Sabtu, 27 Ogos 2011

Wanita dan Lelaki

Credit to atyqahamirin.blogspot.com
Tujuh Perempuan Bertanya dan ada seorang Lelaki menjawab:


Kaum 'feminin' cakap, "susah jadi wanita", mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti ynag kita lihat pada dialog di bawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Keluhan Remaja Perempuan A:
"Aduh, sini tutup, sana tutup, Susah la gini. Apesal kaum lelaki mudah sahaja. Tak pakai baju pun tak apa. Perempuan Auratnya lagi banyak."

Keluhan isteri A:
"Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar ke mana-mana pun tak bagi tahu kita, tak apa pulak"

Keluhan Remaja Perempuan B:
"Jika kita ikut faraid dalam harta pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta perempuan lagi sedikit jika nak dibandingkan dengan harta yang lelaki dapat. Kami mahu keadilan!"

Keluhan isteri B:
"Kenapa Allah jadikan wanita mengandung sembilan bulan dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja. Masa nak buat anak carilah kita, masa nak beranak tanggung sendiri!"

Keluhan remaja perempuan C:
"Wanita tak boleh nak beribadat macam lelaki, sebab kita ada haid dan nifas, tak boleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka-suka ke tak puasa?"

Keluhan isteri C:
"Islam kata, kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum Hawa?"

Keluhan isteri D:
"Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak boleh ceraikan suaminya? Kenapa"


Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang kononnya mahu membela kaum wanita, dan menuntut hak sama rata kaum gender, mengeksploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap,
"Ah, mujur aku ni lelaki!"

TUNGGU!
Istigfarlah pada wanita yang berperasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil dan Bijaksana. Dia tidak mampu menuturkan sabda Nabi s.a.w. dan petikan dari ayat-ayat suci al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada, diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
"Cik adik, Islamlah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah di tepi laluan lalu lalang atau disimpan di rumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? OK, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa yang akan terjadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki yang utama hanyalah pusat ke lutut, tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu kalau saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak hanya pakai seluar pendek"

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
"OK, isteri perlu taat kepada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalianlah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!"

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja peremuan B:
"Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit berbanding lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shhh, jangan kongsi dengan siapa pun walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke? Dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasalah jawabnya!"

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri B:
"Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita seperti awak akan didoakan oleh sekalian malaikat dan makhluk. Beruntungnya awak! Andaikata awak meninggal sewaktu beranak tu, percayalah... itu mati shahid dan ganjarannya Syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kli pun sihat sampai ke tua! Sebab itu tak ramai wanita meninggal semasa melahirkan."

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan C:
"Nak beribadat macam lelaki? Ingat snang ke nak dapat Syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk Syurga melalui pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah lah Syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa dia? Solat lima waktu, berpuasa di bulan ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!"

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri C:
"Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ni akan diminta bertanggungjawab ke atas empat jenis wanita. Siapa? Mereka adalah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya, dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? merka adalah Suami awak, bapa awak, anak lelaki awak dan adik-beradik lelaki awak!"

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri D:
"Saya seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat kepada suaminya, dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut sama menerima pahala setara seperti pahala orang seperti berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!"


Lelaki beriman bertanya:
"Sebenarnya apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?"

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata:
"MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami di sana berbanding kaum lelaki!"

Demikianlah dialog-dialog wanita yang curiga itu dengan seorag lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya sehingga kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah yang menciptakan kita, maka sudah pasti dia yang Maha Tahu pada manusia sehingga semua hukum-Nya malah peraturan-Nya, tentulah yang terbaik bagi manusia jika dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (berlembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para Muslimah. Tunaikalah dan menegakkan agama kamu, nescaya Syurga menanti....


Sumber: Ridhuan As-Siddiq.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup

  • Semoga selamat belaka - Banyak suka duka sepanjang tahun 2023. Tak semua mampu ditulis di sini. Malas nak susun ayat pun ya juga. Terima kasih dan selamat tinggal 2023. Selamat...
    2 bulan yang lalu
  • TERPALING CAMPERS - OUTDOOR - Assalammualaikum wbt. So macam tajuk di atas, la ni aku rasa nak kongsi lah sikit benda apa yang paling rancak sekarang dalam hidup aku.. yup, camping la...
    4 bulan yang lalu
  • Tularnya kisah motor Abang Rider disita - Saya turut bersimpati dengan rider Food Panda yang mengalami masalah baru-baru ini kerana motorsikalnya disita oleh pihak berkuasa. Belas ihsan adalah s...
    6 bulan yang lalu
  • Lara Hati - Hujan sepanjang hari ini, dingin sedingin hati. Jauh aku merenung tiap titis air hujan yang turun masihkah ada rindu? Aku sengaja membiarkan Tangan aku bas...
    2 tahun yang lalu
  • 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐍𝐃𝐔 𝐁𝐀𝐒 - Bas yang di dalam cerita ini Lingkungan awal 90an, selepas beberapa waktu abang zul bekerja sebagai pemandu lori yang bermula dari lori 1 tan, kemudian 3...
    3 tahun yang lalu
  • HARMONI yang HILANG - Semalam aku ke kedai ubat Cina membeli sesuatu. Aku cakap MAAF sebab ganggu dia sedang makan. Dia balas MAAF sebab aku nampak dia sedang nikmati makanan se...
    4 tahun yang lalu
  • Kembali - Assalamualaikum wbt. Gementar nak menulis semula. Terlalu lama berhibernasi barangkali. Jika ada yang merindu tulisku, coretku dan anganku. Insha Allah akan...
    5 tahun yang lalu
  • Tips Kurus Dalam Masa 3 Hari - So this really can make everyone get excited sebab nak kurus. I mean for a GIRL Laki macam tak beberapa kisah sangat dengan badan naik kot sebab Anwar tak...
    7 tahun yang lalu
  • First Four - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni, 29 Februari, telah genap 4 tahun untuk menandakan keberadaan blog ini buat pertama kali. 4 tahun. 4 tahun dim...
    8 tahun yang lalu
  • buang sawang sikit.. - wowww....lama tak berblog tetibe hari ni rasa free. tak pe lah mahu mencoret la secubit di sini. rasa kekok pun ada kat umah sendiri ni.. kekangan waktu me...
    8 tahun yang lalu
  • belajar - waktu sedang memakanku cahaya mentari tak lagi datang menyeruak awan tertoreh airnya jatuh membuak buak seperti membisik menyedar ada syukur dalam setiap h...
    10 tahun yang lalu
  • 2013-3 - bila dalam ramai rasa sunyi. rasa tak dihargai. seolah2 tak wujud. tak kira la kat mana pon kau duduk, kau tetap akan rasa nak lari dari situ. tak kisah l...
    11 tahun yang lalu
  • Pesona - Dia,pendiam kurang menonjol dan lebih suka memendam.mengasingkan diri itu kepakaran dia sedang dalam keriuhan pun tidak ada yang sedar akan kewujudan d...
    11 tahun yang lalu
  • DO NOT HATE US (please...) - 18 wheelers Throughout this period , I always wonder why the truck driver was hated by most other drivers, especially cars. Is it because we are drivin...
    13 tahun yang lalu