Tugas sebagai seorang pemandu bukanlah tugas yang asing dalam hidup aku. Aku masih ingat masa aku kecik-kecik dulu sewaktu zaman kemerosotan Melayu Melaka ekonomi dunia pada tahun 1997/1998. Bagi keluarga aku yang mengusahakan perniagaan Gedung Hajaris, kitorang memang merasai kejatuhan ekonomi masa tu. Bila Gedung Hajaris terpaksa gulung tikar, mak dah tak lagi kerja memandangkan mak baru je lepas bersalin adik beradik yang ketiga. Dan abah memilih untuk menjadi pmandu lori sebuah anak syarikat pemanis di Selatan Tanah Air. Bila hujung minggu je, abah selalu buat part time jadi pemandu pelancong untuk tampung belanja yang kitorang.
Ada satu ketika tu, abah diminta bawa pelancong ke Singapura dan Pulau Pinang selama seminggu. Dan tugas abah sebagai pemandu lori masa tu terpaksa diambil alih oleh mak. Atas alasan apa, aku kurang pasti al-maklum saja lah, aku pun masa tu baru setahun jagung. heee... Sekali dua, aku ikut juga mak dan abah naik lori ke sana ke mari. Tapi sekarang ni tak lagi. Mak dan abah dah tak memandu lori. Bila dah tua ni, mak selalu je sakit-sakit. Sekarang ni pun, mak kena bercuti selama 3 bulan sebab kesihatan diri yang sangat tak mengizinkan. Abah dah jadi pemandu terhormat mak kalau mak nak ke mana-mana.
Kalau zaman dolu-dolu, mak memang tak berani kalau aku yang nak bawak mak naik motor walau ke mana jua. Tapi sejak mak sakit ni dan badan mak susut 30kg secara mendadak dalam masa sebulan setengah, mak sendiri yang minta aku bawak mak ke pekan. Waktu cuti ni lah aku ada masa nak bawak mak ke mana-mana, kalau nak dibandingkan waktu lain, memang aku tak termampu nak bantu mak aku. Dah jadi macam ni, terasa tanggungjawab di dunia sekarang ni lebih besar kalau nak dibandingkan dengan sebelum ni.
Bila umur dah meningkat dewasa ni, tak sangka aku akan bercinta dengan si pemandu lori yang juga bekas pemandu bas. Mungkin dah jodoh kitorang, kot. heee... Masa first time jumpa si dia dulu pun, dia datang dengan lori Volvo yang besar gedabak nu kat atas tu. Kalau nak kata rasa takut dulu, tak tahu nak kata macam mana. Sampai tangan pun dah naik sejuk turun ke tahap beku...kot. hee... Tapi, tu lah... Sempoi je terus gi jumpa family dia masa tu.. hohoho
Pernah si anak minta aku belajar bawa kereta - sebab aku memang tak reti nak bawak kereta sebab tak ada orang nak mengajar bawak kereta dan tak ada masa pu nak belajar. Katanya :
Ibu, belajar lah bawak kereta, nanti boleh bawak lori macam ibu dulu.
ehem... Well, as I said before... When it was her duties to do it, it wont be my duties anymore anyway. I, Promise to him and me myself.
Cukuplah aku sebagai pemandu terhormat mak dan abah, dan BUKAN PEMANDU LORI... Biar saja dia yang memandu lori. Bukan aku dan bukan lagi dia yang memandu bas itu bagai waktu dulu seperti lafaz yang telah diikat oleh dia waktu itu...