Ahad, 18 November 2012

Kotak Hitam 2012


The Hussaini




Dalam kotak hitam itu, aku berhijab berjilbab. Saat semakin bertukar menjadi minit, lalu berganti dengan jam, terus memutar menjadi hari, berjalan menjadi bulan, dan tahun. Bahang semakin terasa dalam gelita yang tidak pernah surut. Hingga terkeluar asap hitam pekat dari cerobong asap, berjelaga di ruang sepi. Benang panjang hitam di tangan aku pintal perlahan-lahan, mengisi ruang yang sempit. Aku semakin terhimpit. Jarum di tepi diri aku ambil perlahan-lahan, mengait kata-kata yang berbait. Aku mati tersabit. Kotak hitam pelindung diri cuba diceroboh perlahan-lahan, gagal berulang kali. Aku tidak berhenti. Jelaga masih kerap keluar dari cerobong asap, sepi terus menyepi. Aku kini sendiri. 

Semakin mencari bayang-bayang, namun tidak kelihatan tanpa cahaya di balik diri. Sepi dalam sendiri, aku benci! Ingin berlari, langkahku masih mati. Diri masih terkurung dalam kotak hitam, gelita sepanjang zaman. Entah bila dapat keluar dari kepompong kelam, bercahaya dan berwarna. Kembali peroleh hidup yang hidup. Dalam mimpi aku bernyawa, terbang ke balik sana dunia. Aku bernafas lancar, tidak tersekat di ruang sepi. Aku hidup, dalam dunia yang benar-benar hidup. Tidak penat, walaupun hakikatnya aku sedang tenat. 

Aku koyak uncang di saku, yang keluar cuma paku. Aku lempar shiling, berdenting ke dinding. Aku terbang, hilang. Sesaat, aku tiba di tengah hutan, tidak ada apa yang kelihatan melainkan kematian. Terus, aku berteriak semahu hati, wajahku direnjis api. Gelas jatuh di sisi, terus sepi. Nafasku singkat, tersekat. Bosan dengan sepi, aku tidak berdiam diri. Cuba bangkit, biarpun perit dan sakit. Hilang segenap mimpi, terbang imaginasi dan bayang-bayang diri. Yang ada, hanya kerinduan yang terus meminta nyawa. Kembali aku berdiri sendiri, dalam gelita sepi. Terus tanpa henti, aku terus bernyanyi melagukan setiap memori silih berganti hingga nyawa ditarik oleh Ilahi. Ghaib aku, ditelan rindu. 

Aku ada di kaki pelangi, berdiri mencari cahaya berwarna-warni. Sendiri, aku menanti semuanya berulang kembali. Memijak awan, aku menagih rasa percaya yang hilang dalam diri. Semoga timbul sabut, dan bayu tetap berpuput lembut. Semoga terus menitis embun, yang ada cuma di hujung daun. Tidak terus hanyut, ke laut. Dirantai dahan reput, maut. 


Jika boleh memori hidup kita disimpan di dalam CD, izinkan aku mainkan hari-hari. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup

  • Banjir: Punca dan Cara Mengelakkan - Banjir adalah salah satu bencana alam yang kerap melanda di banyak kawasan, terutama di kawasan rendah dan padat penduduk. Kesan daripada banjir bukan sa...
    2 minggu yang lalu
  • Selamat Hari Raya - Dah nak masuk 10 Syawal baru nak wish. Semoga ukhwah antara kita terus berkekalan walaupun sekadar membaca blog post dan melihat gambar di IG. Tahun ni...
    8 bulan yang lalu
  • Macam Dulu - 12 Februari 2020 Aku harap boleh kembali macam dulu-dulu. Masa dia bukan siapa-siapa yang boleh aku Lihat tanpa terhad.yang selalu ada tak kira masa Dan t...
    4 tahun yang lalu
  • BAS dan BAS - *UNTUK VIDEO-VIDEO LAIN BERKAITAN BAS, SILA KLIK LINK INI* *Tambah* mana yang kurang, *ambil* mana yang lebih. Tinggalkan jejak kehadiran anda walaup...
    5 tahun yang lalu
  • CABUT GIGI GERAHAM DAN DRY SOCKET.. - Assalammualaikum.. Serius tak sedar dah dua bulan aku tak update apa-apa..baru cadang nak rajin blogging tahun ni..lupa dowh nak bukak blog bila dah akti...
    5 tahun yang lalu
  • KEMBARA - Kita Tiada - Tiapa apa. Aku jadi ingat. Duka itu ubati lupa. Sangka baik. Percaturannya Dia itu hebat. Indah dan tepat. Hanya Dia saja yang ada....
    7 tahun yang lalu
  • Dua Ringgit Jer Untuk Hari Raya? KEDEKUT! - *Kanak-Kanak yang masih kecil * : *Assalamualaikummmmmmmmmmmmmm* *Orang Dewasa Yang Sangat Dewasa * : *Walaalaikumsalam. Wah ramainy...
    8 tahun yang lalu
  • First Four - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni, 29 Februari, telah genap 4 tahun untuk menandakan keberadaan blog ini buat pertama kali. 4 tahun. 4 tahun dim...
    8 tahun yang lalu
  • buang sawang sikit.. - wowww....lama tak berblog tetibe hari ni rasa free. tak pe lah mahu mencoret la secubit di sini. rasa kekok pun ada kat umah sendiri ni.. kekangan waktu me...
    9 tahun yang lalu
  • konfigurasi - Aku yang dipengaruhi ambiguiti rasa beberapa ketika. Tidak mahu terus ditakhluki. Aku percaya kurnia yang Satu. Bukan bersahaja. Bukan tercela. Mendid...
    9 tahun yang lalu
  • belajar - waktu sedang memakanku cahaya mentari tak lagi datang menyeruak awan tertoreh airnya jatuh membuak buak seperti membisik menyedar ada syukur dalam setiap h...
    11 tahun yang lalu
  • 2013-3 - bila dalam ramai rasa sunyi. rasa tak dihargai. seolah2 tak wujud. tak kira la kat mana pon kau duduk, kau tetap akan rasa nak lari dari situ. tak kisah l...
    11 tahun yang lalu
  • Pesona - Dia,pendiam kurang menonjol dan lebih suka memendam.mengasingkan diri itu kepakaran dia sedang dalam keriuhan pun tidak ada yang sedar akan kewujudan d...
    12 tahun yang lalu
  • DO NOT HATE US (please...) - 18 wheelers Throughout this period , I always wonder why the truck driver was hated by most other drivers, especially cars. Is it because we are drivin...
    13 tahun yang lalu