Khamis, 29 Mac 2012

TOGETHER OR BEING ALONE ?

Credit to: thumytoo.com



Kosa kata 'sendirian' bukanlah kosa kata yang asing dalam hidup aku. Cara hidup 'sendirian' juga sudah bukan sesuatu yang asing dalam hidup seorang Aku. Sejak aku masih kecil, aku dah lali dengan suasana sepi jauh dari kebingitan, hingar bingar suasana yang mengisi ruang alam ciptaan Tuhan. Dalam hitam kehidupan mahupun dalam terang cahaya perjalanan, segalanya telah sebati dalam jiwa seorang aku. Namun, aku masih juga dapat hidup andai ada suara-suara halus dan ceria yang mengisi rangkaian waktu... 

Masih ada di ingatan aku masa aku masih bersekolah di sekolah rendah. Mak dan abah waktu tu sebok menguruskan kehidupan demi memenuhi keperluan kami. Bila mana abah perlu ke luar negeri dan mak perlu pulang lewat malam, kami dua beradik ditinggalkan tanpa kawalan. Malah, kami diberi amanah untuk menjaga embah (atuk) aku yang dah terlantar sakit. Keadaan begini berlaku selama empat hingga lima tahun lamanya. Tapi, selalu je aku sorang-sorang kat rumah bila Along merayap entah mana-mana hala.

Kemalangan Along tiga hari selepas arwah atuk aku meninggal dunia, sekali lagi membuatkan suasana bertambah sepi. Heh, ni bukan kemalangan biasa. Mahu taknya, kulit sebelah mata abang aku koyak rabak sampai nampak tengkorak dia yang warna putih tu.. Dia sendiri pengsan dalam masa 5 hingga 10 minit. Sebulan dia jadi penduduk kat appartment Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu tu. Kesannya, aku kena tinggal sorang-sorang kat rumah sebab adik bongsu aku yang baru berusia 6 bulan tu kena tinggal kat rumah pengasuh dan adik aku si Hafiz tu awal-awal lagi dah menetap kat rumah nenek sedara kat sebelah rumah yang selang 500 meter dengan rumah aku. 

Korang mesti pelik kenapa aku kena tinggal sendiri. haha.. Mana ada aku kena tinggal sendiri. Mak aku dah suruh dah aku pi rumah nenek sedara aku tu lepas balik sekolah. Dah aku yang tak nak. Mak aku boleh buat ape je pun sebab mak aku sendiri tak ada kat rumah. So, ikut suka suki hati aku je lah pun bila nak ke sana. Kadang-kadang tu, sampai kak Zana datang rumah panggil aku suruh datang sana. heeee, bila orang dah jemput, kena lah pergi sana. Mana boleh duduk rumah je.. huhuhu


Bila dah sekolah menengah, Along pulak duduk kat rumah nyai dan yai (Atuk nenek sebelah abah). Semua ni gara-gara nak lari dari kena hantar pi sekolah Tahfiz. hehe (^_^) Pernah lah jugak aku mengigau panggil nama abang aku tu masa awal-awal abang aku ke sana tu kan.  Bila abah pun akan selalu terus tinggal-tinggalkan kelurga sebab sayang, aku makin terus dan terus sorang-sorang. Sampai "Single is Simple and Couple is Trouble" tu jadi moto hidup aku.. haha :P

Ku terpegun dijendela
hujan gerimis senja
tak kulihat dihalamanku
diriku dalam lamunan
Tiada lain yang kubayangkan hanya
peristiwa itu
dosa-dosa yang kulakukan
tetap mengganggu batin
Tanyaku pada diri
apakah ini semua cubaan belaka
kesalku tak berair
menduga keyakinan ku kepadaNya
batinku menjerit namun tiada suara - "Gerimis Senja oleh Alleycats"


Bila balik rumah lepas habis sekolah, aku terus pi kebun kat belakang rumah. Duduk sorang-sorang sampai petang. Kadang-kadang aku duduk main air kat parit atau anak sungai kat depan rumah. Mungkin sebab aku sorang-sorang ni lah buat mak abah ambil keputusan pindah dari situ, kot. Mungkin. Tapi, bila aku duduk kat tempat baru, lepas balik sekolah, aku akan merayap ke C.D. West. Duduk kat atas tali air tu buat aku terbuai dengan rasa damai alam. Sorang-sorang je kat situ. Ada jugak lah sekali dua tu dengan my best friend forever, Diana. Tu pun sebab dia nak sangat tahu aku selalu pi mana sebab bila dia datang rumah je mesti aku tak ada. Sampai mak pulak jadi risau sebab tahu lepas aku balik sekolah je aku merayap entah mana hala (padahal tak mana hala pun). 







