Sabtu, 5 Februari 2011

TIGA PEMANDU WANITA

kredit : google 

Pagi tadi, aku nak ke pekan. Naik scooter je. Kereta? hehehe... Aku tak ada kereta lagi.

Jalan agak lengang, tak banyak kenderaan..maklum la cuti Tahun Baru Cina masih tinggal 1 hari lagi.

Sampai kat satu simpang tu, keluar satu Iswara Aeroback, kaler jingga dipandu oleh sorang kakak. Berderau darah aku.. Mau taknya, boleh jer kakak tu keluar dari simpang melulu, tak tengok kiri kanan. Nasib baik aku tak laju. kalau tak.....


Lepas satu bala.... Beristighfar panjang aku mase tu... Huuu....

Dalam tiga kilometer selepas tu, aku nampak sebuah 4x4 berhenti di tengah jalan dengan signal kanan berkelip-kelip tanda nak membelok ke kanan. Aku dah nampak dari jauh lagi, jadi aku slow kan scooter

Datang satu Kancil silver, potong aku. Laju semacam je. "Tak perasan ke 4x4 tu?" hati aku berbisik. Jam tu jugak aku terdengar bunyi emergency brake sekali dengan asap berkepul dari tayar Kancil tu. Bau hangit getah menggigit tar jalan menusuk ke hidung. 

Aku kat sebelah dah kecut perut. Mau nya tak. Sekali brek, sekali dihimpitnya aku. Sempat aku menjeling, rupanya kancil tu dipandu oleh seorang mak cik. Alahai mak cik... Nak ke mana lah tu lelaju ni? 

Terlepas bala kali ke dua... Syukur.

Selesai urusan di pekan, aku terus balik. Aku beli barang eh, bukan jumpa pak we. 

Tengah aku meniarap top speed ala superman menunggang dengan penuh berhemah (ewah!)  tetiba keluar satu Toyota Corolla dari simpang rumah dia. Nampak pelik semacam. Owh, ada dua plastik sampah atas bonet belakang! Dia lipat depan aku, 1 plastik sampah tu jatuh betul-betul depan scooter aku. Opocot!!! Aku mengelak ala-ala mat rempit menyelinap di celah-celah kereta.

Masa dia berhenti kat tong sampah tepi jalan tak jauh dari situ, aku memotong Toyota Corolla tu. La... Perempuan jugak ke yang bawak? Aiseh.... Ape la nasib...

Ini lah agaknya yang selalu diperkatakan orang tentang 'kelebihan' pemandu wanita

Berani.   Laju.   Kreatif. 

Berani : Kalau dah keluar simpang tak tengok kiri kanan, bukan berani ke namanya? Mujur cuma scooter. Kalau tadi scooter tu adalah lori buruk yang brek nya tak makan? 

Laju : Kalau emergency brake sampai berasap tayar tu, tak laju ke namanya? Mujur sempat berenti. Kalau tak?

Kreatif : Tapi tak kena tempat. Tau lah sampah tu busuk. Takkan nak letak dalam kereta, kan? Tapi, dah letak sampah kat atas bonet belakang, masa corner tu, pelan-pelan la. Ini tak.Lipat macam nak buat drift.

Kredit : guzer.com
Satu perjalanan pergi dan balik tak sampai pun dua jam. Jumpa 3 pemandu  wanita yang buat aku rasa malu nak mengaku aku pun perempuan juga...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup

  • Banjir: Punca dan Cara Mengelakkan - Banjir adalah salah satu bencana alam yang kerap melanda di banyak kawasan, terutama di kawasan rendah dan padat penduduk. Kesan daripada banjir bukan sa...
    2 minggu yang lalu
  • Selamat Hari Raya - Dah nak masuk 10 Syawal baru nak wish. Semoga ukhwah antara kita terus berkekalan walaupun sekadar membaca blog post dan melihat gambar di IG. Tahun ni...
    8 bulan yang lalu
  • Macam Dulu - 12 Februari 2020 Aku harap boleh kembali macam dulu-dulu. Masa dia bukan siapa-siapa yang boleh aku Lihat tanpa terhad.yang selalu ada tak kira masa Dan t...
    4 tahun yang lalu
  • BAS dan BAS - *UNTUK VIDEO-VIDEO LAIN BERKAITAN BAS, SILA KLIK LINK INI* *Tambah* mana yang kurang, *ambil* mana yang lebih. Tinggalkan jejak kehadiran anda walaup...
    5 tahun yang lalu
  • CABUT GIGI GERAHAM DAN DRY SOCKET.. - Assalammualaikum.. Serius tak sedar dah dua bulan aku tak update apa-apa..baru cadang nak rajin blogging tahun ni..lupa dowh nak bukak blog bila dah akti...
    5 tahun yang lalu
  • KEMBARA - Kita Tiada - Tiapa apa. Aku jadi ingat. Duka itu ubati lupa. Sangka baik. Percaturannya Dia itu hebat. Indah dan tepat. Hanya Dia saja yang ada....
    7 tahun yang lalu
  • Dua Ringgit Jer Untuk Hari Raya? KEDEKUT! - *Kanak-Kanak yang masih kecil * : *Assalamualaikummmmmmmmmmmmmm* *Orang Dewasa Yang Sangat Dewasa * : *Walaalaikumsalam. Wah ramainy...
    8 tahun yang lalu
  • First Four - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni, 29 Februari, telah genap 4 tahun untuk menandakan keberadaan blog ini buat pertama kali. 4 tahun. 4 tahun dim...
    8 tahun yang lalu
  • buang sawang sikit.. - wowww....lama tak berblog tetibe hari ni rasa free. tak pe lah mahu mencoret la secubit di sini. rasa kekok pun ada kat umah sendiri ni.. kekangan waktu me...
    9 tahun yang lalu
  • konfigurasi - Aku yang dipengaruhi ambiguiti rasa beberapa ketika. Tidak mahu terus ditakhluki. Aku percaya kurnia yang Satu. Bukan bersahaja. Bukan tercela. Mendid...
    9 tahun yang lalu
  • belajar - waktu sedang memakanku cahaya mentari tak lagi datang menyeruak awan tertoreh airnya jatuh membuak buak seperti membisik menyedar ada syukur dalam setiap h...
    11 tahun yang lalu
  • 2013-3 - bila dalam ramai rasa sunyi. rasa tak dihargai. seolah2 tak wujud. tak kira la kat mana pon kau duduk, kau tetap akan rasa nak lari dari situ. tak kisah l...
    11 tahun yang lalu
  • Pesona - Dia,pendiam kurang menonjol dan lebih suka memendam.mengasingkan diri itu kepakaran dia sedang dalam keriuhan pun tidak ada yang sedar akan kewujudan d...
    12 tahun yang lalu
  • DO NOT HATE US (please...) - 18 wheelers Throughout this period , I always wonder why the truck driver was hated by most other drivers, especially cars. Is it because we are drivin...
    13 tahun yang lalu