"Ibu, Selamat Hari Ibu.." Dia tersenyum riang. Gelak ketawanya pecah bila aku terus mengangkat dan mendukungnya.
Masih terngiang-ngiang di telinga aku seorang kanak-kanak berumur dalam lingkungan tiga empat tahun berdiri memaut tangan aku mengucapkan selamat hari ibu kepadaku dengan begitu petah sekali. Jelas dalam ingatan berkait mimpi tersebut lewat malam tadi.
"phew, kurus semangat aku! Kenapa boleh mimpi yang pelik-pelik ni..? Orang kata kalau mimpi benda pelik-pelik, tu tandanya tidur tak basuh kaki. Tapi aku dah basuh kaki sebelum tidur lewat malam tadi.
Lima belas minit tercanguk di atas katil. Aku terus bangun bila terdengar ayam berkokok di sebelah rumah. Sebagai seorang kakak yang cukup rapat dengan adik aku, meladeni kanak-kanak kecil bukan satu masalah yang besar bagi aku. Tapi di kepala masih lagi dibayangi mimpi semalam. Kenapa agaknya ya..?
Aku terkenang dia yang terlantar di hospital. Sekarang ni, semua mata munuding ke arah aku. Meminta aku membelai dan menjaga dia selagi aku terdaya sebelum aku kembali ke Kolej semula. Tugasku masih belum selesai di sini. Lalu, bagaimana boleh aku melangkah keluar melintasi sayap-sayap yang melindungi?
Hati aku berbelah bagi antara mahu dengan tidak. Sanggupkah aku menunggu di sini dan membuat mereka terus menanti? Yang pasti, segala penantian perlu ada penghujungnya. Cuma cara dan masa yang betul saja perlu aku pilih untuk menyelesaikan segalanya.
Buat Mak, Selamat Hari Ibu dari Ayu. Maaf sebab tak boleh sambut Hari Ibu tahun ni macam tahun yang sudah. Buat Nyai, Selamat Hari Ibu juga. InsyAllah, lusa atau selasa cucumu datang menjenguk. Salam rindu peluk cium dari Ayu untuk Mak dan Nyai.