Selasa, 22 Februari 2011

Rooftop Rant - Hlovate.

Rooftop Rant-Hlovate
lontarkan
...kalau tidak ia meracun
kongsikan
...walau hanya pada awan-awan


Mereka berbicara di atas bumbung
Episod hidup memang berbeza, tapi cerita mereka masih selari!
Allah takkan bebankan hamba-Nya dengan apa yang dia tak mampu!
Hidup tak selalunya lawa
Tak selalunya ada pelangi
Kalau nak kata a bed of roses pun, duri-durinya tetap ada
Kadang-kadang... bilamana ‘malapetaka’ tu datang, terasa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumo
Rasa macam dah tak mampu bangkit
Rasa macam dah tak mampu hela nafas
Dengarkan HLOVATE berbicara:
tentang hikayat Rooftop Rant dari puncak Wisma Topaz ini...tentang Trisy dan Jade...
tentang bukit yang sayup di depan
tentang angin yang membawa salam di belakang
tentang lang sewah yang berlegar melayah di atas tentang deretan kenderaan yang bersesak-sesak di bawah
dan mereka terus bercerita...sesudah berani meruntuhkan tembok hati dan dinding rasa
mampukah dibeli tangga-tangga untuk mencapai cita-cita?
ini cerita sebuah bicara
bicara bumbung namanya....



Pertama kali aku membaca novel Hlovate, aku cuba sedaya upaya habiskan membaca dalam masa satu hari.Setiap cerita yang diolah di dalamnya, punya maksud yang sangat mendalam dalam diri aku. 

Bagi aku, Hlovate matang dalam penulisannya. Cerita cinta yang cuba disampaikan Hlovate sebenarnya membuat aku terpegun seorang diri.
Membawa aku merenung pada kejauhan.
Membawa aku kepada keinsafan yang panjang, membawa aku kepada satu perjalanan yang berlatar dan berbelukar. Membawa aku melangkah ke satu alam yang hanya aku dapat bayangkan.
Ya, alam yang penuh cabaran... 
Kredit : bistaricorner.com

Kredit : puteriashazana.blogspot.com

Hlovate. 
Jutaan terima kasih untuk Hlovate aku karangkan... Dengan asbab Tuhan Yang Maha Pengasih, Hlovate menjadi pengantara antara aku dan dia.. Dengan cerita Hlovate, kami bertukar cerita. Dengan Hlovate, kami berkongsi rasa.
Masih aku ingati waktu yang telah hampir dua musim berlalu. Mood aku memang teruk waktu tu. Aku tulis status yang sangat ganjil di laman sesawang facebook.

Lalu, dia berkata. 

"Hang in there girl... Hang tight... Life is way beyond your imagination... Take your time... Beat by beat... Piece by piece... Breath after Breath... Someday, ur Sky of Heaven will arrive... Just sooner or later..
Holy Qur'an is always a good medicine... You will find your BAHAGIA there... I Promise. Coz I've been there and done that. Percayalah.."

Kemudian, dia memberitahu:

Hlovate loves...
tafsir
food
tabla
books
windchime
good bass and drums
good music,good beats
tea
intelligent conversations
gadgets
non-mainstream indie
Skullcandy
good poetry
scapbooks
stainless steel
the trusted rucksack
backpacking
lone trip on public transport
Collins Gem
Collins Gem dictionary

" That's what i've found on Hlovate's latest post, which she wrote herself."

Dan dengan cerita cinta HLovate, aku berjaya kembali melangkah ke alam yang aku ingin-inginkan selama ni.
Alam yang sentiasa berada dalam nadi aku.
Alam ilmu yang aku sentiasa inginkan.
Biar ada jerih dan payah, aku tetap usahakan...
Sejak itu, hari aku tak pernah lengkap tanpa buku.
Paling tidak, aku akan membaca satu, dua atau tiga kata-kata dari dalam buku.


Kredit : businesscareercenter.com
Dan bermula sejak itu, aku hanya membaca cerita-cerita cinta karangan Hlovate termasuklah Tiga Cerita Dalam Sebuah Pelangi dan aA + bB.

