Jumaat, 23 November 2012

NIAT HATI TAK NAK BERPISAH, APA DAYA......

credit to: Abang Zul


Sungguh, hati terasa terlalu berat untuk meninggalkan. Jiwa merasa terlalu letih bila membayangkan. Perasaan semakin tak keruan bila itu yang akan terbentang di hadapan. Tapi bila diri harus berpijak di bumi nyata, memang aku harus pergi meninggalkan. Ya, aku perlu pergi saat diri sudah tidak lagi perlu ada di sini. Mungkin, kerana silap aku yang tidak sabar membuat masa jadi singkat. Salah aku, masa masih tetap perlu berlalu.



Dua hari sepenuhnya bersama dia, menghabiskan apa adanya. Menyambut ulang tahun kelahiran yang bakal tiba dengan perbualan sepanjang perjalanan dia ke tempat kerja, melewati malam dan siang bersama-sama, berjaga dan bermata sembab bersama-sama, makan dan minum sekadarnya bersama-sama, dan harus pergi dari pandangan matanya. Ada lagi seminggu sebelum masuk kolej. Serasanya malam ni perlu meninggalkan Pulau Pinang... Tapi hati masih terlalu berat untuk pulang... Ada lagi seminggu...yang akan kosong tak berisi...





Kali terakhir makan nasi lewat pukul satu pagi tadi. Sarapan pagi tadi pukul sebelas dengan hanya dua biji epok-epok. Sekarang menaip entri ini dalam ketar tangan menahan getar di dada sementara menanti si dia menyelesaikan tugasnya. Cuma mengharapkan satu...ingin makan malam bersama dia. Biar sama-sama menahan lapar. Biar sama-sama merasa susah dan sama-sama merasa senang. Biar aku dapat kembali menjejak diri aku yang hilang bila bersama dia. Aku nak rasa bersyukur walaupun cuma dapat habiskan masa bersama, seketika cuma. Kalau boleh, malam ni nak mintak lepak dekat Bagan Ajam. Kalau dia setuju sebelum menghantar aku pulang selepas makan...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup

  • Banjir: Punca dan Cara Mengelakkan - Banjir adalah salah satu bencana alam yang kerap melanda di banyak kawasan, terutama di kawasan rendah dan padat penduduk. Kesan daripada banjir bukan sa...
    2 minggu yang lalu
  • Selamat Hari Raya - Dah nak masuk 10 Syawal baru nak wish. Semoga ukhwah antara kita terus berkekalan walaupun sekadar membaca blog post dan melihat gambar di IG. Tahun ni...
    8 bulan yang lalu
  • Macam Dulu - 12 Februari 2020 Aku harap boleh kembali macam dulu-dulu. Masa dia bukan siapa-siapa yang boleh aku Lihat tanpa terhad.yang selalu ada tak kira masa Dan t...
    4 tahun yang lalu
  • BAS dan BAS - *UNTUK VIDEO-VIDEO LAIN BERKAITAN BAS, SILA KLIK LINK INI* *Tambah* mana yang kurang, *ambil* mana yang lebih. Tinggalkan jejak kehadiran anda walaup...
    5 tahun yang lalu
  • CABUT GIGI GERAHAM DAN DRY SOCKET.. - Assalammualaikum.. Serius tak sedar dah dua bulan aku tak update apa-apa..baru cadang nak rajin blogging tahun ni..lupa dowh nak bukak blog bila dah akti...
    5 tahun yang lalu
  • KEMBARA - Kita Tiada - Tiapa apa. Aku jadi ingat. Duka itu ubati lupa. Sangka baik. Percaturannya Dia itu hebat. Indah dan tepat. Hanya Dia saja yang ada....
    7 tahun yang lalu
  • Dua Ringgit Jer Untuk Hari Raya? KEDEKUT! - *Kanak-Kanak yang masih kecil * : *Assalamualaikummmmmmmmmmmmmm* *Orang Dewasa Yang Sangat Dewasa * : *Walaalaikumsalam. Wah ramainy...
    8 tahun yang lalu
  • First Four - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni, 29 Februari, telah genap 4 tahun untuk menandakan keberadaan blog ini buat pertama kali. 4 tahun. 4 tahun dim...
    8 tahun yang lalu
  • buang sawang sikit.. - wowww....lama tak berblog tetibe hari ni rasa free. tak pe lah mahu mencoret la secubit di sini. rasa kekok pun ada kat umah sendiri ni.. kekangan waktu me...
    9 tahun yang lalu
  • konfigurasi - Aku yang dipengaruhi ambiguiti rasa beberapa ketika. Tidak mahu terus ditakhluki. Aku percaya kurnia yang Satu. Bukan bersahaja. Bukan tercela. Mendid...
    9 tahun yang lalu
  • belajar - waktu sedang memakanku cahaya mentari tak lagi datang menyeruak awan tertoreh airnya jatuh membuak buak seperti membisik menyedar ada syukur dalam setiap h...
    11 tahun yang lalu
  • 2013-3 - bila dalam ramai rasa sunyi. rasa tak dihargai. seolah2 tak wujud. tak kira la kat mana pon kau duduk, kau tetap akan rasa nak lari dari situ. tak kisah l...
    11 tahun yang lalu
  • Pesona - Dia,pendiam kurang menonjol dan lebih suka memendam.mengasingkan diri itu kepakaran dia sedang dalam keriuhan pun tidak ada yang sedar akan kewujudan d...
    12 tahun yang lalu
  • DO NOT HATE US (please...) - 18 wheelers Throughout this period , I always wonder why the truck driver was hated by most other drivers, especially cars. Is it because we are drivin...
    13 tahun yang lalu