Andai bunga itu tahu bahawa aku mendambakan harumannya saban waktu,
nescaya dia akan sentiasa mekar
dan takkan layu hingga hujung waktu...
Andai matahari terbit tahu bahawa aku selalu merinduinya,
nescaya dia akan tersenyum saban pagi
apabila melihat aku setia menantinya...
Andai hutan belantara tahu bahawa aku ingin melihatnya saban hari
waktu aku bangkit dari perbaringan,
nescaya dia akan memberikan aku beribu gas untuk aku bernafas saban waktu...