Dalam masa enam bulan kat situ, banyak benda jugak yang jadi dalam hidup aku. Lepas tu, mak abah ambil keputusan nak pindah lagi. Masa tu dua minggu sebelum banjir buruk jadi kat semenanjung tanah air termasuk lah kat rumah aku. Tak silap aku masa tu penghujung tahun 2006 hingga awal tahun 2007 kot. 

Lepas Along sambung belajar kat KL, aku pi sekolah balik sekolah naik motor seniri. Pi mana-mana pun selalu je sendiri. Lepas tu, masa nak pi kerja kat bawah jagaan mak cik aku kat KL lepas SPM, aku datang KL naik bas pun sendiri. Pastu, sendiri cari kerja baru bila dah habis kontrak. Kerja pun sebab nak kumpul duit nak sambung study balik. Segalanya kena buat sendiri. Sampai dah penat kerja, aku mintak kat mak abah nak sambung study. Masa tu baru je kenal ngan Dear. Dear banyak tolong bagi semngat kat aku untuk yakinkan mak abah so that aku dapat study balik. Masa tu, sekelumit dan sebesar zahrah pun aku tak tahu yang si dia sebenarnya seorang bekas driver bas dan jugak seorang yang boleh menandu lori kontena yang besar gedabak. Sebab masa tu pun dia keje buat benda lain. 

Pintu sepiku yang bertahun terkunci
terpaksa aku bukakan perlahan-lahan
kerana ku khuatir bisikan yang berbalah
denganku seharian  
akan menenggelamkan keakuan
Andai terjadi mana lagi tempatku
nak aku pautkan mimpi sedia kala
menunaikan janjiku pada diri sendiri
untuk memiliki cinta
dulu asalnya aku yang punya" - Mantera - Bengang


Mula-mula masa dah stay kat sini, jarang dah kena stay alone sebab roomate pun memang tak balik sebab dia orang Terengganu. Tak lama lepas tu Dear dapat memandu lori kontena semula, tu pun Dear punya cara nak surprise kat aku, sampai aku merajuk and Dear pun sampai kecik ati kat aku. Padahal Dear nak bagi tahu yang Dear boleh bawak lori kontena je... huhu... (^_^)' kelakar je bila ingat-ingat balik.. heeeee

Lepas tu, dah tak ada dah nak mesej memanjang dengan Dear macam sebelum tu. Mana ada orang tengah pegang stereng nak pengang handset. Kalau nak bagi lori tu terjunam dalam anak gaung, buat lah ! Start dari tu, memang dia je yang selalu call aku. hehe.. dan banyak belajar tentang hidup bila dengan Dear... Belajar survival... Belajar tata tertib bila masuk hutan, adab bila nak naik turun bukit, cara nak hidup bila buat perjalanan lalu jalan yang kiri kanan kita adalah hutan belantara. Belajar jugak terima hakikat yang aku dah ada Dear dalam hidup ni, bukan lagi sendirian. 

Jujur aku katakan, sampai aku sebenarnya dah terlupa yang aku pernah belajar hidup seorang dan sendirian dulu. Tapi, nak kata being together pun tak boleh jugak... Hidup pun masih membujang , bukan dah berumah tangga pun.. huhu... Lagi pun, kat sini, dari sem dua sampai sekarang, roomate aku selalu je balik rumah diorang bila weekend atau cuti panjang. So, kena hidup macam dulu balik... Nothing to impress with being alone. Tak ada apa yang seronok pun sebenarnya ... 

