Rabu, 19 Oktober 2011

SHOULD I ?

Credit to : explodingdog.com


Lepas makan malam tadi , teringat kat adik. Rasa rindu tiba-tiba datang menjengah . Kerana satu driving force yang cukup kuat , talian di sini bersambung dengan talian di hujung sana .

"Assalamualaikum, adik."

"Waalaikummussalam"

"Adik buat ape tu ?"

"Tengok tv"

"Dah makan ke ? kat mana ni ?"

"Dah tadi. kat rumah la. . nak kat mana lagi ?"

"makan apa tadi , dik ?"

"Makan nasi dengan bawang goreng sama kicap." - aku pelik.

"Mak tak masak ke ? n kat umah dengan sapa ?" baru perasan suasana sunyi sepi .

"Mak mask ikan dengan sayur, tapi adik nak bawang goreng jugak. "

"Sapa goreng bawang ?"

"Goreng sendiri lah "

"Adik dengan sapa ni kat rumah ?"

"Sorang . . eh, tak . .dengan totel , dengan tutol , dengan itam , dengan pitong . . " satu persatu kucing-kucing peliharaan disebut . . 

"Mak dengan abah mana ?"

"Macam biasa ." senyap seketika antara kami . .  




perbualan berbasa-basi antara aku dan adik . . kemudian hati teringat lagi pada adik nan seorang lagi . .




"Adik, Abang Han ada balik tak ?"

"Tak . Mak ngan Abah dah lama tak tengok abang ."

"Along ?"

"Along balik sekejap semalam . . kakak bila nak balik ? mak ada suruh balik . . "

"Minggu depan . Insyaallah . . "





dan suasana kembali sepi . .  talian diputuskan setelah puas melepas rindu . . tapi hati tetap sayu . .





Nafas ditari dalam - dalam . mata dipejam celik menahan pedih dari juraian air mata . . Perasaan ketika ini kosong. Tak bernama. tak tau nak panggil apa . setiap kali mengenangkan adik di sana bibir pasti mengukir senyum yang hati sendiri tak tahu nak tafsirkan apa perisanya . . bercampur . . berbaur . . dari kecil sampai besar , keadaan masih sama . masih tak berubah . sampai bila nak jadi macam ni ? sampai mati ? 


Credit to : the-real-eleen.blogspot.com

Kadang - kadang , aku pernah terfikir, untuk apa aku pulang , andai rumah yang dijejak kosong tak berorang . . ? Untuk apa aku di sana , jika aku tak diperlukan . . Tapi bila mengenangkan adik nan seorang , aku padamkan fikiran yang meracuni minda . .  Aku tak jadi untuk terus berlama - lama jauh dari rumah . . 




I know you need me . . been there done that . . tapi aku tak berdaya nak bawak kau keluar dari situ . . aku belum mampu . . sabarlah si kecil . . 




Satu keluarga
duduk berasing-asing
buatku runsing


. . . . . . . . . . . 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup

  • Banjir: Punca dan Cara Mengelakkan - Banjir adalah salah satu bencana alam yang kerap melanda di banyak kawasan, terutama di kawasan rendah dan padat penduduk. Kesan daripada banjir bukan sa...
    2 minggu yang lalu
  • Selamat Hari Raya - Dah nak masuk 10 Syawal baru nak wish. Semoga ukhwah antara kita terus berkekalan walaupun sekadar membaca blog post dan melihat gambar di IG. Tahun ni...
    8 bulan yang lalu
  • Macam Dulu - 12 Februari 2020 Aku harap boleh kembali macam dulu-dulu. Masa dia bukan siapa-siapa yang boleh aku Lihat tanpa terhad.yang selalu ada tak kira masa Dan t...
    4 tahun yang lalu
  • BAS dan BAS - *UNTUK VIDEO-VIDEO LAIN BERKAITAN BAS, SILA KLIK LINK INI* *Tambah* mana yang kurang, *ambil* mana yang lebih. Tinggalkan jejak kehadiran anda walaup...
    5 tahun yang lalu
  • CABUT GIGI GERAHAM DAN DRY SOCKET.. - Assalammualaikum.. Serius tak sedar dah dua bulan aku tak update apa-apa..baru cadang nak rajin blogging tahun ni..lupa dowh nak bukak blog bila dah akti...
    5 tahun yang lalu
  • KEMBARA - Kita Tiada - Tiapa apa. Aku jadi ingat. Duka itu ubati lupa. Sangka baik. Percaturannya Dia itu hebat. Indah dan tepat. Hanya Dia saja yang ada....
    7 tahun yang lalu
  • Dua Ringgit Jer Untuk Hari Raya? KEDEKUT! - *Kanak-Kanak yang masih kecil * : *Assalamualaikummmmmmmmmmmmmm* *Orang Dewasa Yang Sangat Dewasa * : *Walaalaikumsalam. Wah ramainy...
    8 tahun yang lalu
  • First Four - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni, 29 Februari, telah genap 4 tahun untuk menandakan keberadaan blog ini buat pertama kali. 4 tahun. 4 tahun dim...
    8 tahun yang lalu
  • buang sawang sikit.. - wowww....lama tak berblog tetibe hari ni rasa free. tak pe lah mahu mencoret la secubit di sini. rasa kekok pun ada kat umah sendiri ni.. kekangan waktu me...
    9 tahun yang lalu
  • konfigurasi - Aku yang dipengaruhi ambiguiti rasa beberapa ketika. Tidak mahu terus ditakhluki. Aku percaya kurnia yang Satu. Bukan bersahaja. Bukan tercela. Mendid...
    9 tahun yang lalu
  • belajar - waktu sedang memakanku cahaya mentari tak lagi datang menyeruak awan tertoreh airnya jatuh membuak buak seperti membisik menyedar ada syukur dalam setiap h...
    11 tahun yang lalu
  • 2013-3 - bila dalam ramai rasa sunyi. rasa tak dihargai. seolah2 tak wujud. tak kira la kat mana pon kau duduk, kau tetap akan rasa nak lari dari situ. tak kisah l...
    11 tahun yang lalu
  • Pesona - Dia,pendiam kurang menonjol dan lebih suka memendam.mengasingkan diri itu kepakaran dia sedang dalam keriuhan pun tidak ada yang sedar akan kewujudan d...
    12 tahun yang lalu
  • DO NOT HATE US (please...) - 18 wheelers Throughout this period , I always wonder why the truck driver was hated by most other drivers, especially cars. Is it because we are drivin...
    13 tahun yang lalu