Rabu, 27 Julai 2011

Piluku Terkedu

Credit to piewahid.blogspot.com
Seharian aku berlari kehadapan
dari sini aku memandang ke kanan
aku nampak kelibat di belakang
lalu aku berpaling ke kiri kehidupan
kerana rindu itu terkumpul di perdu

aku rindu menyambut kasihmu
aku seru namamu tanpa jemu
aku mahu tebarkan bahagiaku
aku mahu kongsikan ceriaku
aku mahi kau tahu tentang rinduku

namun bahasa aku jauh tertinggal di istanaku
suaraku tersekat di situ
saat kau lontarkan amarahmu
mengatakan aku mengganggumu
aku pilu terkedu
lalu melayang roh di jiwaku


Aku berpura-pura bahagia untuk kau dan untuk diri aku sendiri. 

Credit to myrasomething.blogspot.com
Aku sedang bahagia ketika aku memanggil namamu. Kau tahu, aku mahu berikan kau ruang saat kau perlukannya. Ya, salah aku tidak menyeru namamu sejak awal pagi. Tapi aku juga perlukan ruang untuk menyelesaikan semua rutin harianku. Aku ada tugas di sini yang perlu di galas. Aku ada harapan yang kau berikan untuk aku capai di sini. Salah akukah jika aku juga sibuk seperti kau? Jika aku gagal menghubungi kau, mengapa bukan kau yang menghubungi aku?

Aku ingat kata-kata kau yang masih membekas hingga kini. 
*Dah lah sehari tak called. Called masa tengah serabut macam ni!*

Langsung kau putuskan talian di sana. Aku terkedu itu jawapanmu pada ruang yang aku berikan untukmu demi memenuhi tugasmu. Aku terkedu bila bahagia milikku kau robek dengan amarahmu. Aku jadi pilu bila kau tak fahami bahasa rindu milikku. Hilang ceria yang aku pamerkan di awal perbualan dan tenggelam dalam sendu yang berpanjangan.

Maaf, jika aku yang bersalah kerana gagal menghubungi kau. Maaf jika aku gagal menceriakan hidupmu yang penuh badai hari ini. Maaf, aku tak mampu berpura-pura bahagia lagi bila kau yang meragut seluruh bahagia yang aku cipta. 

credit to myrasomething.blogspot.com

Don't ask if I am okey... Just always know that my smiles are not for real... 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup

  • Selamat Hari Raya - Dah nak masuk 10 Syawal baru nak wish. Semoga ukhwah antara kita terus berkekalan walaupun sekadar membaca blog post dan melihat gambar di IG. Tahun ni...
    Seminggu yang lalu
  • TERPALING CAMPERS - OUTDOOR - Assalammualaikum wbt. So macam tajuk di atas, la ni aku rasa nak kongsi lah sikit benda apa yang paling rancak sekarang dalam hidup aku.. yup, camping la...
    5 bulan yang lalu
  • Tularnya kisah motor Abang Rider disita - Saya turut bersimpati dengan rider Food Panda yang mengalami masalah baru-baru ini kerana motorsikalnya disita oleh pihak berkuasa. Belas ihsan adalah s...
    7 bulan yang lalu
  • Lara Hati - Hujan sepanjang hari ini, dingin sedingin hati. Jauh aku merenung tiap titis air hujan yang turun masihkah ada rindu? Aku sengaja membiarkan Tangan aku bas...
    2 tahun yang lalu
  • 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐍𝐃𝐔 𝐁𝐀𝐒 - Bas yang di dalam cerita ini Lingkungan awal 90an, selepas beberapa waktu abang zul bekerja sebagai pemandu lori yang bermula dari lori 1 tan, kemudian 3...
    3 tahun yang lalu
  • HARMONI yang HILANG - Semalam aku ke kedai ubat Cina membeli sesuatu. Aku cakap MAAF sebab ganggu dia sedang makan. Dia balas MAAF sebab aku nampak dia sedang nikmati makanan se...
    4 tahun yang lalu
  • Kembali - Assalamualaikum wbt. Gementar nak menulis semula. Terlalu lama berhibernasi barangkali. Jika ada yang merindu tulisku, coretku dan anganku. Insha Allah akan...
    5 tahun yang lalu
  • Tips Kurus Dalam Masa 3 Hari - So this really can make everyone get excited sebab nak kurus. I mean for a GIRL Laki macam tak beberapa kisah sangat dengan badan naik kot sebab Anwar tak...
    7 tahun yang lalu
  • First Four - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni, 29 Februari, telah genap 4 tahun untuk menandakan keberadaan blog ini buat pertama kali. 4 tahun. 4 tahun dim...
    8 tahun yang lalu
  • buang sawang sikit.. - wowww....lama tak berblog tetibe hari ni rasa free. tak pe lah mahu mencoret la secubit di sini. rasa kekok pun ada kat umah sendiri ni.. kekangan waktu me...
    8 tahun yang lalu
  • belajar - waktu sedang memakanku cahaya mentari tak lagi datang menyeruak awan tertoreh airnya jatuh membuak buak seperti membisik menyedar ada syukur dalam setiap h...
    10 tahun yang lalu
  • 2013-3 - bila dalam ramai rasa sunyi. rasa tak dihargai. seolah2 tak wujud. tak kira la kat mana pon kau duduk, kau tetap akan rasa nak lari dari situ. tak kisah l...
    11 tahun yang lalu
  • Pesona - Dia,pendiam kurang menonjol dan lebih suka memendam.mengasingkan diri itu kepakaran dia sedang dalam keriuhan pun tidak ada yang sedar akan kewujudan d...
    11 tahun yang lalu
  • DO NOT HATE US (please...) - 18 wheelers Throughout this period , I always wonder why the truck driver was hated by most other drivers, especially cars. Is it because we are drivin...
    13 tahun yang lalu