Sabtu, 19 Mei 2012

Rindu Dalam Dilema

Credit to: Explodingdog.com





Cuti semester dah nak habis. Dalam masa cuti ni, dua perkara yang aku nak buat tak dapat aku penuhi. 

1. Ambil lesen memandu
2. Bekerja sambilan.


Kalau nak ikutkan, memang aku punya banyak waktu terluang untuk ambil lesen memandu. Tapi aku tak rasa yang aku wajar ambil lesen memandu sedangkan aku perlu guna duit alaun bulanan dari MARA untuk cover yuran kemasukan aku di kolej. Mana aku nak cekau duit kalau aku tak dapat part time job? Aku bukan anak Dato, Datin, Tan Sri, Tengku atau Raja yang boleh bayar dan beli apa saja dengan mudah. Nak minta tolong orang tua aku? haha... Lupakan saja. Bukan masanya aku nak susahkan mereka lagi. So, 80% daripada alaun tu aku gunakan untuk bayar satu pertiga yuran tu. Dan selebihnya telah pun habis digunakan dua minggu kemudian untuk membeli keperluan kehidupan yang menjerut tangkai leher aku. 


Sambil-sambil mencari peluang kerja sambilan, aku tetap duduk lepak kat rumah tak tahu nak buat apa. Rata-rata yang aku minta semua kata service yang akan aku berikan terlalu singkat. Hanya dengan sebab itu, kebanyakan permohonan aku ditolak. Dan disebabkan mak aku dimasukkan ke hospital buat sekian kalinya, aku rasa tindakan aku untuk buat part time job tu tak ada gunanya. It's better untuk aku jaga mak aku full time kat rumah daripada aku kerja. Tak ke ? 

-> Tapi aku rasa kalau rumah aku dekat je dengan rumah Rose, aku rasa nak je aku tolong dia buat kraf tangan untuk dapatkan upah yang dia nak tawarkan tu. 600 kraftangan untuk dibuat sorang diri bukan benda yang mudah. Kesian dia... huhu


Bulan kedua aku kat rumah, aku gunakan 20% duit tu untuk beli keperluan aku kat kolej nanti. Aku dah lama kaburkan mata dari beli keperluan yang ni. Tapi kali ni, aku kena beli jugak daripada aku ketinggalan masa buat kerja kat kolej nanti. huhuhu. Dan 50% lagi duit alaun tu aku peruntukkan untuk yuran kolej. Masih ada lagi satu per empat dari yuran belum dapat aku jelaskan. Nampaknya aku kena gunakan alaun bulan hadapan untuk langsaikan yuran aku tu. Kalau tak...pendaftaran aku langsung tidak diterima di kolej... hurm... 


Dan sekarang aku berada dalam dilema. Yang mana yang perlu aku buat ? 
1. Majlis perkahwinan seorang yang sangat aku sayang pada 3 Jun hadapan.

2. Pulang ke sana dunia untuk sambut Ulang Tahun Kelahiran si anak 29 hari bulan ini sedangkan alaun bulanan masih belum aku perolehi. 

3. Pulang ke sana dunia untuk kembalikan Kodak Easy Share milik si dia. Dah lama sangat ia ada dalam pegangan aku.



Tapi, aku berada dalam dilema. Kenapa aku dilema? Sebab masa yang aku ada untuk berada dikedua-dua tempat hanya selang tiga hari dan masa untuk aku berada di satu-satu tempat mengambil masa separuh hari memandangkan aku berada di Selatan Semenanjung dan mereka jauh dari aku. 


8 Jun nanti hari pendaftaran kolej. 11 Jun nanti kelas dah pun bermula. Kalau nak ikutkan, aku boleh je menolak untuk berada di balik sana dunia. Tapi, awal-awal lagi pemilik Kodak Easy Share dah menagih miliknya. Mengepos Kodak Easy Share bukanlah satu tindakan bijak untuk dikembalikan kepada tuan empunya badan. Dia tak nak ambil risiko bila aku nak pos je. 


