Isnin, 9 Mei 2011

Happy Anniversary

"Kalau saya terlupa, awak ingatkan ya. Bab-bab tarikh ni saya pelupa sikit. Kalau awak tak ingatkan, saya tak ingat."



Itu kata-kata yang acapkali aku terima daripada dia. Aku hanya mampu tersenyum. Aku faham tentang itu. Sedang aku sendiri ingat beberapa hari sebelumnya dan mudah terlupa bila tiba waktunya. Lebih-lebih lagi bila orang yang ditunggu-tunggu untuk meraikannya tak ada di depan mata. 

Aku tak boleh nak salahkan dia. Atas urusan kerja, dia perlu pergi meninggalkan kami. Bukan selamanya, tapi hanya untuk sementara waktu. Aku mengaku, aku terlalu rindu. Tapi, tiada apa yang boleh aku lakukan melainkan menunggu dia pulang ke pangkuan.

Mungkin aku yang terlalu membayangkan seribu macam keindahan, tapi tak sedar semua rancangan itu hanya terbayang di ruang minda.

Pictures of Restaurant Gary Danko, San Francisco

Kita hanya merancang, tapi, Tuhan juga yang menentukan segala-galanya. Aku idam sambutan seperti itu, tapi aku tak tega meraikannya seorang diri. Untuk makan sepotong kek pun aku tak sanggup, apatah lagi meraikan ulang tahun kami yang pertama sendirian.. 


9 May 2010 till 9 May 2011..

Untuk B, Selamat Ulang Tahun Yang Pertama. Semoga dipermudahkan segala urusan dan selamat sepanjang perjalanan. Daku mendoakanmu segera pulang. (~_~)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup