Selasa, 13 November 2012

SAYEMBARA MENULIS PUISI "Tahun Melawat Terengganu" 2012


Credit to : Kamarulzaman Ismail 


Delima itu Bukan Permata

Delima itu merekah
memancarkan cahaya merah
tatkala tersepit di tengah-tengah
antara kerikil dan permata
memancar cahaya jingga
meminta nyawa
hidup di alam maya
mimpi tempat aku beradu
saat bidadari muncul di pintu.


credit to : Cikgu Nik Mie 

Bagi mereka yang gemar menulis puisi, berhasrat untuk mencari wang poket lebih, dijemput dengan sepenuh hati menyertai Sayembara Menulis Puisi. Berikut merupakan butiran-butiran lanjut mengenai sayembara tersebut. 


1. NAMA
Sayembara ini dinamakan SAYEMBARA MENULIS PUISI TAHUN MELAWAT TERENGGANU sempena Tahun Melawat Terengganu 2013.

2. TUNJANGAN DAN PENYELENGGARAAN
Sayembara ini ditunjangi sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Terengganu dan diselenggarakan oleh Persatuan Sasterawan Terengganu (PELITA).

3. TEMA
Tema yang ditetapkan untuk sayembara ini ialah ‘CITRA TERENGGANU’

4. KETERANGAN
Sayembara menulis puisi yang dimaksudkan adalah sayembara menulis puisi moden (sajak) yang bebas bentuknya. Tajuk puisi juga adalah bebas dan perlu ditetapkan sendiri oleh penulisnya. Walau bagaimanapun, sesuai dengan tema yang ditetapkan, sayembara menulis puisi ini lebih menjurus kepada melahirkan inspirasi dan aspirasi “Terengganu dalam puisi” yang bebas cakupan pengkaryaannya.

5. HADIAH
Hadiah yang ditawarkan untuk sayembara ini adalah sebagaimana berikut :
Satu Hadiah Pertama - Wang Tunai RM2,000.00
Satu Hadiah Kedua - Wang Tunai RM1,500.00
Satu Hadiah Ketiga - Wang Tunai RM1,000.00
Lima (5) Hadiah Saguhati - Wang Tunai RM500.00 setiap satu.

6. SYARAT DAN PERATURAN PENYERTAAN

(i) Sayembara ini terbuka kepada warganegara Malaysia, di mana sahaja mereka berada kecuali Ahli Jawatankuasa Penyelenggara dan Ahli Jawatankuasa Penilai serta kaum keluarga mereka yang terdekat.

(ii) Setiap penyertaan hendaklah menggunakan borang yang disediakan oleh Urus Setia. Salinan fotostat borang adalah dibenarkan dan diterima oleh penyelenggara. Bagaimanapun, tanpa menggunakan borang, peserta boleh mengepilkan maklumat sebagaimana yang diperlukan (seperti dalam borang penyertaan) dan mencatatkan maklumat berkenaan di atas sekeping kertas berasingan.

(iii) Borang penyertaan yang lengkap diisi atau maklumat lengkap berkenaan perlu dikepilkan bersama puisi yang dihasilkan dan dihantar kepada Urus Setia sayembara sama ada melalui pos atau melalui emel.

(iv) Tarikh tutup penyertaan ialah pada 15 DISEMBER 2012. Hasil karya yang diterima selepas tarikh berkenaan tidak akan dipertimbangkan.

(v) Pihak penyelenggara tidak akan bertanggungjawab terhadap kiriman yang tidak sampai atau rosak dalam perjalanan. Bukti pos tidak akan diterima sebagai bukti penyertaan.

(vi) Penyertaan percuma. Walau bagaimanapun, sebarang kos yang berkaitan dengan penyertaan sayembara ini adalah tanggungan sendiri.

(vii) Setiap peserta hanya boleh menghantar SATU (1) buah puisi ciptaan sendiri sahaja. Penyertaan yang diterima lebih daripada satu akan ditolak kesemuanya.

(viii) Puisi yang dikirim untuk dinilai hendaklah bertaip dan menggunakan bahasa Melayu dan ditaip atas kertas putih berukuran A4 menggunakan fon 12 (jenis fon: Arial atau Times New Roman). Peserta dilarang menulis nama pada kertas / helaian karya yang dikirimkan. Nama peserta hanya boleh diisi pada borang penyertaan / maklumat penyertaan sahaja.

(ix) Puisi yang dihasilkan dan dihantar untuk dinilai dalam sayembara ini mestilah belum pernah dipertandingkan, memenangi sebarang hadiah atau disiarkan atau diterbitkan dalam mana-mana media (cetak, elektronik, laman sesawang dan sebagainya).

(x) Puisi yang dihantar untuk menyertai sayembara ini mestilah karya asli, bukan terjemahan, saduran penyesuaian atau apa-apa pengertian yang boleh menyebabkan karya itu tidak asli.

(xi) Semua penyertaan yang menyertai sayembara ini menjadi hak milik sepenuhnya penyelenggara dan penyelenggara berhak menyunting, meminda, menerbitkan semula, mencetak atau mempamerkan hasil karya tersebut tanpa meminta izin daripada peserta terlebih dahulu.

