-tumbler- |
Aku pernah cerita benda ni kat sini. Tapi tak tahu lah, ada orang alert about it ataupun tidak. Sebelum ni, aku tak kisah pun sangat pasal semua-semua benda ni. Tapi, bila makin lama makin lama aku rasa benda ni adalah benih yang mungkin akan bercambah jadi pokok kalau tak dibuang sehabis bersih.. Bukanlah aku nak kata benda ni racun or what not, but it may happens in our life.. sometimes right? Mesti akan terbit dalam diri yang...."Macam tak ada guna je aku sayang kau, hormat kau.." bla-bla-bla and bla-bla-bla..
Mak selalu kata, kalau kita nak orang sayang kita, kita kena sayang orag tu balik. Means that, jangan tunjuk sombong dan bongkak la dengan orang sekeliling... Kalau dengan orang-orang yang kita selalu sangat berurusan tu contoh dengan makcik jual nasi lemak ke, makcik tukang sapu ke, buat-buat la ringankan mulut bercakap sepatah dua, bergurau ala kadar, senyum bila terserempak atau terjumpa, bla-bla-bla... Tapi sayang semua orang kat sini bukan sayang macam kau sayang kekasih kau. Sayang kat sini bermaksud, "treat me like a friend." So, kalau kau lelaki dan aku perempuan, kau treat aku, macam aku ni pun kawan lelaki kau. Dan begitulah sebaliknya.
"Macam mana pulak kalau kita dah buat baik dekat orang tu, tapi orang tu tak pun buat baik dekat kita?"
Well, speaking in German... Along said that :
"Don't you ever dare to expect something bigger if you don't dare to give smaller."
Buat baik dibalas baik. Buat jahat dibalas jahat. Kita janganlah harapkan balasan bila kita buat baik.. Make it easy, make it naturally.. Kalau kau harapkan balasan on something yang kita buat, for make sure, kau tak akan dapat apa yang kau harapkan. Unless, kalau dalam hati kau dah tertanam niat, "Aku buat ni pada semua orang sama rata. Tak kesahlah kau siapa. Terpulang pada kau nak jugde and treat me macam mana." So, it may be better (kata mak).
Lagi pun, kalau kita tunjukkan rasa sayang yang in term of hormat pada orang yang lebih tua pada kita, tak mustahil, orang lain yang nampak apa yang kita buat tu akan hormat pada kita balik. Kalau bukan orang pertama yang akan sayang kita, ada orang kedua atau orang ketiga dan orang-orang yang seterusnya yang akan sayang pada kita, hormat kita, care pasal kita dan bla-bla-bla. Jangan risau kalau kita rasa ada orang yang tak sayang pada kita. Allah selalu ada dengan kita jika kita selalu ada dengan-Nya. Lagipun, kata Kak Titisan Hujan, Masih ada yang sayang... :')
Apapun, semuanya bergantung pada hati dan perasaan kita. Kalau kita rasa kita nak buat baik, maka dengan niat baik itu baiklah jadinya. Dan kalau kita rasa kita nak buat jahat, maka dengan niat jahat itulah akan jadi jahat. Tapi tak semestinya dengan niat jahat, maka akan jadi jahat. Sometimes, bila kita nak buat jahat tu, kita akan rasa bersalah yang teramat sangat. Lepas tu, kita tak jadi nak buat jahat and it turns to be something better.. Dan mungkin kerana kebaikan kita tu ada rezeki yang terbentang untuk kita? Tak ke cantik aturan yang Dia dah buat macam tu. Siapa tahu bukan?
Bulat kata :
Aku bukan sejarah,
yang harus ditulis dan dilukis.
Aku hanya separuh kisah yang bersenyawa dengan alam.
Sfera kata :
Engkau bukan sejarah.
Tetapi engkau adalah geografi
yang harus didaki untuk tahu ketingian
dan bentuk muka buminya.
Dan Pipih kata :
Layar itu lebar.
Tetapi lautan tu lebih luas untuk ditakluki.
Terpulang pada nakhoda menentukan arah tujunya.