Khamis, 22 November 2012

Heroin karya Amal Hamsan




Kadang-kadang, kau perlu jatuh dari puncak gunung yang menggeletek awan untuk sedarkan diri kau sendiri; apa yang selama ini kau panjat, apa yang selama ini kau cuba nak gapai. Banyak duri yang akan kau pijak, banyak batu yang akan kau tampung di bahu, setiap kali kaki kau melangkah. Semua ini, hanya untuk memperlihatkan apakah yang kau inginkan itu, untuk kau perjuangkan atau tidak. 

Dan setiap luka baru yang ditindan di atas parut luka-luka lama, sentiasa menceritakan sebuah cerita baru. Sebuah cerita pedih, dan hitam. 

Aku terluka, hampir mati, namun aku masih cuba berdiri. 

Amal Hamsan.




Dan bilakah akan berakhir 
detik aku menjadi heroin 
dalam setiap lakonan 
di dalam buku 'Heroin' karya Amal Hamsan? 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup