Mereka berbicara di atas bumbung
Episod hidup memang berbeza, tapi cerita mereka masih selari!
Allah takkan bebankan hamba-Nya dengan apa yang dia tak mampu!
Hidup tak selalunya lawaTak selalunya ada pelangi
Kalau nak kata a bed of roses pun, duri-durinya tetap ada
Kadang-kadang... bilamana ‘malapetaka’ tu datang, terasa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumo
Rasa macam dah tak mampu bangkit
Rasa macam dah tak mampu hela nafas
Dengarkan HLOVATE berbicara:
tentang hikayat Rooftop Rant dari puncak Wisma Topaz ini...
tentang Trisy dan Jade...
tentang bukit yang sayup di depan
tentang angin yang membawa salam di belakang
tentang lang sewah yang berlegar melayah di atas
tentang deretan kenderaan yang bersesak-sesak di bawah
dan mereka terus bercerita...
sesudah berani meruntuhkan tembok hati dan dinding rasa
mampukah dibeli tangga-tangga untuk mencapai cita-cita?
ini cerita sebuah bicara
bicara bumbung namanya....
Sudah lama aku mendengar pengakuan dari teman-teman tentang penulis bernama Hlovate.
Kata mereka, Hlovate seorang Doktor.
Kata mereka, Karya Hlovate tak pernah mengecewakan.
Lalu aku mencari jejak Hlovate di dalam internet.
Aku jumpa blog Hlovate yang ni.
Di dalamnya, ada menceritakan tentang Rooftop Rant.
Sebuah novel Bahasa Melayu yang menggunakan tajuk dalam Bahasa Inggeris.
Unik.
Lain dari yang lain.
Aku jadi sangat tertarik untuk membacanya.
Disertakan dalam blog Hlovate tentang cerita Rooftop Rant dalam versi maya.
Tapi kekangan waktu, amat membataskan aku untuk berada lebih lama di hadapan komputer.

Setiap hari, fikiran aku melayang mengingatkan Hlovate.
Bila waktu senggang, aku akan bertanya pada diri sendiri, apa keistimewaan Hlovate.
Ramai yang memberi maklum balas positif terhadap karya Hlovate.
Seorang pernah berkata:
She's the best ! hands down by far !
Masih lagi aku ingat kata-kata yang indah dari dalam siri Hlovate dalam blognya.
"whatever it is,to live well or live hell,you choose".
Semakin hari aku jadi semakin tak keruan bila aku tak dapat memiliki novel Hlovate.
Aku rasa tak puas membaca bila terkenangkan Hlovate.

Lalu, aku usahakan untuk pergi ke sebuah kedai buku di pekan.
Aku jumpa novel Rooftoop Rant.
Dalam sehari itu, aku gagahkan juga nak menghabiskan juzuk-juzuk dalam Hlovate's.
Aku jumpa novel Rooftoop Rant.
Dalam sehari itu, aku gagahkan juga nak menghabiskan juzuk-juzuk dalam Hlovate's.
Terpana aku bila membaca ayat pertama dari novel Hlovate.
"There're time when strangers are like family...and family are like strangers..."
Jujur aku terpana.
Ternyata,aku sudah ketemu realitinya.
"There're time when strangers are like family...and family are like strangers..."
Jujur aku terpana.
Ternyata,aku sudah ketemu realitinya.
Bicara bumbung Hlovate dari puncak Wisma Topaz membawa aku kepada kisah 2 remaja yang mencari ketenangan dari bebanan perasaan yang menghimpit.
Bila "Jaded Jade in the middle" bertemu "The unwanted Trisy" di puncak Wisma Topaz.
Bicara antara mereka bermula.
Kisah mereka. Cerita mereka.
Sama-sama berkongsi, sama-sama meluahkan apa yang tak mampu terluah di luar sana.
Walau episod sedih yang dilalui berbeza, yang nyata mereka tetap di atas landasan yang sama.
Kredit gambar: Hlovate |
Mohd. Zahid Mohd Tajuddin @ Jade, si kacamata ala-ala John Lennon. Genius yang hebat di sketchbook bila melakar luahan rasa bertemu si mulut becok Khairul Batrisya Mazni @ Trisy yang sukar dibaca tindakannya.
Jade lari dari kekecewaan perbandingan antara abang dan adik oleh ibunya cuba mencari damai dengan meluahkannya pada kanvas yang tidak bernyawa.
Lokasinya? Bumbung Wisma Topaz.
Trisy, si manis 16 tahun yang dahagakan perhatian ibu bapa, kasih sayang adik-beradik namun perbalahan yang sering bertingkah di mahligai itu seolah menidakkan kewujudannya lalu mengheret langkahnya menjejaki tangga kusam menuju ke puncak Topaz demi sebuah ketenangan.
Lalu mereka dipertemukan di situ.
Terjalin sebuah persahabatan yang tak disengajakan.
Keserasian terbentuk antara mereka.
Saling memahami, saling mengerti, saling mempercayai, saling ambil berat, saling berkongsi suka dan duka.
Jade adalah kekuatan Trisy, Trisy adalah sumber inspirasi Jade. Janji termetrai
"live well, live hell...your choice."

Jade, menjual burger demi memenuhi kehendak dan keperluannya.
Seorang pendengar yang baik, sahabat yang setia, seorang teman yang sukar ditemui, seorang lelaki yang ada wawasan dalam hidup.
Trisy pula remaja yang menutup pintu hidupnya dari dijengah sesiapa kerana merasakan hidup dan keluarga cukup jelek untuk menjadi topik perbincangan.
Bagi Trisy, rumah ibarat neraka sebab tiada cahaya kegembiraan hidup berkeluarga yang didambakan sejak sekian lama.
Ibu dan ayah sering bertengkar...
Jazz, Rina dan Tati yang lebih rela berpesta di bawah kerlipan lampu dan higar bingar muzik di kelab.
Yang ada hanya pembantu rumah, Buk Jah tempat dia mendapat secebis kasih dan perhatian.

Dalam beribu kesulitan dan kepayahan serta kesabaran yang di dalam mencapai impian dan cita-cita.
Trisy bangkit dari tiupan semangat Jade. Dia berdiri kukuh dengan usahanya dan doa dari Opah, Atuk dan Pak Su.
Dia berjaya membuktikan bahawa dirinya bukan seorang remaja yang gagal.
Di samping Pak Su @ Azwan yang muncul, ketika Trisy memerlukan.
Kisah Trisy membawa kesan yang cukup mendalam dalam jiwa aku.
Trisy menjadi sumber inspirasi aku untuk bangkit dari kekalahan dan maju selangkah demi selangkah lalu terus mara ke hadapan.
Buat penulis yang aku kagumi idea kreatif yang unik dan tersendiri,Hlovate tahniah dan sekalung rasa terima kasih kerana menghasilkan Rooftop Rant yang sentiasa menjadi sumber inspirasi hidupku.
Dan membuat aku sentiasa nak memiliki koleksi novel Hlovate yang lain walaupun baru berpeluang memiliki Rooftop Rant, aA + bB dan Ked's Story dalam Tiga Ceritera Dalam Sebuah Pelangi.
Buat Dr. Zila, terima kasih kerana menganjurkan pertandingan Mari Membaca bersama Dr.Zila. :)