(xii) Penyelenggara akan melantik panel penilai bebas untuk menilai semua penyertaan. Keputusan panel penilai adalah muktamad.

(xiii) Penyelenggara berhak menolak setiap penyertaan yang tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan keputusan panel penilai adalah muktamad. Sebarang bantahan dan surat menyurat selepas penghakiman tidak akan dilayan.

(xiv) Hal-hal yang tidak dinyatakan dalam syarat-syarat di atas adalah di bawah bidang kuasa penyelenggara yang menentukannya.

(xv) Sebarang pertikaian dan kekeliruan dari segi istilah dan pelbagai perkara lain (jika ada) dalam syarat dan peraturan ini hendaklah merujuk kepada Jawatankuasa Penyelenggara. Tafsiran dan penjelasan yang diberikan oleh Jawatankuasa ini adalah muktamad.

(xvi) Sebarang pertanyaan berkaitan sayembara ini bolehlah diajukan kepada Urus Setia sayembara, Abdul Mubin Ismail (019-9532200) atau Kamarulzaman Ismail (017-9660538)

(xvii) Penyertaan yang dipertandingkan dengan borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar kepada :
Urus Setia
Sayembara Menulis Puisi Tahun Melawat Terengganu
Persatuan Sasterawan Terengganu,
Peti Surat 77,
20700 Kuala Terengganu
NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN

Atau emelkan kepada :
mubin2200@yahoo.com / mubin2200@gmail.com atau
cikgukz@gmail.com
selewat- lewatnya pada hari Sabtu, 15 DISEMBER 2012.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup

  • Banjir: Punca dan Cara Mengelakkan - Banjir adalah salah satu bencana alam yang kerap melanda di banyak kawasan, terutama di kawasan rendah dan padat penduduk. Kesan daripada banjir bukan sa...
    2 minggu yang lalu
  • Selamat Hari Raya - Dah nak masuk 10 Syawal baru nak wish. Semoga ukhwah antara kita terus berkekalan walaupun sekadar membaca blog post dan melihat gambar di IG. Tahun ni...
    8 bulan yang lalu
  • Macam Dulu - 12 Februari 2020 Aku harap boleh kembali macam dulu-dulu. Masa dia bukan siapa-siapa yang boleh aku Lihat tanpa terhad.yang selalu ada tak kira masa Dan t...
    4 tahun yang lalu
  • BAS dan BAS - *UNTUK VIDEO-VIDEO LAIN BERKAITAN BAS, SILA KLIK LINK INI* *Tambah* mana yang kurang, *ambil* mana yang lebih. Tinggalkan jejak kehadiran anda walaup...
    5 tahun yang lalu
  • CABUT GIGI GERAHAM DAN DRY SOCKET.. - Assalammualaikum.. Serius tak sedar dah dua bulan aku tak update apa-apa..baru cadang nak rajin blogging tahun ni..lupa dowh nak bukak blog bila dah akti...
    5 tahun yang lalu
  • KEMBARA - Kita Tiada - Tiapa apa. Aku jadi ingat. Duka itu ubati lupa. Sangka baik. Percaturannya Dia itu hebat. Indah dan tepat. Hanya Dia saja yang ada....
    7 tahun yang lalu
  • Dua Ringgit Jer Untuk Hari Raya? KEDEKUT! - *Kanak-Kanak yang masih kecil * : *Assalamualaikummmmmmmmmmmmmm* *Orang Dewasa Yang Sangat Dewasa * : *Walaalaikumsalam. Wah ramainy...
    8 tahun yang lalu
  • First Four - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni, 29 Februari, telah genap 4 tahun untuk menandakan keberadaan blog ini buat pertama kali. 4 tahun. 4 tahun dim...
    8 tahun yang lalu
  • buang sawang sikit.. - wowww....lama tak berblog tetibe hari ni rasa free. tak pe lah mahu mencoret la secubit di sini. rasa kekok pun ada kat umah sendiri ni.. kekangan waktu me...
    9 tahun yang lalu
  • konfigurasi - Aku yang dipengaruhi ambiguiti rasa beberapa ketika. Tidak mahu terus ditakhluki. Aku percaya kurnia yang Satu. Bukan bersahaja. Bukan tercela. Mendid...
    9 tahun yang lalu
  • belajar - waktu sedang memakanku cahaya mentari tak lagi datang menyeruak awan tertoreh airnya jatuh membuak buak seperti membisik menyedar ada syukur dalam setiap h...
    11 tahun yang lalu
  • 2013-3 - bila dalam ramai rasa sunyi. rasa tak dihargai. seolah2 tak wujud. tak kira la kat mana pon kau duduk, kau tetap akan rasa nak lari dari situ. tak kisah l...
    11 tahun yang lalu
  • Pesona - Dia,pendiam kurang menonjol dan lebih suka memendam.mengasingkan diri itu kepakaran dia sedang dalam keriuhan pun tidak ada yang sedar akan kewujudan d...
    12 tahun yang lalu
  • DO NOT HATE US (please...) - 18 wheelers Throughout this period , I always wonder why the truck driver was hated by most other drivers, especially cars. Is it because we are drivin...
    13 tahun yang lalu