Kau pernah ada cita-cita? Sudah tercapaikah cita-cita yag kau impikan? Semoga cita-cita yang dahulu kau impikan telah jadi kenyataan.. Amin... Aku? Tipu kalau aku katakan yang aku tidak ada cita-cita yang terkandung di dalam pemikiran. Sungguh, sewaktu zaman sekolah rendah dulu, guru merupakan cita-cita utama aku. Tapi, sejak aku bergiat aktif dalam bidang penulisan semasa di darjah enam, cita-cita aku bertukar menjadi seorang penulis. Ada sebuah dua buku yang aku karang semasa sekolah menengah dan siap dijilid semasa aku berada di tingkatan empat. Tapi sayang seribu kali sayang, dua bulan sesudah buku tersebut dijilid, aku membakar buku tersebut. Tidak tertinggal barang sehelaipun di bumi. Mungkin bukan rezeki "Parit Perit" untuk hidup lama. Mungkin di situ ajalnya.
Saat aku pernah memilih bidang perakaunan dan ingin meneruskan hajat menyambung ke sekolah berasrama penuh semasa di tingkatan empat, abah melarang aku untuk ke sana. Apa gunanya ilmu yang aku perolehi jika tanpa restu seorang bapa yang memberi benih untuk aku terus hidup di muka bumi? Sedang emak waktu itu cukup rapat dengan aku, cukup memerlukan aku di sisi, aku membatalkan hasrat dan terus bersekolah di sekolah biasa...sebagai gadis biasa. Perit memang perit, tapi hakikat diri perlu terus di sini. Kemudian aku terpilih untuk meneruskan dalam bidang sains di sekolah. Selepas SPM, sekali lagi aku dilarang untuk terus mengambil jurusan perubatan di pusat pengajian tinggi - walhal waktu itu, tawaran telah terbentang di hadapan mata... Lalu apa lagi yang harus aku lakukan?
Duduk di atas bumbung rumah seorang diri menatap hiba di tengah malam. Dengan berteman bulan dan bintang, aku mencurah kasih pada embun tak berperasaan. Setelah setahun berlalu, aku nekad dengan keputusanku. Ditambah dengan paksaan abah untuk aku menamatkan segalanya dan menurut apa yang ingin diaturkan oleh dia, aku pantas mengambil tindakan berani. Memohon untuk berada di sini dan menguruskan segalanya dengan restu emak dan adik beradik yang lain. Dan akhirnya, dengan rasa tidak rela itulah abah menghantar aku ke sini. Yang tertanam di hati seorang aku waktu itu cuma satu, ingin membina nama dengan mewujudkan I Que Center - sebuah pusat pembelajaran berkonsepkan perpustakaan yang beroperasi selama 24 jam. Dan sehingga kini, I Que Center menjadi angan-angan yang ingin aku tunaikan.
Dahulunya, aku selalu berangan-angan nak stay for good di Perak selepas berkahwin. Aku tak ada reason yang kukuh, kenapa aku memilih Perak. I just, want to stay there. Tapi, bila hidup dengan Mr. Captain, aku sedar, keputusan seorang isteri adalah di tangan seorang suami. Walau macammana impian aku, harapan aku, cita-cita aku, kalau seorang suami tak mengizinkan, bukanlah isteri jika dia membantah dan meneruskan apa yang diingininya. Aku pelu belajar menerima daripada sekarang. Di situ mungkin angan akan jadi sekadar angan. Untuk aku berfikir tentang I Que Centre, mungkin waktu itu masih jauh dihadapan. Mungkin waktu itu bukan sekarang. Tak tergamak aku nak membiarkan impian orang-orang yang aku sayang jauh ketinggalan di belakang.
Untuk aku? :): Impianku kini adalah impian mereka. Jika aku merealisasikan impian mereka, maka impianku telah berjaya. Andai kuterbuang tak diterima, dan andai kuterbuang disingkirkan, entah ke mana harus kaki aku melangkah. Well, macam yang Along selalu kata dalam bahasa Jerman, "Don't you ever dare to expect something bigger if you don't dare to give smaller." Bukanlah aku nak mengharapkan balasan, tapi aku harap, mungkin dengan aku mengaplikasikan kos lepas di dalam hidup aku, aku akan peroleh sesuatu yang lebih baik di hari muka.
Semoga ada yang terbaik untuk kita nanti, Sayang. Semoga apa yang sedang mereka aturkan untuk keluarga kita tidak akan berhasil, kerana hanya kita yang ada untuk diri kita...bukan mereka. Saat yang melihat sudah buta, aku yang mendengar akan terus setia...semoga hingga hujung nyawa.
* update *
Pendaftaran untuk kemasukan degree dah bermula sampai bulan Februari nanti. Tapi impianku adalah impianmu. Lalu cita-citaku juga adalah cita-citamu.. Namun, apakah yang akan berlaku nanti... Adakah pengajian jarak jauh...atau segalanya akan dilanjutkan suatu masa nanti...? Allah...i'm asking for an answer... :'(