But then, there are 'something' from him... He always make me surprised with many things. Cuma aku yang kadang-kadang gagal mentafsir sebenarnya dia tengah surprise kan aku... phew, menggigil nak type dah ni.. huhuhu... Terharu kot bila ingat balik macam mana dia buat aku surprise. Bukan setakat masa teringat semula ni, masa dia buat surprise pun aku dah terharu tak terkata apa. Sesaat yang mampu buat aku terkedu kaku hanya bila Dear bisikkan kata-kata rindu pada aku secara tiba-tiba ... O.O

Tarik nafas panjang-panjang kejap... heee... Paling besar kejutan yang dia buat kat aku, biar aku je yang tahu. Yang kedua terbesar kejutan tu, dia bawak aku pergi sebuah pulau, tempat dia pernah kerja kat sana dulu... Dear selalu cerita kat aku, betapa Aman nya Pulau tu... Tapi tak ada pulak kejutan yang paling kecil... heh, kejutan yang dia buat, semuanya spesel la... Tak de kacik-kecik anak punye... Semua besar-besar alam punyee... heeeee....

Seingatan aku sepanjang ada Dear, Dear tak pernah lupa tentang kebajikan dan hal ehwal makan aku. Sejak dari mula jumpa sampai sekarang, Dear takkan benarkan aku berlapar sebab aku memang tak boleh berlapar pun.. Makan sikit, tapi banyak kali.. hee, budak gastrik macam ni lah.. huhu.. Dan dalam pada itu, bila datang bab rasional tentang apa saja, bilamana aku membantah, secara mendadak dia boleh menjadi segarang-garang singa atau lebih dari itu untuk buat mata aku terbuka melihat betapa apa yang Dear cakap tu sebenarnya betul. Tapi, selepas beberapa ketika, Dear boleh jadi semanja-manja kucing sebab nak bagi aku hilang rasa takut bila Dear jadi garang macam singa. Sebab Dear kata, Dear mencintai bukan untuk ditakuti, tapi untuk sama-sama dicintai dan dikasihi... 

Masa buat entri ni, tiba-tiba ada yang menjengah kat sebelah. Aku bagi tahu tajuk je lah.. Then, sejibik soalan free aku dapat.


"Kira ni kau tengah prepare nak living alone after marriage la ek? 
Ye lah, dah jadi isteri dreba lori nanti, mesti kena tinggal selalu bila dia kena pi o.s. (out station)
Tak ke kau kena tinggal sorang?


uhuk uhuk uhuk ... (88 kali ! siyes masa ni aku tersedak sebab tengah minum air ) 


huhuhu. Tamao la kena tinggal lepas dah kawen nanti.. heeeeee... Nama pun kawen = pasang, so, kena lah berpasangan. Aku rela kalau nanti dia depan mata aku kat rumah tak ke mana-mana bila Dear dapat cuti. Sebab, bila dah sah jadi isteri dia, mesti aku dah bebas buat itu ini ke sana ke mari bila duduk sana. Dapat keluar rumah pi kedai, pi market, buat itu ini keliling rumah je pun tak pe. Asalkan dia ada. heeeeee... (^_^) 

Aku Tak Biasa
bila tiada kau di sisi ku
aku tak biasa
bila ku tak mendengar suaramu" - Alda Rima - Aku Tak Biasa


But, well... Ok lah tu... Dalam hidup senang, aku jugak dah diajar hidup susah oleh mak abah. So, Alhmadulillah, sepanjang Dear ada dengan aku, walau susah senang, kitorang masih je setia sampai sekarang. Alhamdulillah, walaupun Dear tahu aku terlalu banyak kekurangan berbanding Dear yang almost perfect, Dear tak pernah abaikan aku walau seinci pun. Walau banyak mana dugaan yang kitorang dah lalui, aku masih lagi aku yang akan terima dia seadanya seperti Dear yang telah menerima aku seadanya... 

Tiada pernah aku menyesali
Biarpun kemilaunya sering dikhianati mimpi
namun ternyata keindahan itu
tak sekali terhakis musim yang berjuta
suka duka ku silih berganti
walau pedih ku tabah untuk menanti
keashikannya terasa jua
seandainya kita sehati sejiwa
mendung cinta berarak berpisah
tersingkaplah rindumu ke tabir senja
yang membenam segala sangsiku
kasih sayang akan ku pertahankan - Axl - Seandainya Kita Sehati Sejiwa. 

Dear Captain Kift, Semoga akan ada lagi untuk kita bersama meniti kehidupan mendatang melakar perjalanan di dinding-dinding putih alam ciptaan Tuhan... 


Cinta Antara Kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyinta dirimu
ku hanya menunggumu
mengata kau cintaku
ku kan berjanji menyintamu sayang..."- Cinta Antara Kita- Baizura Kahar feat Duta.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup

  • Pantun Hujung Tahun dan Selamat Bercuti - Hari mendung ke pasar tani, Singgah sebentar membeli petai, Hujung tahun saat dinanti, Jom bercuti hilangkan letih. Angin laut bertiup mesra, Ombak m...
    6 hari yang lalu
  • Selamat Hari Raya - Dah nak masuk 10 Syawal baru nak wish. Semoga ukhwah antara kita terus berkekalan walaupun sekadar membaca blog post dan melihat gambar di IG. Tahun ni...
    8 bulan yang lalu
  • Macam Dulu - 12 Februari 2020 Aku harap boleh kembali macam dulu-dulu. Masa dia bukan siapa-siapa yang boleh aku Lihat tanpa terhad.yang selalu ada tak kira masa Dan t...
    4 tahun yang lalu
  • BAS dan BAS - *UNTUK VIDEO-VIDEO LAIN BERKAITAN BAS, SILA KLIK LINK INI* *Tambah* mana yang kurang, *ambil* mana yang lebih. Tinggalkan jejak kehadiran anda walaup...
    5 tahun yang lalu
  • CABUT GIGI GERAHAM DAN DRY SOCKET.. - Assalammualaikum.. Serius tak sedar dah dua bulan aku tak update apa-apa..baru cadang nak rajin blogging tahun ni..lupa dowh nak bukak blog bila dah akti...
    5 tahun yang lalu
  • KEMBARA - Kita Tiada - Tiapa apa. Aku jadi ingat. Duka itu ubati lupa. Sangka baik. Percaturannya Dia itu hebat. Indah dan tepat. Hanya Dia saja yang ada....
    7 tahun yang lalu
  • Dua Ringgit Jer Untuk Hari Raya? KEDEKUT! - *Kanak-Kanak yang masih kecil * : *Assalamualaikummmmmmmmmmmmmm* *Orang Dewasa Yang Sangat Dewasa * : *Walaalaikumsalam. Wah ramainy...
    8 tahun yang lalu
  • First Four - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni, 29 Februari, telah genap 4 tahun untuk menandakan keberadaan blog ini buat pertama kali. 4 tahun. 4 tahun dim...
    8 tahun yang lalu
  • buang sawang sikit.. - wowww....lama tak berblog tetibe hari ni rasa free. tak pe lah mahu mencoret la secubit di sini. rasa kekok pun ada kat umah sendiri ni.. kekangan waktu me...
    9 tahun yang lalu
  • konfigurasi - Aku yang dipengaruhi ambiguiti rasa beberapa ketika. Tidak mahu terus ditakhluki. Aku percaya kurnia yang Satu. Bukan bersahaja. Bukan tercela. Mendid...
    9 tahun yang lalu
  • belajar - waktu sedang memakanku cahaya mentari tak lagi datang menyeruak awan tertoreh airnya jatuh membuak buak seperti membisik menyedar ada syukur dalam setiap h...
    11 tahun yang lalu
  • 2013-3 - bila dalam ramai rasa sunyi. rasa tak dihargai. seolah2 tak wujud. tak kira la kat mana pon kau duduk, kau tetap akan rasa nak lari dari situ. tak kisah l...
    11 tahun yang lalu
  • Pesona - Dia,pendiam kurang menonjol dan lebih suka memendam.mengasingkan diri itu kepakaran dia sedang dalam keriuhan pun tidak ada yang sedar akan kewujudan d...
    12 tahun yang lalu
  • DO NOT HATE US (please...) - 18 wheelers Throughout this period , I always wonder why the truck driver was hated by most other drivers, especially cars. Is it because we are drivin...
    13 tahun yang lalu