Awak, Dia sakit.
Awak tahu..? Dalam hidup saya, dia antara insan yang paling rapat dengan saya. Sejak beberapa bulan sebelum Arwah pergi, dia memang rapat dengan saya. Saya sayang dia dan buat dia sayang saya lebih dari dia sayang mereka yang lain. Saya nampak dengan jelas tentang hal tu!
Saya buat apa yang dipinta. Saya senangkan hatinya. Saya nak dia bahagia waktu tu. Saya sayang Dia!! Sebab masa tu saya tak ada sesiapa. Tak ada insan yang sudi memaut kejap bahu ni. Tak ada insan yang mengelus, melurut rambut, membelai jiwa dan perasaan ni. Saya cuma ada dia! Ya, hanya ada dia. Hanya tinggal dia yang ada mewarisi 'tahta'.
Setelah dia merasai pemergian seorang insan yang terlalu dekat dengan jiwanya, saya jadi tempat meluah rindu. Buat peneman tatkala masa terlebih waktu. Sehingga diri ini diheret ke utara merasai segala macam kenangan yang belum pernah bertamu. Saya dibawa ke hulu dan ke hilir buat peneman yang setia. Sebab? Sebab saya sayang dia. Dan dia pun sayang saya!
Tu cerita sebelum saya kenal awak. Sebelum saya pergi melangkah setapak cuba mencapai cita-cita. Tapi hari ni, bersama beberapa hari yang sebelumnya, saya berdiri di sini. Ditemani dua insan yang masih tergagah menerima sepenuhnya kelebihan dan kekurangan diri, saya akur. Seperti kata awak, "Beli jiwanya. Saya tahu awak boleh. Don't Try. But Do it!" Saya sahut cabaran awak.
Sedetik. Sejam. Sehari. Bagaikan seabad rasanya. Tapi saya gembira di sini. Saya gagahkan juga kaki melangkah. Saya pekakkan telinga menadah. Saya tenangkan hati biarpun di dalam merintih. Saya cuba tabahkan diri walau saya tak sekuat isteri nabi.
Awak tahu, sepanjang tempoh itu, saya terlalu bahagia di sini. Saya dah rasa tak nak balik lagi dah. Saya dah rasa nak menetap je terus lama-lama kat sini. Bila saya dah habis menelaah bagai tak ingat, saya nak cari awak dalam mimpi-mimpi saya lagi..
Kita berhubung lagi. Masa tu, macam-macam benda saya nak cerita kat awak. Macam-macam benda seronok jadi kat saya. Semua jadi indah belaka. Tapi saat itu, ada yang perlu dilaksana. Awak pinta undur diri. Saya luahkan keluh yang terlalu sedikit dan terlalu kecil dalam senyum dan tawa. Sebab saya sentiasa akur dengan kehendak awak. Saya ingin sentiasa menjaga walau saya bukan milik awak yang hakiki.
Tapi keluhan tu membuat senyum dan tawaku mati disitu. Telinga awak pantas menyambut duka. Bibir awak pantas menyambut lara. Hati awak terus dipagut hiba. Tona suara awak bertukar nada. Dan
air mata itu, gugur terkulai juga...
Awak... Awak tak dengar ke saya ketawa tadi? Saya bukan orang yang tak faham bahasa. Cukup mengatakan awak perlu pergi atas urusan yang belum pernah selesai tu. Cukup untuk buat saya faham sejuta bahasa. Tapi tona dan nada awak yang terluah cukup berbisa. Hingga hilang rasa kantuk bersama gading yang bertanduk.
Awak, saya dah cukup bahagia kat sini. Please... Jangan buat saya rasa hiba. Jangan buat saya rasa nak lari dari sini sebelum awak balik. Jangan awak buat saya pergi berhari-hari masa saya tengah happy tahap nak mati giga tak ingat. Saya dah cukup rasa bahagia even awak tak ada di sisi saya sebab saya rasa kali ni lah perjalanan saya yang paling best kat sini.
Tapi awak tak faham. Awak harapkan yang sebaiknya. Awak mahu saya terus akur tanpa membantah biar sedikit pun. Awak.. Awak masih tak kenal saya lagi rupanya.. Mungkin sebab saya juga masih belum mengenali diri awak sepenuhnya. Salah saya barangkali.
Cuma satu saya ingin bertanya biarpun saya tahu tak kan ada suara yang membalas bagi pihak awak. "Awak tak perasan ke bantahan halus yang direka tiap kali arahan itu awak bagi kat saya?" Awak, saya bukan seorang penurut yang terus menurut kata. Berhujahlah dengan bahasa atau kata yang tersurat isinya. Senyuman pasti diiringi perbuatan jika itu yang dilakukan. Bukan kekerasan yang perlu digunakan untuk melembutkan hati dan jiwa yang dah tersedia keras. Apatah lagi jika maksud yang tersurat adalah 'batu'.
Dan lagi, awak harapkan saya dapat membeli jiwanya. Tapi bukan semudah dan sepantas itu. Saya bukan insan yang sempurna. Tak di mata awak juga tak di mata sesiapa. Saya perlukan masa untuk lakukan semua tu. Mereka juga perlukan masa untuk betul-betul menerima saya.
Malam ni leher saya betul-betul di tali gantung yang awak dan saya cipta. Hati yang cuba ditenangkan masih juga berlagu hiba. Perut yang mula berkeroncong dibiarkan tak bernada. Dan segala-galanya masih juga diam tak bernyawa.
Lalu penantian ini..? Perlukah saya menunggu lebih lama? Sedangkan ada juga yang menanti saya jauh di sana. Ya, mereka menanti saya. Menanti untuk saya kembali meneruskan yang sekian lama tergendala. Juga ada yang menanti saya untuk mengambil sebuah tanggungjawab yang telah lama saya tinggalkan.
Awak rasa? Perlu ke saya terus menunggu? Atau saya pergi tanpa sebaris kata? Sekali lagi saya katakan. Dia sakit. Lalu mata-mata itu memandang ke arah saya untuk melaksanakan tugas yang pernah digalas satu waktu dulu. Sehingga itu, perlukah saya terus menanti awak dengan lebih lama di sini atau saya pergi kembali kepadanya tanpa mengucap barang sebaris kata?
Maaf andai awak terluka. (-_-)