Rabu, 30 Mac 2011

3 Rasa Dalam 3 Jam

Ikut suka duka.Ikut hati mati.
Ikut rasa binasa.
Ikut mata leta.

Selasa, 29 Mac 2011

3 Haiwan Peliharaan.

Minggu lepas, Madam Azina cancle class hari Jumaat. Hari Khamis petang dah tak ada kelas dah. So, aku ambil keputusan nak  ke rumah mak cik aku sekejap. Dah lama rasanya tak ke sana. Petang Jumaat lepas, sempat juga aku ambil gambar kat sana. Kucing dan arnab saja yang menjadi perhatian aku. Bergulit seharian dengan haiwan peliharaan mak cik aku,  mengubat rindu pada kampung halaman. 

By the way, aku tak nak cerita banyak-banyak. Aku nak tunjuk gambar saja. Jom, scroll ke bawah.

Ahad, 20 Mac 2011

I Just Want To...

I just want to be happy like the other friends. Want to be happy with my life along my journey to tour the world, My Cristal World... I want my 'I Que Center' being real, sooner or later. I want to live in my life, my happy life, my own version. I want something difference. I don't want to be similar like the other person out there. I just want to be myself. My own. Really want these to be real...

Is it wrong???
I have no idea exactly what make it fail. Which factor make me down? Which one cannot be acceptable?
Even sometime, I cannot choose the choice I want to choose..

Jumaat, 18 Mac 2011

Dia Kemalangan!!

"Salam. Dah makan? Cik Jan accident petang semalam. Cik Faez patah tulang rusuk. Cik Jan punya kaki teruk. Cik risau kaki Cik Jan yang patah dulu."

Dapat mesej dari Cik Ana tadi. Aku nak balik Asrama. Nanti aku bagi tahu apa-apa cerita.



Khamis, 17 Mac 2011

Round kat KL

Lama juga aku tak berblog ni kan? Kalau sempat nak online pun, sekadar sempat membalas comment sebelum sign out semula sebab rushing nak masuk kelas.
Kadang-kadang duduk depan komputer pun sempat nak buat assignment dan proposal sahaja. Nak buat macam mana, orang dah beri kepercayaan nak manage event kan, kena lah buat betul-betul. Event pun boleh tahan juga. Tapi, tentang event tu, aku nak cerita selepas event tu berlangsung. Kira macam buat report aktiviti la.. hehe

Minggu lepas, masa aku dan kumpulan aku dalam perjalanan ke Gombak atas urusan dengan Agensi Kerajaan di sana, ternampak sesuatu yang tak sepatutnya berlaku..

Nak tahu apa dia? Cuba perhatikan gambar-gambar di bawah...

Isnin, 7 Mac 2011

30 Perkara Wanita Tak Sempat Bagi Tahu Lelaki

 
Credit Photo: episodbaru.blogspot.com
 Kali ni aku nak share sedikit information tentang hati wanita. Banyak juga yang wanita tak sempat nak bagi tahu lelaki ni kan? Hehehehe...  Jom kita scrool ke bawah dan baca apa info-info yang ada.

Sabtu, 5 Mac 2011

Tidur lebih 3 jam

Dah lama rasanya tak rehat puas-puas macam ni.. Rasanya, dah masuk tiga minggu aku tak cukup tidur. Tak cukup tidur sebab tidur dalam 3 jam sehari. Dan hari ni, aku ambil kesempatan untuk manfaatkan cuti dan masa yang ada untuk berehat puas-puas.

Rabu, 2 Mac 2011

Bulan 3!!

Bulan 3 dah Sampai! Bulan March dah Tiba!!!

Credit :cromoart.de

Selasa, 1 Mac 2011

Bulan Ke-3 Dah Tiba!!!

Bulan 3 !!!
Bulan March !!!


Credit Photo : www.yktravelphoto.com

Credit Photo : www.flickr.com

Bulan 3 dah sampai dah!
Huhu... Kenapa Bulan 3? hehehe... Saja je nak buat macam gempak sikit. Dari tahun lepas aku tunggu bulan 3 ni sebenarnya. Nak tahu kenapa? Sebab, dalam bulan 3 ni, ada seseorang yang aku minat gila-gila dari dulu sambut hari kelahiran dia. Birthday dia 3 hari bulan 3 ni. Special kan?

Sejak bulan Januari hari tu aku cadang nak balik kampung. Aku ingat dapat cuti. So, boleh la aku sambut hari jadi dia masa aku kat kampung nanti. Ya lah, dah dia ada kat kampung, sebab tu kena balik kampung kalau nak jumpa dia kan? Tapi, nak buat macam mana? Aku sekarang ni terlampau-lampau sibuk. Sibuk dengan event yang aku kena handle untuk semester depan, sibuk dengan test lagi, tambah lagi assignment yang menimbun-nimbun. Tu belum masuk lagi aktiviti yang ada bila tiba hujung minggu. Nak skip tak nak datang, nanti tak pasal-pasal pihak HEP hantar surat cinta sebab aku kena compound.
Masa tu lagi haru. Cukup lah kawan-kawan aku yang dah pernah kena dulu. Aku kalau boleh tak nak kalau kena compound ni. Sayang duit aku.

Berbalik pada tajuk asal, aku ingat nak buat something yang special untuk dia memandangkan dia adalah orang yang sangat istimewa dalam hidup aku. huhuhu.. Siapa dia, biarlah aku saja yang tahu. Cuma boleh aku katakan di sini, dia lah peniup semangat untuk aku berjaya ada di sini. Dia orang yang selama ni membantu aku di belakang tiap-tiap kejayaan aku. Aku jadi orang yang ceria hari ini sebab dia yang mengjar aku untuk jadi ceria dan bahagia. Dia banyak memberi aku pengajaran secara langsung dan tak langsung dalam hidup aku.

Jadi, sebagai tanda ingatan pada orang yang dah banyak memberi sumbangan dalam hidup aku, aku ingat nak buat sesuatu yang dia tak jangka. Aku masih lagi berfikir apa yang aku nak buat masa hari jadi dia. Huhu.. Tunggu je lah ye.. ;)

Especially for My Captain Kift, Thanks for everything. Thanks for being here and there.. Thank You. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup