Jumaat, 9 Mac 2012

Shopping List

credit to: photo-dictionary.com

Selasa lepas, dapat side income RM150 selepas beberapa bulan tanpa side income.. hee, kat kepala dah mencerna sejenis dua barang yang dah lama berhajat dihati nak dibeli kat kampung... Mak dan abah macam faham-faham je aku nak keluar. Elok je mak suruh mintak duit kat abah duit nak bayar duit bil air dan bil api elektrik kat pejabat pos. Terus je ke pekan dengan Along. 

Lepas bayar bil, Along jadi driver terhormat hantar aku beli barang keperluan. Dan bila HAdira Kifly shopping, barang-barang ni lah yang ada dalam list: 

1. Geng ABCDE Bercuti Ke Arau karya Hlovate - RM14.00
2. Note pad - RM2.40
3. Ball point pen 5batang - RM5.00
4. Bata Ladies Shoes - RM29.90
5. Ladies Sandle - RM14.90
6. 2 Fan Foldable USB Laptop Cooling Pad - RM12.00
7. SanDisk USB Flash Drive 8GB - RM26.00
8. Topup - RM10.00
9. Makan - RM7.50 

Total : RM121.70 
Baki side income : RM28.30


HAdira Kifly kena ingat Mr Captain selalu pesan, kalau nak beli apape, beli yang bawak manfaat dan yang betul-betul penting je. Yang tak perlu, tak payah beli. eheheeee

Dear Mr. Captain, yang kat atas tu semua perlu. Saya dah setahun pakai Ladies shoes yang sama. Baru ni nak beli yang baru. Tak pe kan? heeeee

Pen tu cukup untuk sem depan sekali. Note pad tu nak ganti note pad yang dah full capacity. Laptop Cooling Pad tu dah lama nak beli macam yang awak pesan, tapi baru ni je sempat nak beli. Murah je kan? heee... Topup dan makan tu penting. Tangki perut mesti kena isi. Nak jugak ada flabby tummy macam awak. ehehheee... Dan Hlovate tu tak boleh tinggal bila dah ada depan mata. Awak pun nak baca kan?  walaupun siri yang ni tak berapa nak best.. huhuhu :P


Dan setinggi-tinggi ucapan Terima Kasih buat yang memberi Side Income tu (Si Polan bin Si Polan) heee... :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup

  • Banjir: Punca dan Cara Mengelakkan - Banjir adalah salah satu bencana alam yang kerap melanda di banyak kawasan, terutama di kawasan rendah dan padat penduduk. Kesan daripada banjir bukan sa...
    2 minggu yang lalu
  • Selamat Hari Raya - Dah nak masuk 10 Syawal baru nak wish. Semoga ukhwah antara kita terus berkekalan walaupun sekadar membaca blog post dan melihat gambar di IG. Tahun ni...
    8 bulan yang lalu
  • Macam Dulu - 12 Februari 2020 Aku harap boleh kembali macam dulu-dulu. Masa dia bukan siapa-siapa yang boleh aku Lihat tanpa terhad.yang selalu ada tak kira masa Dan t...
    4 tahun yang lalu
  • BAS dan BAS - *UNTUK VIDEO-VIDEO LAIN BERKAITAN BAS, SILA KLIK LINK INI* *Tambah* mana yang kurang, *ambil* mana yang lebih. Tinggalkan jejak kehadiran anda walaup...
    5 tahun yang lalu
  • CABUT GIGI GERAHAM DAN DRY SOCKET.. - Assalammualaikum.. Serius tak sedar dah dua bulan aku tak update apa-apa..baru cadang nak rajin blogging tahun ni..lupa dowh nak bukak blog bila dah akti...
    5 tahun yang lalu
  • KEMBARA - Kita Tiada - Tiapa apa. Aku jadi ingat. Duka itu ubati lupa. Sangka baik. Percaturannya Dia itu hebat. Indah dan tepat. Hanya Dia saja yang ada....
    7 tahun yang lalu
  • Dua Ringgit Jer Untuk Hari Raya? KEDEKUT! - *Kanak-Kanak yang masih kecil * : *Assalamualaikummmmmmmmmmmmmm* *Orang Dewasa Yang Sangat Dewasa * : *Walaalaikumsalam. Wah ramainy...
    8 tahun yang lalu
  • First Four - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni, 29 Februari, telah genap 4 tahun untuk menandakan keberadaan blog ini buat pertama kali. 4 tahun. 4 tahun dim...
    8 tahun yang lalu
  • buang sawang sikit.. - wowww....lama tak berblog tetibe hari ni rasa free. tak pe lah mahu mencoret la secubit di sini. rasa kekok pun ada kat umah sendiri ni.. kekangan waktu me...
    9 tahun yang lalu
  • konfigurasi - Aku yang dipengaruhi ambiguiti rasa beberapa ketika. Tidak mahu terus ditakhluki. Aku percaya kurnia yang Satu. Bukan bersahaja. Bukan tercela. Mendid...
    9 tahun yang lalu
  • belajar - waktu sedang memakanku cahaya mentari tak lagi datang menyeruak awan tertoreh airnya jatuh membuak buak seperti membisik menyedar ada syukur dalam setiap h...
    11 tahun yang lalu
  • 2013-3 - bila dalam ramai rasa sunyi. rasa tak dihargai. seolah2 tak wujud. tak kira la kat mana pon kau duduk, kau tetap akan rasa nak lari dari situ. tak kisah l...
    11 tahun yang lalu
  • Pesona - Dia,pendiam kurang menonjol dan lebih suka memendam.mengasingkan diri itu kepakaran dia sedang dalam keriuhan pun tidak ada yang sedar akan kewujudan d...
    12 tahun yang lalu
  • DO NOT HATE US (please...) - 18 wheelers Throughout this period , I always wonder why the truck driver was hated by most other drivers, especially cars. Is it because we are drivin...
    13 tahun yang lalu