Masa semakin suntuk membuatkan aku semakin letih untuk berfikir, membuatkan aku semakin tenggelam dalam dunia aku bila tiada seorang pun yang faham apa yang aku hadapi. Dan hari ni, adik no 3 yang sepatutnya bercuti bulan hadapan berkorban untuk aku. Semata-mata rindukan aku. Semata-mata nak jumpa aku, dia balik hujung minggu kali ni. Dan aku cuma ada 24jam untuk bersama si Hafiz. Seingat aku, kali terakhir aku jumpa dia adalah hari raya yang lalu. Dan betapa aku sangat rindukan dia. Rindu nak hang out dengan dia. Sekarang ni (jam 17:15, aku masih menunggu kepulangannya) 





Aku cadang nak bawak si Hafiz ke pantai lewat petang nanti. Melihat senja dan menunggu sehingga matahari terbenam. Aku rindu untuk berada di pantai itu. Rindu setelah hampir sepuluh tahun tidak berada di sana. Semoga rindu aku pada mereka akan terubat petang ini. Walaupun perjalanan aku dari rumah ke sana memakan masa hampir setengah jam dengan menaiki motorsikal. ^_^


Tuhan, tolong permudahkan segala urusanku... Sungguh, aku rindu. 







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
We're not friends. We're not enemies. We're just strangers, with some memories...

Suka Tak?

Yang Menghidupkan Hidup

  • Banjir: Punca dan Cara Mengelakkan - Banjir adalah salah satu bencana alam yang kerap melanda di banyak kawasan, terutama di kawasan rendah dan padat penduduk. Kesan daripada banjir bukan sa...
    2 minggu yang lalu
  • Selamat Hari Raya - Dah nak masuk 10 Syawal baru nak wish. Semoga ukhwah antara kita terus berkekalan walaupun sekadar membaca blog post dan melihat gambar di IG. Tahun ni...
    8 bulan yang lalu
  • Macam Dulu - 12 Februari 2020 Aku harap boleh kembali macam dulu-dulu. Masa dia bukan siapa-siapa yang boleh aku Lihat tanpa terhad.yang selalu ada tak kira masa Dan t...
    4 tahun yang lalu
  • BAS dan BAS - *UNTUK VIDEO-VIDEO LAIN BERKAITAN BAS, SILA KLIK LINK INI* *Tambah* mana yang kurang, *ambil* mana yang lebih. Tinggalkan jejak kehadiran anda walaup...
    5 tahun yang lalu
  • CABUT GIGI GERAHAM DAN DRY SOCKET.. - Assalammualaikum.. Serius tak sedar dah dua bulan aku tak update apa-apa..baru cadang nak rajin blogging tahun ni..lupa dowh nak bukak blog bila dah akti...
    5 tahun yang lalu
  • KEMBARA - Kita Tiada - Tiapa apa. Aku jadi ingat. Duka itu ubati lupa. Sangka baik. Percaturannya Dia itu hebat. Indah dan tepat. Hanya Dia saja yang ada....
    7 tahun yang lalu
  • Dua Ringgit Jer Untuk Hari Raya? KEDEKUT! - *Kanak-Kanak yang masih kecil * : *Assalamualaikummmmmmmmmmmmmm* *Orang Dewasa Yang Sangat Dewasa * : *Walaalaikumsalam. Wah ramainy...
    8 tahun yang lalu
  • First Four - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni, 29 Februari, telah genap 4 tahun untuk menandakan keberadaan blog ini buat pertama kali. 4 tahun. 4 tahun dim...
    8 tahun yang lalu
  • buang sawang sikit.. - wowww....lama tak berblog tetibe hari ni rasa free. tak pe lah mahu mencoret la secubit di sini. rasa kekok pun ada kat umah sendiri ni.. kekangan waktu me...
    9 tahun yang lalu
  • konfigurasi - Aku yang dipengaruhi ambiguiti rasa beberapa ketika. Tidak mahu terus ditakhluki. Aku percaya kurnia yang Satu. Bukan bersahaja. Bukan tercela. Mendid...
    9 tahun yang lalu
  • belajar - waktu sedang memakanku cahaya mentari tak lagi datang menyeruak awan tertoreh airnya jatuh membuak buak seperti membisik menyedar ada syukur dalam setiap h...
    11 tahun yang lalu
  • 2013-3 - bila dalam ramai rasa sunyi. rasa tak dihargai. seolah2 tak wujud. tak kira la kat mana pon kau duduk, kau tetap akan rasa nak lari dari situ. tak kisah l...
    11 tahun yang lalu
  • Pesona - Dia,pendiam kurang menonjol dan lebih suka memendam.mengasingkan diri itu kepakaran dia sedang dalam keriuhan pun tidak ada yang sedar akan kewujudan d...
    12 tahun yang lalu
  • DO NOT HATE US (please...) - 18 wheelers Throughout this period , I always wonder why the truck driver was hated by most other drivers, especially cars. Is it because we are drivin...
    13 tahun yang lalu