Isnin, 23 Mei 2011

Berapa Banyak Anyversary Awak Nak?


"Awak, saya nak inform awak ni. 26 Mei ni our anyversary tau."

"Anyversary? Hari tu awak kata dah anyversary kita. Ni anyversary mana? Berapa banyak anyversary, sayang?"dia menyoal pelik dengan suara yang lantang. Mempersoalkan kebenaran pada fakta itu. Hati aku jadi sebak. Jiwa aku jadi sayu. Aku diam kaku seketika dengan mata terkebil-kebil.

"Anyversary for first love. My love. The day you propose to me to be your wife." mata dah mengalir air mata. Suara yang ditahan-tahan dari tadi terbit juga. 'B tak ingat.'


"ok.."

"hm.."

"dah la.. Tak nak sedih-sedih. Janji dengan saya kan, awak tak nak sedih lagi." tapi air mata itu semakin laju meluncur.

"Saya nak awak je. Saya sayang awak."

"You know how much i love u right? If there are something for us, it will be there for us. I love u with no word can explain." panjang dia memujuk.

"ok.."

"kita tidur ya.?"

"ok. Night2. I love u. Miss u.." talian terus diputuskan...

Lalu, air mata itu tumpah lagi..


Awak tak ingat ke tarikh tu? Awak, awak tension ke sehari dua ni? Awak marah saya ke? Ada yang tak kena pada saya ke yang awak tak suka? Bila saya called awak, banyak kali dah suara awak tegang. Kalau awak ada masalah, awak boleh bagi tahu saya. Tapi kalau awak nak simpan sorang-sorang semuanya, just jangan marah saya bila saya tanya awak soalan elok-elok.  Dengan awak saya tak boleh nak marah balik macam saya marah orang lain bila orang marah saya. Tapi, bila awak marah saya, automatic saya akan nangis. Awak tahu tu kan?

Mungkin awak tak ingat tarikh 26 Mei 2010 tu atau sebulan sebelum tarikh tu. Tapi saya ingat. Saya akan ingat sampai mati. Saya ingat tarikh kita mula berinteraksi. Saya ingat tarikh kita mula couple. Saya ingat lima hari selepas kita couple tu, awak lamar saya jadi isteri awak dan saya tolak mentah-mentah. Seminggu kemudian, awak buat benda yang sama. Dan saya tetap dengan pendirian saya nak capai cita-cita saya sebelum kahwin. Tapi awak berjaya bantah dengan alasan lepas kahwin pun bleh capai cita-cita sebab awak pun ‘otak business’.

Walaupun masih berbelah bagi, saya just cakap, “Ok. Kita cuba." Lepas tu masa yang awak luang untuk saya amat terhad tak macam malam-malam dan hari-hari yang sebelumnya. Kalau dulu boleh kata 24 hours awak ada untuk saya, hari tu, masa yang ada tu tak ada. Saya jadi rindu nak dengar celoteh awak tiap-tiap malam tu. Saya jadi rindu nak awak tanya saya soalan yang merepek-repek tu. Sampai saya sanggup tunggu awak mesej saya sepanjang malam.



Lepas tu, awak online. Awak tanya saya, kenapa dengan saya? Kenapa sayang nangis sebab awak tak mesej saya? “sayang dah rasa cinta ya?” itu soalan awak. Dan saya ingat sampai bila-bila malam tu bila awak pujuk saya elok-elok. Waktu tu saya cakap, “saya nak awak.

Awak tak ingat ke detik tu? Awak tak ingat ke, detik yang membuatkan kita terikat di tali pertunangan dalam konteks Islam. Ya, saya bukan seorang yang arif dalam bidang Islam. Tapi, setahu saya, lepas saya setuju berkahwin dengan awak, maknanya saya dah bertunang dengan awak. Walaupun dalam adat melayu, kita belum pun bertunang. Tapi, saya tak boleh nak buat apa kalau awak tak ingat tarikh tu atau pun cerita tu. Saya tak salahkan awak.

Awak tahu tak, 26 Mei 2011 ni adalah tarikh yang paling saya tunggu-tunggu. Sebab apa? Sebab saya ingat, tarikh ni kita dapat jumpa. Then, saya nak dengar balik macam mana awak minta pada saya setahun yang lepas. Saya nak awak buat face to face dengan saya. Semuanya.  Saya nak jugak rasa apa yang orang lain rasa. Tapi bila fikir-fikir balik, saya rasa saya dah melampau. Saya ni berimaginasi sangat. Saya tahu, harapan tu takkan jadi reality tapi hanya akan jadi mimpi. Saya tahu tu. Saya yakin akan tu.



Saya nak tanya awak, bila first time kita jumpa? Kalau saya yang kadang-kadang ni boleh lupa, saya yakin awak tak ingat langsung bila. Tak apa. Biar saya ingatkan awak. First time saya jumpa awak dalam tangan terketar-ketar menahan ketakutan dan menahan rindu adalah pada 19 September 2010. Ya, saya ingat lagi, petang tu awak tunggu saya dari tengah hari. Bila dah petang dah masuk waktu asar, baru kita dapat jumpa. Awak ingat tak?

Kalau awak rasa bosan dengan saya lately sebab buat perangai mengada-ngada macam ni, saya minta maaf. Tapi saya nak bagi tahu awak, saya rindu keadaan kita yang dulu. Saya rindu bila awak kata saya comel. Saya tahu awak pening dengan kerja awak yang macam ni. Saya minta maaf sebab selalu buat awak susah hati. Saya tak tahu lagi, kat mana saya boleh letak memo atau note ni. Nak mesej awak kat facebook, awak tak buka pun mesej-mesej tu. Kat emel, lagi lah awak jarang bukak. Emel saya yang dulu pun awak tak bukak lagi, ni pulak saya nak emel yang ni? Memang tak lah kan?

