"Perjalanan jauh tak ku rasa
kerna hati ku menlonjak sama
ingin berjumpa sanak saudara
yang selalu bermain di mata
nun menghijau gunung ladang dan rimba
langit nan tinggi bertambah birunya
deru angin turut sama berlagu
semuanya bagaikan turut gembira
balik kampung, Oh...oohh (3kali)
Hati girang...
balik kampung, Oh...oohh (3kali)
Hati girang...
terbayang wajah-wajah yang kusayang
satu-satu tersemat di kalbu
pasti terubat rindu di hati
menyambut kepulangan ku nanti"
Balik Kampung
Sudirman
Heh, lagu ni selalu dinyanyikan kebanyakan orang bila buat perjalanan nak balik kampung. Aku tak nafikan, aku juga kadagkala turut menyanyikan lagu ni. Tak salah nak rasa gembira walau sekadar suka-suka , kan ? Mesti korang pun ada nyanyi jugak kan ? Even sekarang pun terbayang yang korang pun ada nyanyi lagu tu , betul tak ? *_* hehh ,
Dalam seminggu aku duduk kat rumah minggu lepas, ada satu petang tu waktu minum petang dengan mak , adik murni dan Along serbia. Adik murni tanya satu soalan best kat aku.
Adik : Kakak tak nak balik kampung ke ? Jom balik kampung dengan adik , nak tak?
Along : Kau apa ada kampung dik ?
Adik : Ada lah mak ! Mak ni... (sambil buat muka kelat)
Mak : Kau nak balik rumah nyai ko sana tu ? Pergi lah. (Mak memberi izin dengan disambut gelak tawa aku dan Along. hehhh)
Adik : Tak nak. Kampung kita bukan kat rumah nyai lah mak.
Mak : Habis tu? kampung kau kat mana dik ?
Adik :Rumah sasa (Tasya) lah. Ape lah kakak nagn Abang ni. Ketawa je.
Along : hehehehe , mana lah abang tau ... Abang ingat nak balik rumah nyai. Kalau ke sana sekarang jugak abang nak hantar, pastu terus tinggal. Tak payah ambil dah. hehe
*******************************
Perbualan tu tak habis di situ. Aku terus called Cik Nah, ibu kepada Tasya. Niat hati memang dah lama nak ke sana , tapi dengan satu tujuan utama. Nak jumpa Kak Zana, anak kedua Cik Nah. By the way, Kak Zana adik beradik ni dua pupu dengan aku. Kitorang kamcing macam kancing baju kot masa kecik-kecik dulu. Mau taknye, dah kata dua pupu, hidup pulak berjiran dari bayi, memang sah-sah lah membesar sama-sama. Sampai dia nak kahwin tahun depan pun, dia minta aku jadi pengapit.. *sigh*
Tapi sebab kak Zana ke Melaka dengan kawan-kawan sekerja , lepas tu petang tu pun ramai je sedara mara yang datang nak tengok mak , aku pun malas nak ke sana.. Kalau tak ada tamu yang datang pun, aku rasa aku tak akan ke sana, kot.. huhu
Bila dah difikir-fikir balik, memang dah lama aku tak balik sana. Seingat aku, masa cuti sem lepas aku ada ke sana. Lepas tu tak ada dah. Tak sempat dan tak ada masa.. er, tak sama ke ? hee.. Mak kata Kak Zana kerja lah. So, buat apa nak balik sana pun. Bukan ada sapa je kat sana. tak ke ?
Ye, ye. Aku sedar aku dah sangat lama tak balik sana. Aku tahu dan masih ingat lagi, memang kat sana aku dilahirkan. Memang kat kampung sana aku dibesarkan hingga aku meningkat remaja. Kat sana juga aku kutip sisip-sisip kenangan dan pengajaran. Tapi kat sana jugak seorang manusia yang tak berhati perut dah toreh satu luka kat aku. Kalau tak kerana kejadian tu , mustahil mak abah buat keputusan berhijrah ke luar dari situ. Dan mustahil aku dapat hidup bahagia kat sini. Dah tu , nak buat apa aku balik ke sana lagi ? Dah tak ada apa yang aku nak cari melainkan secalit luka yang ditabur di atas sebidang kenangan di sana... Dah tak ada apa ... (-_-)!
Dan esoknya , bila mak nak ke klinik , aku volunteer je lah hantar mak. Masa ambil surat kat tempat kerja mak , terserempak dengan kak Zana. heee , happy kot jumpa dia. Adik mana yang tak happy bila jumpa kakak kan ? (~_~) Banyak lah jugak yang dibualkan. Sempat jugak aku berkepit dengan dia. hehe
Dan, bila majlis dia nanti , aku pasti akan jadi antara orang penting masa tu nanti ...Aku harap sangat masa tu tak ada program wajib kat kolej lah... Adik mana yang nak terlepas peluang kalau kakak dia nak buat majlis nikah kahwin, kan ? (^_^) meh , aku tunjuk kek masa dia tunang dulu. hee ...