awan tertoreh airnya jatuh membuak buak seperti membisik menyedar ada syukur dalam setiap h...
    11 tahun yang lalu
  • 2013-3 - bila dalam ramai rasa sunyi. rasa tak dihargai. seolah2 tak wujud. tak kira la kat mana pon kau duduk, kau tetap akan rasa nak lari dari situ. tak kisah l...
    12 tahun yang lalu
  • Pesona - Dia,pendiam kurang menonjol dan lebih suka memendam.mengasingkan diri itu kepakaran dia sedang dalam keriuhan pun tidak ada yang sedar akan kewujudan d...
    12 tahun yang lalu
  • DO NOT HATE US (please...) - 18 wheelers Throughout this period , I always wonder why the truck driver was hated by most other drivers, especially cars. Is it because we are drivin...
    14 tahun yang lalu