So, jalan terbaik, saya update entry kat sini. Saya pun dah buat note ni kat dalam draft blog awak. Kat situ saya yakin awak akan bukak walaupun entah bila. Tapi, andai kata satu masa nanti awak bencikan saya dan marah saya lepas baca entry ni, saya reda. Saya terima dengan hati yang terbuka sebab saya dah bagi tahu apa yang saya rasa. Ni yang awak nak kan? Awak tahu saya tak kuat bila bercakap dengan awak kan? Awak tahu saya jadi lemah bila berdepan dengan awak kan? So ni je jalan terbaik yang saya boleh luahkan apa yang saya rasa.

Awak, hari tu awak cakap, “Bila you nak datang dekat I ni?

Saya terasa sangat masa tu. Saya dah ingatkan awak dua tiga kali apa yang saya ada dan apa yang saya tak ada. Lepas tu, awak cakap saya tak bagi tahu awak apa-apa. Okey, saya terima awak salahkan saya. Awak ingat saya tak terasa ke? Dah berkali-kali saya cakap, saya tunggu awak. saya tunggu awak ambil saya kat sini. Tapi, tu jugak yang awak cakap. Ya, saya jugak ada salah. Saya cakap awak tak datang jumpa family saya. Saya tahu tu salah sebab waktu tu awak tak mampu nak datang sini. Awak, saya minta maaf untuk tu. Saya nak bergurau dengan awak macam kita bergurau dulu. Dulu awak tak kesah saya cakap macam tu, tapi sekarang, saya kena jaga semuanya sebab dulu awak dah jaga semuanya. Saya minta maaf atas kesilapan saya.

Awak, andai kata semua rasa ni adalah apa yang saya kena tanggung sebab mencintai awak, saya terima. Awak pernah cakap, saya ni suka sangat layan perasaan. Awak, hati perempuan dengan lelaki tak sama. Tak semua perempuan sama. Saya tak sama dengan your first love. Saya tak sama dengan bekas ........ awak. Saya tak sama... awak, saya minta maaf... 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup

  • Nismilan mano mau kalah. - Nismilan mano mau kalah. ● Kalau kek Pahang ado Pekan, kek Nismilan ado Kota. ● Kalau kek Perak ado Bukit Berapit, kek Nismilan ado Bukit Putus. ● Kalau k...
    18 jam yang lalu
  • AKU DAN DIET.. - salam.. Last entry bulan February lepas, aku ada tulis pasal kisah aku berhenti merokok.. yes, sampai sekarang dah masuk bulan November ni pon aku masih l...
    Seminggu yang lalu
  • HARD ROCK HOTEL, PENANG 2017 - Kalau Hotel Lone Pine dalam entry sebelum ini sangat menyamankan. Yang ini berlawanan pulak. Namapun Hard Rock ...
    Seminggu yang lalu
  • Bolehkah Kad Pengenalan Kita Di simpan Oleh Pengawal Keselamatan? - *Salam Hormat.* Ketahui Hak anda sebagai Rakyat Malaysia. Dalam tugasan kita selaku Pemandu *LORI *acapkali akan memasuki kawasan industri atau premis yang...
    4 bulan yang lalu
  • Timbang - Dalam apa jua keadaan, timbang rasa & timbang tara itu penting. Paling tidak, carilah sedikit kebaikan dengan kehadiran situasi itu sendiri. • Mungkin Allaa...
    5 bulan yang lalu
  • Bangkit - Sesudah melalui banyak kesakitan dalam perjalanan hidup perniagaan yang jatuh satu persatu.Aku cuba bangkit kembali bersama kekuatan dan semangat baru...
    9 bulan yang lalu
  • 2016-01 - Aku tengah desperate nak coffee. Dah lama tak masuk sini. Bertahun lupa macam mana nak log in. Harini cuba nasib log in. Pufff. Berjaya. Ber.ja.ya.
    Setahun yang lalu
  • Tips Kurus Dalam Masa 3 Hari - So this really can make everyone get excited sebab nak kurus. I mean for a GIRL Laki macam tak beberapa kisah sangat dengan badan naik kot sebab Anwar tak ...
    Setahun yang lalu
  • First Four - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni, 29 Februari, telah genap 4 tahun untuk menandakan keberadaan blog ini buat pertama kali. 4 tahun. 4 tahun dim...
    Setahun yang lalu
  • buang sawang sikit.. - wowww....lama tak berblog tetibe hari ni rasa free. tak pe lah mahu mencoret la secubit di sini. rasa kekok pun ada kat umah sendiri ni.. kekangan waktu me...
    2 tahun yang lalu
  • konfigurasi - Aku yang dipengaruhi ambiguiti rasa beberapa ketika. Tidak mahu terus ditakhluki. Aku percaya kurnia yang Satu. Bukan bersahaja. Bukan tercela. Mendidi...
    2 tahun yang lalu
  • belajar - waktu sedang memakanku cahaya mentari tak lagi datang menyeruak awan tertoreh airnya jatuh membuak buak seperti membisik menyedar ada syukur dalam setiap hu...
    3 tahun yang lalu
  • Pesona - Dia,pendiam kurang menonjol dan lebih suka memendam.mengasingkan diri itu kepakaran dia sedang dalam keriuhan pun tidak ada yang sedar akan kewujudan d...
    5 tahun yang lalu
  • DO NOT HATE US (please...) - 18 wheelers Throughout this period , I always wonder why the truck driver was hated by most other drivers, especially cars. Is it because we are drivin...
    6 tahun yang lalu