Sabtu, 3 November 2012

Pelangi Itu Masih Milik Kita


Itulah BES 763 :)

Kalau hati ini superbike, akan kubawamu menjelajah ke seluruh dunia. Andai ia salju, putihnya mampu membuat kau dingin membeku. Andai ia bunga berkembang seribu, pasti kau tertawan bak melihat ratu.Waktu terus berjalan silih berganti. Menunggu senja dan fajar berlalu saban hari. Mencari awan-awan ceria di malam hari, menanti hadirnya bintang di dada langit, menghilangkan jejak pada awan sarat.




NAKHODA DI HUJUNG DERMAGA

Demi menjejak horizon rasa
menuju galaksi di lohong dunia
kauberlayar tanpa layar
guna kapal tanpa nakhoda
berjalan tidak di daratan
terbang di awangan
dalam pekat gelap malam
dalam siang yang kelam

guna tumpul kotak hitam
yang dipahat tak terpahat
yang ditoreh tak tertoreh
yang dibelah tak terbelah
kelat tak melekat
lekit bukan sedikit
setompok getah merah
rupanya itu darah
yang bertukar jadi nanah

yang kauingin itu sebenarnya roda
dan cermin sebuah rasa
memutar memori bersilih ganti
membias terang di jendela hati
dengan hadir si melati

menanti setia di hujung dermaga
muncul nanti di hari muka.

HAdira Kifly
Arjuna Hati
Tasek Gelugor, PP
27092012 , 10:50



p/s : ini sajak bulan lepas. Nia, ini pelangi untuk kau. Bunga rose warna pelangi, tunggu dua bulan lagi boleh? *sigh

p/s : Maaf semua. Aku akan ambil masa terlalu lama untuk menjejak tapak ke bumbung indah milik kalian. Laptop kesayangan aku tiba-tiba mati dua hari lepas. Mungkin motherboard dah rosak. Dan mungkin, dua bulan lagi baru aku dapat repair atau beli laptop baru. Atau mungkin, lebih lama lagi. Semoga ketiadaan dan ketidakhadiran aku nanti jangan ditangisi ya. Salam rindu dan salam sayang buat kalian.  ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup

  • Banjir: Punca dan Cara Mengelakkan - Banjir adalah salah satu bencana alam yang kerap melanda di banyak kawasan, terutama di kawasan rendah dan padat penduduk. Kesan daripada banjir bukan sa...
    2 minggu yang lalu
  • Selamat Hari Raya - Dah nak masuk 10 Syawal baru nak wish. Semoga ukhwah antara kita terus berkekalan walaupun sekadar membaca blog post dan melihat gambar di IG. Tahun ni...
    8 bulan yang lalu
  • Macam Dulu - 12 Februari 2020 Aku harap boleh kembali macam dulu-dulu. Masa dia bukan siapa-siapa yang boleh aku Lihat tanpa terhad.yang selalu ada tak kira masa Dan t...
    4 tahun yang lalu
  • BAS dan BAS - *UNTUK VIDEO-VIDEO LAIN BERKAITAN BAS, SILA KLIK LINK INI* *Tambah* mana yang kurang, *ambil* mana yang lebih. Tinggalkan jejak kehadiran anda walaup...
    5 tahun yang lalu
  • CABUT GIGI GERAHAM DAN DRY SOCKET.. - Assalammualaikum.. Serius tak sedar dah dua bulan aku tak update apa-apa..baru cadang nak rajin blogging tahun ni..lupa dowh nak bukak blog bila dah akti...
    5 tahun yang lalu
  • KEMBARA - Kita Tiada - Tiapa apa. Aku jadi ingat. Duka itu ubati lupa. Sangka baik. Percaturannya Dia itu hebat. Indah dan tepat. Hanya Dia saja yang ada....
    7 tahun yang lalu
  • Dua Ringgit Jer Untuk Hari Raya? KEDEKUT! - *Kanak-Kanak yang masih kecil * : *Assalamualaikummmmmmmmmmmmmm* *Orang Dewasa Yang Sangat Dewasa * : *Walaalaikumsalam. Wah ramainy...
    8 tahun yang lalu
  • First Four - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni, 29 Februari, telah genap 4 tahun untuk menandakan keberadaan blog ini buat pertama kali. 4 tahun. 4 tahun dim...
    8 tahun yang lalu
  • buang sawang sikit.. - wowww....lama tak berblog tetibe hari ni rasa free. tak pe lah mahu mencoret la secubit di sini. rasa kekok pun ada kat umah sendiri ni.. kekangan waktu me...
    9 tahun yang lalu
  • konfigurasi - Aku yang dipengaruhi ambiguiti rasa beberapa ketika. Tidak mahu terus ditakhluki. Aku percaya kurnia yang Satu. Bukan bersahaja. Bukan tercela. Mendid...
    9 tahun yang lalu
  • belajar - waktu sedang memakanku cahaya mentari tak lagi datang menyeruak awan tertoreh airnya jatuh membuak buak seperti membisik menyedar ada syukur dalam setiap h...
    11 tahun yang lalu
  • 2013-3 - bila dalam ramai rasa sunyi. rasa tak dihargai. seolah2 tak wujud. tak kira la kat mana pon kau duduk, kau tetap akan rasa nak lari dari situ. tak kisah l...
    11 tahun yang lalu
  • Pesona - Dia,pendiam kurang menonjol dan lebih suka memendam.mengasingkan diri itu kepakaran dia sedang dalam keriuhan pun tidak ada yang sedar akan kewujudan d...
    12 tahun yang lalu
  • DO NOT HATE US (please...) - 18 wheelers Throughout this period , I always wonder why the truck driver was hated by most other drivers, especially cars. Is it because we are drivin...
    13 tahun yang lalu