Kredit: aina-aziz.blogspot.com
Kredit : aina-aziz.blogspot.com

Sehingga sekarang, aku akan terus memilih Hlovate sebagai jurupandu pembakar semangat aku dalam mencapai kejayaan demi kejayaan... 
Kekangan alam peribadi saja, Hlovate; 
yang menggagalkan aku untuk memiliki koleksi-koleksi novel kamu. InsyAllah, sooner or later...  Amien...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup

  • Pantun Selamat Tahun Baru Cina - Angin berdesir di pagi raya, Burung berkicau di pohon selasih; Selamat Tahun Baru Cina, Semoga rezeki melimpah bersih. ------------------------------ ...
    4 minggu yang lalu
  • Selamat Hari Raya - Dah nak masuk 10 Syawal baru nak wish. Semoga ukhwah antara kita terus berkekalan walaupun sekadar membaca blog post dan melihat gambar di IG. Tahun ni...
    10 bulan yang lalu
  • Macam Dulu - 12 Februari 2020 Aku harap boleh kembali macam dulu-dulu. Masa dia bukan siapa-siapa yang boleh aku Lihat tanpa terhad.yang selalu ada tak kira masa Dan t...
    4 tahun yang lalu
  • BAS dan BAS - *UNTUK VIDEO-VIDEO LAIN BERKAITAN BAS, SILA KLIK LINK INI* *Tambah* mana yang kurang, *ambil* mana yang lebih. Tinggalkan jejak kehadiran anda walaup...
    5 tahun yang lalu
  • CABUT GIGI GERAHAM DAN DRY SOCKET.. - Assalammualaikum.. Serius tak sedar dah dua bulan aku tak update apa-apa..baru cadang nak rajin blogging tahun ni..lupa dowh nak bukak blog bila dah akti...
    5 tahun yang lalu
  • KEMBARA - Kita Tiada - Tiapa apa. Aku jadi ingat. Duka itu ubati lupa. Sangka baik. Percaturannya Dia itu hebat. Indah dan tepat. Hanya Dia saja yang ada....
    7 tahun yang lalu
  • Dua Ringgit Jer Untuk Hari Raya? KEDEKUT! - *Kanak-Kanak yang masih kecil * : *Assalamualaikummmmmmmmmmmmmm* *Orang Dewasa Yang Sangat Dewasa * : *Walaalaikumsalam. Wah ramainy...
    8 tahun yang lalu
  • First Four - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni, 29 Februari, telah genap 4 tahun untuk menandakan keberadaan blog ini buat pertama kali. 4 tahun. 4 tahun dim...
    8 tahun yang lalu
  • buang sawang sikit.. - wowww....lama tak berblog tetibe hari ni rasa free. tak pe lah mahu mencoret la secubit di sini. rasa kekok pun ada kat umah sendiri ni.. kekangan waktu me...
    9 tahun yang lalu
  • konfigurasi - Aku yang dipengaruhi ambiguiti rasa beberapa ketika. Tidak mahu terus ditakhluki. Aku percaya kurnia yang Satu. Bukan bersahaja. Bukan tercela. Mendid...
    10 tahun yang lalu
  • belajar - waktu sedang memakanku cahaya mentari tak lagi datang menyeruak awan tertoreh airnya jatuh membuak buak seperti membisik menyedar ada syukur dalam setiap h...
    11 tahun yang lalu
  • 2013-3 - bila dalam ramai rasa sunyi. rasa tak dihargai. seolah2 tak wujud. tak kira la kat mana pon kau duduk, kau tetap akan rasa nak lari dari situ. tak kisah l...
    12 tahun yang lalu
  • Pesona - Dia,pendiam kurang menonjol dan lebih suka memendam.mengasingkan diri itu kepakaran dia sedang dalam keriuhan pun tidak ada yang sedar akan kewujudan d...
    12 tahun yang lalu
  • DO NOT HATE US (please...) - 18 wheelers Throughout this period , I always wonder why the truck driver was hated by most other drivers, especially cars. Is it because we are drivin...
    13 tahun yang lalu