Credit to: aleroy.com |
Sekejap je dah dua tahun ... Dengan apa yang dah jadi kat aku ni, memang tak terasa masa yang berlalu dah
makan tahun yang kedua. Maknanya, dah dua tahun aku study kat sinun dan duduk jauh dari family (walaupun sekarang ni tengah duduk senang lenang goyang kaki habiskan cuti dengan family) .
Masa mula-mula dulu, macam dalam mimpi je nak dapat sambung study guna duit sendiri. Yuran kemasukan, belanja itu ini, dan sangu (duit belanja) selama sebulan dua memang guna duit sendiri yang di tabungkan ke dalam akaun mak sejak setahun dulu. huhu... Betapa korang akan kata, anak mak sungguh aku ni kan ? haha :P
Dan masa mula-mula dulu macam mimpi je aku nak ada stand bf yang betul2 jaga dan lindungi aku macam yang abang aku buat dekat aku masa zaman dolu2 tu. Almaklumlah, dulu masa kecik-kecik memang kaki meninggalkan budak lelaki yang senang-senang je nak kata "I lap U" kat aku. Sampai lah aku pulak yang rasa kena tinggal terus bila yang nak ditinggal tu dijemput pergi oleh Dia. Tapi tu cerita lama. Sekarang ni cerita baru. Well, orang kata daripada harapkan bf in term of boyfriend, baik harapkan suami kan ? Yet, mak kata kena tunggu habis belajar dulu baru dia boleh salam tangan Tok Kadi. Mak dia pun kata, "Tak pa, sat ja lagi dah habis la mengaji tu." dengan pelat utaranya. -> walaupun aku tahu mak dia dah tak sabar nak aku pulak ambil alih jaga cucu dan anak bujang dia tu. huhuhu. :P
Dan tunggu punya tunggu, sekejap punya sekejap, jalan punya jalan, holiday dan holiday, merantau dan mengembara, dah pun dua tahun "bersama". Ecewah ! Bersama macam mana tu ? haha ... Bersama la. Dalam erti kata membantu dalam susah dan senang. Dalam erti kata yang dia tetap ada walaupun tahu aku siapa, walaupun dah lekat kat kepala betapa buruknya perangai aku ni. Dia tolong aku, dan aku tolong dia. Situasi menang - menang. Eheh, ye sangat la tuu ? Macam dia je yang lebih.. Tapi bukan ke lelaki memang kena bagi lebih ? Uhuk uhuk uhuk ... Eh, terbatuk pulak !
Dan dah dua tahun, secara tak rasmi, aku menggalas gelaran Ibu. Eh, bukan ! Umur si kecil bukan baru dua tahun. Dia pun bukannya budak yang baru nak belajar berjalan dan bercakap. Dia dah besar dah. Dah macam adik aku dah pun. Er, korang nak tahu ke umur dia berapa ? hehehe, lain tahun aku kasi tahu, boleh? haha... Erm... Dia best tau ! Satu kepala dengan aku. Senang nak bawak pi jalan-jalan sebab sama-sama kaki meronda, sama-sama kaki melancong dan sama-sama kaki shopping. haha.. Dia pun senang jugak la nak jaga (boleh la ajar dia makan sayur dan ikan walaupun dia memang jenis tak makan sayur dan ikan) masa kena duduki ujian menjadi suri rumah selama tiga minggu tu. Haha , suri rumah untuk seorang emak (bakal emak mertua) dan seorang anak sahaja masa tu sebab si dia memang tercampak jauh nun di barat Malaysia. Best woo masa tu. Heaven je aku dapat jalan-jalan pusing pekan dan pusing town dengan anak aku berdua. Sikit pun bakal mak mertua aku tak larang dan tak kacau. Ayah dia ? Lagi lah happy ! hehehe.
So, secara amnya, memang hidup aku dah berubah 50%. Well, style aku memang tak pernah berubah. Still tak ada make up tebal berinci macam kawan-kawan sekolah aku yang lain sebab sesungguhnya, make up tebal tu semua adalah plastik dan palsu belaka. Korang kena ingat, tu semua bahan kimia yang boleh merosakkan kulit muka korang. Aku tak nak kena kanser kulit. Lagipun, si dia lebih suka tengok muka suci aku ni. haha. Korang tak payah nak jealous. Lagi, pakaian-pakain aku dari dulu memang sama. Tetap setia dengan jeans dan slack. Baju ? Apa je yang simple dan yang sesuai dengan tudung yang ada. Bedak kompak ? *betul ke eja tu ? entah* memang aku tak pakai pun. hehehe. Dan, memang muka aku muka berminyak pun. Tapi tak lah teruk sangat. kot ? hehe. Kasut ? Kalau korang nampak aku pakai wedges dan heels, masa tu kau nampak orang lain dalam diri aku la nampaknya. haha. :P
Yang dah lainnya... Hidup aku bukan lagi sorang walaupun still kena lagi panggil "Creepy Lonely" oleh ... pak cik tua yang ada aliran darah yang sama. Lain sebab aku dah dipanggil ibu oleh seorang yang bergelar anak (bukan dari seorang yang bergelar kekasih macam girls kat luar sana yang panggil bf diorang ayah) .. Lain sebab sekarang ni kena banyak fikir pasal orang lain dulu baru fikir pasal diri sendiri untuk jadi orang yang lebih bertanggungjawab (walaupun kadang-kadang orang sekeliling especially kawan akan terus ambil kesempatan). Lain sebab kalau nak holiday pun, mesti nak ajak si budak kecik tu sama-sama walaupun sebenarnya boleh je jalan sorang-sorang (walaupun kadang-kadang terhalang oleh sebab-sebab yang sangat tidak dapat dielakkan). Lain sebab dah pandai rindukan si budak kecik walaupun baru je lambai tangan sebab kena balik sambung tugas yang tergendala.
Erm, banyak lagi lah yang lain. Kalau nak senaraikan, sampai esok pun tak habis. Sekarang ni ada lagi setahun je study nak habis. Toink toink toink ... Setahun kat sinun. Setahun je lagi. Lepas tu nak kena kerja sekejap untuk cover apa yang patut sambil menyibukkan diri dengan langkah berjaga-jaga untuk masuk ke alam baru. Haha. Berangan ! :P
Untuk tahun kedua ni, secara rasminya, aku mengatakan yang esok adalah hari ulang tahun aku dan dia bersama. Doa-doakan la yang aku dapat jadi suri dia yerk... Aku tak mao hancurkan hati aku seniri... huhuhu