Jumaat, 18 Januari 2013

Tahu Dalam Ketidaktahuan






"Greatness as you
Smallest as me
You show me what is deep as sea

A little love, little kiss
A litlle hug, little gift
All of little something 

these are our memories..." 

Sejujurnya, ada macam-macam benda yang aku nak cerita kat sini. Saban hari, saban waktu, ada yang ingin aku coretkan buat bacaan aku di hari muka. Tapi, kebelakangan ni, sejak ...sejak bila entah, aku macam rasa tak perlu kot nak update entri kat blog ni.. 

Sekarang, setiap minggu aku cuti panjang.. Hari jumaat lepas pukul 2 tu aku dah free dah sampai hari isnin. Sebab hari isnin tu aku tak ada kelas. Jadual kosong untuk hari isnin. Kalau nak balik kampung hujung minggu tu dan ambil tiket balik Bangi hari isnin pun boleh. Sampai dia cakap... "Kalau ada duit, mesti boleh balik sini tiap-tiap minggu.. Kan?" Dan hanya senyum yang dapat aku ukirkan. Aku tahu dia rindu. Aku tahu dia sayang. Aku pun rindu dia. Aku pun sayang dia. Tapi aku tahu, realiti tak akan sama dengan imaginasi. Walau dalam hujan lebat, kunanti sendiri lagi.

Dalam gembira, sebenarnya ada duri yang perlahan-lahan menusuk masuk ke jantung aku. Senyum, tapi dalam hati terasa sakit.  Macam, aku dah cukup dah jaga makan. Aku dah elok dah makan sikit tapi kerap. Tapi, dalam pada aku jaga makan tu jugak aku boleh kena gastrik. Sometimes rasa gembira dan terharu sampai menangis. Orang ingat kita menangis sebab gembira, tapi sebenarnya aku menangis sebab sedih. Macam menangis dalam hujan. Orang tak tahu kita sedang menangis. Mungkin sebab tu apa yang aku belajar sekarang ni masuk cuma waktu dalam kelas je. Keluar dari kelas je, dah vomit and forget everything. Macam dah tak ada apa yang perlu diingat.. -_-

Mungkin sekarang ni aku mash terasa dengan semua yang berlaku di sekeliling aku kot... Senang sangat nak menangis sekarang ni. Hey, kenapa sekarang cepat sangat terasa ni? Cepat sangat nak menangis. sejak bila jadi lemah macam ni sekali? Sejak mengapak gunung jerjak sampai habis jadi padang jarak padang tekukur? Seandainya gunung yang kita daki itu curam, apa yang kita perlukan addalah sokongan. Tanpa kayu penyokong, kita mungkin akan tewas dan gagal untuk sampai ke puncak. kayu? tak boley le... orang maybe yes! :) 


Jika boleh memori hidup kita disimpan di dalam CD, izinkan aku mainkan hari-hari. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup

  • Ayah Kecawa Keputusan SPM!!! - Aku tiba di rumah setelah penat berkerja seharian. Aku melunjurkan kaki di atas sofa. Isteri memberi aku segelas air. Anak lelaki ku memberi sehelai kert...
    5 bulan yang lalu
  • Selamat Hari Raya - Dah nak masuk 10 Syawal baru nak wish. Semoga ukhwah antara kita terus berkekalan walaupun sekadar membaca blog post dan melihat gambar di IG. Tahun ni...
    7 bulan yang lalu
  • TERPALING CAMPERS - OUTDOOR - Assalammualaikum wbt. So macam tajuk di atas, la ni aku rasa nak kongsi lah sikit benda apa yang paling rancak sekarang dalam hidup aku.. yup, camping la...
    Setahun yang lalu
  • Lara Hati - Hujan sepanjang hari ini, dingin sedingin hati. Jauh aku merenung tiap titis air hujan yang turun masihkah ada rindu? Aku sengaja membiarkan Tangan aku bas...
    3 tahun yang lalu
  • 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐍𝐃𝐔 𝐁𝐀𝐒 - Bas yang di dalam cerita ini Lingkungan awal 90an, selepas beberapa waktu abang zul bekerja sebagai pemandu lori yang bermula dari lori 1 tan, kemudian 3...
    4 tahun yang lalu
  • HARMONI yang HILANG - Semalam aku ke kedai ubat Cina membeli sesuatu. Aku cakap MAAF sebab ganggu dia sedang makan. Dia balas MAAF sebab aku nampak dia sedang nikmati makanan se...
    5 tahun yang lalu
  • Kembali - Assalamualaikum wbt. Gementar nak menulis semula. Terlalu lama berhibernasi barangkali. Jika ada yang merindu tulisku, coretku dan anganku. Insha Allah akan...
    6 tahun yang lalu
  • Tips Kurus Dalam Masa 3 Hari - So this really can make everyone get excited sebab nak kurus. I mean for a GIRL Laki macam tak beberapa kisah sangat dengan badan naik kot sebab Anwar tak...
    8 tahun yang lalu
  • First Four - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni, 29 Februari, telah genap 4 tahun untuk menandakan keberadaan blog ini buat pertama kali. 4 tahun. 4 tahun dim...
    8 tahun yang lalu
  • buang sawang sikit.. - wowww....lama tak berblog tetibe hari ni rasa free. tak pe lah mahu mencoret la secubit di sini. rasa kekok pun ada kat umah sendiri ni.. kekangan waktu me...
    9 tahun yang lalu
  • belajar - waktu sedang memakanku cahaya mentari tak lagi datang menyeruak awan tertoreh airnya jatuh membuak buak seperti membisik menyedar ada syukur dalam setiap h...
    10 tahun yang lalu
  • 2013-3 - bila dalam ramai rasa sunyi. rasa tak dihargai. seolah2 tak wujud. tak kira la kat mana pon kau duduk, kau tetap akan rasa nak lari dari situ. tak kisah l...
    11 tahun yang lalu
  • Pesona - Dia,pendiam kurang menonjol dan lebih suka memendam.mengasingkan diri itu kepakaran dia sedang dalam keriuhan pun tidak ada yang sedar akan kewujudan d...
    12 tahun yang lalu
  • DO NOT HATE US (please...) - 18 wheelers Throughout this period , I always wonder why the truck driver was hated by most other drivers, especially cars. Is it because we are drivin...
    13 tahun yang lalu